First year is over.

Hello and Assalamualaikum :)

 Teringat lagi setahun lepas aku excited bila dapat offer sambung in civil engineering. Walaupun bukan my dream job tapi time tu rasa bersyukur sebab dapat sambung jugak. And,makin nak masuk belajar aku makin rasa insecure. Camana nak berkawan. So far that i know engineering majoriti lelaki, aku memang tak berapa pandai nak berkawan dengan lelaki. Takut takde kawan. Tambahan,aku dari Asasi Sains tetibe nak masuk engine. Jauhnya melencong kan. Can i survive sebab takde basic,itu ini dalam fikiran.

 And now, finally dah habis pun first year. Yes, still a long way to go. Ini baru permulaan, terlalu panjang lagi perjalanan. Banyak lagi yang perlu ditempuh. Tiga tahun lagi. And banyak lagi subjek yang bakal memecahkan otak menunggu dihadapan. Ecewahh. Overall i really enjoy my first year. I have a bunch of awesome friends. My girlfriends and roommates. Hahaha. Of course ada antara kawan-kawan lain yang tak berapa in dengan kita,tak masuk kepala sangat tapi buat apa nak fikir,just ignore them and buat biasa.
Part of le girlfirends
Well,thanks friends for being awesome. Mana salah silap jangan segan-segan betulkan. Mana ada gosip pun jangan segan2 share. wakakakkaa. i just love them so much ;*
We are EC220
Macam-macam dah lalui sepanjang first year ni. Kene marah dengan akak-akak and abang-abang senior time latihan perbarisan. Yelaaa,agaknya time tu je ada peluang nak kenekan junior kann. Layankan jela. Bagi cann. Hahaha. 

Awek,lawa rambut. Ekekekkeke. kbai
Apa lagi yang menarik ehh. Semester 1, pergi konsert. Amboii bunyi nak gempak sebenarnya konsert kat dewan budiman UiTM je. Hahaha. Perdormed by bunkface,hujan,Oh Chentaku. Itu pun dah cukup buat eksaited hokayy. kehkehkeh

Gambar gegar ni je yang mampu.
Cakap pasal study pulak, subject semster one was pretty good. Cuma sesak nafas sikit dengan Static and Dynamic but it is still good. Subject semester dua semakin tough and aku menjadi semakin rajin tanpa dipaksa. Tutorial settle. Assignment settle. Tiru meniru sikit2 tu biasalah kan, adat budak U. hahaha. Tapi, lecturer sem 2 jugak makin ohsemm. Paling ohsem sir ARM. Ajar sampai paham and funny. Harap paper soil aku okey la. :)

Subjek paling menyiksakan pulakkk Engineering Survey. Kelas 8-12 every tuesday. The problem is, start dekat site on 9.30 and above. Tak ke matahari tengah mencanak tu. Disebab kan itu jugak,kulit semakin gelap. Euwww, macam mana nak jadi engineer kalau takut hitam ni. Hahaha. And to make it worse,bukan sekali buat terus boleh sambung buat report and submit. Mostly, we have to do it again and again. Cukup tiga kali je, tak jadi jugak,alter result.Tak sanggup dah nak mengorbankan hari Sabtu dan Ahad semata nak repeat survey.

Groupmates

But, thats what we called experience. Kita tak boleh la nak bergantung pada theory je kan, takkan jadi. Nanti macam mana nak kendalikan machine apa semua. It is important so we have to bear with it. 

Pengendali theodolite yang tak cukup tinggi. Haha
Banyak benda best berlaku and of course ada jugak benda yang pahit. Cuma tinggal kat diri kita sendiri je nak ambil benda pahit tu as pengajaran or biarkan je sia-sia. 

Well,kalau nak cerita satu persatu memang takkan pernah habis la, cerita satu tahun tu. Aku just harap, hari-hari dan tahun yang akan mendatang akan bawak lebih kebaikan. Aku doa jugak lecturer semua terbukak hati bila tengah tanda kertas and bagi markah baik-baik. Doa CGPA tahun pertama aku bagus. Hee.
Macam tak percaya woah dah setahun :)

Sampai sini jela dulu, nanti aku merepek lagi. Nak cerita pasal trip to Medan yang tertangguh dulu. Macam-macam la. Puasa pun lagi 3 hari je. Tak sabar! :)

I love my first year :*


Comments

Popular Posts