Girlprengg

Hello and Assalamualaikum :)

Sekarang aku tengah semester break. Mari yeayyy bersama-sama. Hhaha. Yeay tak yeay sangat jugak sebenarnya. Kerja banyakk sangat, lepas naik cuti pun test berderet and 3 minggu je lagi sebelum final. Cool kan? Busy macam tu pun aku sempat lagi nak pergi holiday. Hahahahaha,itu harus. Cuti mestilah kene pergi holiday kannn ;)

Takyah cakap la stress yang bakal menunggu after cuti ni, before cuti haritu pun stress sangat. Dengan test nye lagi, dengan report yang tak siap-siap nak kene hantar before balik cuti. Maka, setelah stress yang teramat, aku bersama gilprengg (baca : girlfriends) pergi berfoya-foya. Konon nak pergi release stress la kan. Memang berhasil pun, tapi lepas balik masing-masing stress balik. Kehkehkeh

Lokasi melepaskan stress pertama adalah Jusco Bukit Tinggi. Kononnya nak cari course file sebab dean suruh prepare. Tapi haruslah tujuan tu melencong. Sampai-sampai window shopping dulu, pastu makan-makan then tengok wayang. Memang agenda wajib ke apa kalau keluar, tengok wayang. Haha. Kitorang tengok Dark Shadow. Even ada desas desus yang cakap cerita tu tak best, tapi tengok jugak sebab dah takde cerita lain yang menarik. For me, best jugak lah, just cerita dia slow sikit. Asal Johnny Depp je semua cerita jadi sedap kau.
Girlpreng
Kitorang makan Mc Donald melepaskan keinginan yang menggunung nak makan Chicken Foldover. Huahuahua. Senak kau makan tu. Banyak. Kenyang aku seharian hokayy. Yang pasti keinginan telah terlunas ;D
Geng-geng Gems. Hahahah
Yang seronoknyaa boleh kitorang shopping barang sama-sama. Haha. Kalau shopping barang biasa aku takde la rasa kelakar sangat tapi ni barang luar biasa. Hahhahaa. kbye

Then, hari selasa tu pulak, kitorang menunaikan keinginan tembolok masing-masing yang bersaiz besar. Kitorang pergi makan Flamming Steamboat! Hahaha. Disebabkan plan macam nak jadi tak jadi kitorang sesat. Gerak pukul 6.15, 7.30 baru sampai. Sedangkan kalau ikut 15 minit je boleh sampai dari UiTM ni. Ni dah berpusing sana sini memang berjam la.

Le girlprengg ;)
Sesat pun,kitorang happy sebab puas hati masing-masing makan macam tak makan setahun. Meja pun penuh., Zzzzz. Makan berlapan tapi pinggan mangkuk macam ada kenduri. Hewhew. Best jugak la makan dekat sini sebab banyak pilihan. Tambah best sebab ada Chocolate Fountain yang tak fountain sangat, dim sum, marshmellow. Yummy. So far aku pergi makan steamboat sini je yang ada macam tu,

The winner at that night. Nina and dayah jelita. Hahaha. Makan sampai ke penghujung.

I had so much fun and yang penting, perut penuh :) Kbaii. Happy holiday semua



Comments

wantie said…
foldover. owuh yummy. saya suka.

follow u

Popular Posts