Penat

Hello dan Assalamualaikum :)

Penat. Yup. Kondisi sekarang sangat penat sebab tersangat lahhh busy. Tapi nak jugak update blog. Dua minggu kebelakangan ni terlalu busy menyiapkan lab report yang super duper banyak. Ye. Banyak sebab kumpul dari 1st experiment. Nak buat camnoo, lecturer suruh compile sekali dan kami sebagai pelajar berdedikasi haruslah tunggu saat-saat nak kena hantar baru nak  buat semua.

Sekarang ni mengharapkan masa berlalu dengan pantas so that boleh balik rumah. Cuti! Weehoo. Tak larat. Dengan kondisi kesihatan yang sangatt tak okay. Mungkin sebab tak cukup tidur, stress. Mana taknya, hampir setiap malam stay up nak siapkan kerja. Lepas tu mula lah hidung meleleh, sesema. Malam-malam jadi lelah. Waktu tu mula lah rasa nak balik rumah, senang. Kalau sakit boleh ketuk je pintu bilik mama mintak urut ke bawak pergi klinik ke.

Dekat sini, nak kacau orang pukul 2 3 pagi pun rasa tak sampai hati. Nak mintak tolong roomate pun jadi awkward. Tak rapat maka, segan la aku nak mintak tolong kan. Pastu, duduk jela sorang-sorang reda kan sakit sendiri sampai tertido. Onyonyono. Macam sedih sangat je hidup aku. Kahkahkah.

Ahhhh biarlah mengadu nasib dekat blog sekejap. Malam esok pulak ada test. Satu pun tak sentuh lagi. Macam mana? Ha, stay up lagi la nampaknya. Sekarang ni pun aku rasa badan dah dedar je. Macam nak demam. Nafas pun dah panas. Hidung meleleh macam air sungai. Pastu datang pulak masalah menimpa. Hmmm

Sedihnyaaaa. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. At least sampai semua report dah submit and test dah jawab. Kalau ikut tak larat memang tak larat dah ni tapi kene gagah la. Lepas report dah submit, test dah sudah, nak demam ke apa ke terima jela.

*telan activefast*

Comments

Anonymous said…
hi! dah lama tak komen. hehe
Come on mia, jangan give up!
Andddddd jangan sedih2..
nanti aku sedih jugaaaaaa
Take care okay baby?
i love youuu
Ernie said…
ala awokk, smlm caru kta pkul 2 pagi tu nk minta urut keww? sobs kesiannya :(
luvly mya said…
ewnie : kita tak caru awak, kita cari je :(
Anonymous said…
mesrakan diri anda utk mengelakkan apa" yang tidak diingini berlaku, bahaye nanti. :) terus terang je dgan roommate. HAHA

Popular Posts