Tuesday, February 28, 2012

Merempit dengan Adnan Sempit

Hello and Assalamualaikum :)

Sedih memikirkan cuti semester yang semakin menghampiri penghujung. Aaaaaaaaa. Takmo habis cuti. Haha. Pening aku ni, kejap nak cepat-cepat habis cuti, kejap taknak. Macam-macam la Amira. So, sempena ada cuti yang masih bersisa, maka marilah kita berfoya-foya. Heks

So, semalam i went to Sogo. Settle up a few things with my friend and had a lunch there. Sizzling dekat Sogo always be my favourite. Tehee. Sedap. Nasi claypot dia pun boleh tahan sedap jugak. Hewhewhew. Amira kalau cakap pasal makan apa je yang tak sedap kann. Haha


Memandangkan takde apa yang menarik nak dilakukan kat Sogo tu kitorang pun plan nak tengok wayang. So, kitorang pergi KLCC. Hehe. Yelaaa, kat Sogo nak shopping pun tengah tak best. Ada sale pakaian kanak-kanak je =_=`. Kitorang tengok Adnan Sempit 2. Hmm, lately memang rajin pulak aku tengok cerita melayu kat pawagam. Dulu Adnan Sempit 1  tengok dvd je. Haha. Tapi ada kawan yang da tengok kata best why not kan?


As usual tengok wayang time weekdays macam ni memang tak ramai orang la. Ada dalam belas-belas orang kot. Tapi tu la lagi best kan. Kosong je wayang. Starting cerita je dah menggelegak orang gelak and a group sebelah aku ni dok mengekek ketawa sambil cakap konfem best cerita ni. Konfem best. Dalam hati aku, baru 5 minit kot cerita tu start. Hahaha.

Tapi, cerita ni memang best la. Banyak lawak bodoh tapi mambu buat orang gelak. Kui3. Sam punya lawak never failed. Best as always. Hehe. Part last cerita tu adalah paling lawak. ``Biasaaa Bro!``. Haha. Kalau dulu Adnan jatuh motor time buat willie kan now saksikan siapa pulak and scene ni memang aku gelak gegile. Lawak kot. Overall cerita ni memang best la. Go and watch it now. Hehe
Back to tudung bawal ;D
Aku konon keluar nak beli barang untuk balik kolej nanti. Tapi tak terbeli beli jugak. Hahaha. Ada lagi sesi keluar nampaknya ni. Mari berfoya-foya lagi. Cuti tinggal 3 hari lagi sebelum kene daftar kolej. Oh nooo. Tah sapa la aku punya rumet nanti. Hewhewhew. Entry Kapalai aku tah bila nak buat. Well yesterday is a good day :) Kbai

Thursday, February 23, 2012

Result.

Hello and Assalamualaikum :)

Heyya, semalam result budak-budak UiTM keluar. Hewhewhew. Apa perasaan aku? Sepanjang cuti aku try untuk elak dari bercakap pasal result dengan sesiapa pun. Sebabnya aku nak mengelakkan perasaan cuak yang menggila tuu. Keh3. And aku berjaya. Malam before keluar result tu pun aku tak online langsung tu pun secara tak sengaja.

Yang sebenarnya,aku cuak sangat tapi aku simpan elok-elok kat sudut hati. Time final haritu ada satu paper yang aku tak yakin aku boleh score macam paper lain. Udahnya,siap termimpi-mimpi aku kene repeat paper tu. Screw me +_+. Apa yang aku fikir time tu matilah aku kalau kene repeat paperr. Dahlah baru sem 1. Hahaha

So, hari yang keluar result tu aku terbangun awal la pulakk. Terus online. Tetibe nampak Alhamdulilah here and there talking about result. Rupanya, dah boleh check email. Tak payah tunggu pukul 9 nak cek kat portal. So,aku terus cek email walaupun perancangan asal aku nak cek lewat sehari. KAHKAHKAH.

