Random Awesome

Hello and Assalamualaikum :)

Haiii semua. Apa khabar? Macam mana weekend? Syiok takkk. Banyak tak duit dihabiskan bershopping sana sini. *ayat jeles*. Well, weekend ni sangat `awesome` for me. Huahuahuahua *mari gelak besar*. This is my first weekend in college untuk semester ni. Or, should i say first hari takde kelas aku dok dediam kat kolej? Haaa, itulah yang sebetulnya kot. Disebabkan aku takde kelas hari rabu, hari selasa petang lagi aku dah cabut balik rumah. Hahahaha. Bukan homesick tauu, selesa dok rumah je.*kaver*

Credit hour aku this sem memang lagi sikit la nak banding dengan last sem. Hari-hari abis kelas pukul 4. Rabu takde kelas. Khamis pagi takde kelas, memang aku balik rumah dari selasa petang sampai khamis pagi la. Tapi, minggu ni tak balikk. Wuwuwuwuw. Dok je diam-diam kat bilik. Konon nak mengukuhkan ikatan ukhuwah dengan teman sebilik la. Haha. Well, its not that bad. Sedap jugak sebenarnya duduk dalam bilik tak buat pape.

Dahlah Amiraaa. Yang sebenarnya aku nak keluar. Hahaha. Tapi takda sapa yang sudi nak keluar dengan aku. Amboi, pathethic benar bunyinya tu. Kasut dah pecah, jeans dah worn out. Seriously need a new jeans right now. Tolongla duit turun dari langit,tangan gatal nak berbelanja tapi duit tak berapa nak ada. Kuikuikui. Kesudahannya aku jadi pelajar paling berdedikasi. Duduk dalam bilik menyiapkan tutorial yang super duper banyak. Istiqamah betul aku, sampai pelik dengan diri sendiri. Heww, Kalau setiap minggu macam ni boleh dapat dekan kot sem ni? ^^, Aminn :P

Penat sebenarnya semester ni. Aku ingat credit hour sikit bolehlah aku merilex lebih banyak. Memang kelas habis awal tapi experiment begitu banyak sampai satu-satu experiment tak dapat nak siapkan dalam masa satu hari. Penat sebenarnya. Lagi-lagi kalau experiment yang berhari-hari ambil masa. Tak masuk lab reportnya lagi. Wuuuu. Bertahan aje lah. Dah nama pun student, kau nak apa lagi kan.

Dahlah, merungut banyak je aku rasa entry ni. Apa yang Random Awesome sangat entah. Tak awesome langsung. Kahkahkah. Okaylah, aku nak sambung baca lab manual. Ada nanti esok punya experiment terkial-kial nak buat lepastu dah berjam experiment baru dapat first reading. Takmo hakuuu. Hhahaha. Bubbyeeee :*

Comments

Popular Posts