First thing aku tengok time result tu keluar aku tengok lulus ke tak. Alhamdulillah lulus. Time ni rasa bersyukur sangat yang aku tak payah repeat paper. Tengok gred da macam happy sikit sebab semua ok Alhamdulillah. Sekali ada satu paper slack. Tapi yang paling menyedihkan bila aku tengok pointer. Terus bergenang airmatakuuu. Hahahaha. Aku tak mengaharapkan 4 flat pun tapi target mestilah dean`s list kan. Bila aku tengok result yang terlalu hampir nak dapat dean`s aku kecewa. Lagi 0.0* je lagi nak dapat dean. Aaaaaa. Sedih.
Ini je yang mampu aku tunjuk. See the C?? One paper who ruin everything. LOL
Well,mungkin bukan rezeki aku kali ni. Kalau fikir balik, mungkin ni result yang setimpal dengan usaha aku. Orang lain tak tidur study,aku sedap je membongkang, kuar makan sana-sini.Banyak main. Tak study menggila. After this should put a lil bit more effort kot. Semangat! Hahaa.Apa-apahal pun aku bersyukur. It is just a start. 7 sem lagi menanti so,aku kene struggle lebih lagi.

Sedih cuti dah nak habis tapi tak sabar pun ada jugak sebenarnya. Hewhewhew. Anyway congrates to all yang dapat good result and for those yang kurang, dont ever give up. Lets struggle for the next sem ;D

Tuesday, February 21, 2012

Trip to Pulau Mabul

Hello and Assalamualaikum :)


Dari hari ke sehari nak update pasal holiday kat Tawau haritu tapi... biasalah bila duduk rumah ni bertangguh-tangguh. Biasalahh,aku kan bibik mama aku yang berjaya maka bangun pagi-pagi dah kemas-kemas umah. Pastu kang pikir pulak hari ni apa aku nak masak. Mana ada masa nak update blog kan. Kalau ada masa pun aku dok ralit melayan Running Man dengan How I Met Your Mother. Keh3
We are twin, no?
The famous sleeping island,Semporna
Okay, now mari cerita pasal trip haritu. Kitorang pergi satu family dengan sorang kawan my mom. Pergi Tawau, Sabah. Kitorang pergi 5 hari 4 malam. 2 hari 1 malam kitorang menginap dekat Pulau Mabul. Sampai Tawau, kitorang stay dekat umah kawan mama. Alhamdulillah ada tempat nak menginap semua kan. Kitorang sampai pun dah malam so takde pergi mana haritu. Berehat je kat rumah. Lagipun Sabah kan awal betul gelap. Hee
Siblings

The group ;D
Keesokan harinya, kitorang pun dah ready untuk ke Pulau Mabul. Kitorang menginap dekat Arung Hayat Resort. Bertolak dari Jeti Semporna. Naik speed boat woh. Hehe. Kitorang punya boatman nama dia Joe. Bila dia suka hati je terjun dalam laut kitorang semua wahhhh. Kah3. Dia dah biasa memang la kan. Perjalanan dalam bot nak sampai Pulau Mabul tu dalam sejam la. Lama tuu,dahlah angin bertiup kencang. Even bot tu terhentak macam mana pun aku boleh mengantuk. Keh3

First impression bila sampai sana. Subhanallah. Cantiknya pemandangan kat sini. Tak terucap dengan kata-kata. Tengok laut pun boleh terus sampai ke dasar. Nampak la segala jenis patrick *tapaksulaiman* kat bawah tu. Hahaha. Kagumnya dengan kebesaran Allah. Arung Hayat Resort ni very nice place to stay la. Bilik dia biasa je takde aircond apa semua tapi makan tip-top. Makan semua sedap-sedap. Tiga kali sehari. Not to forget workers dia semua very friendly and very helpful.
Subhanallah. Tu je mampu terucap. See the little kid. 
Petang tu dalam pukul 3 macam tu kitorang dibawa pergi Snorkeling dekat area Mabul tu je. This is my first time experience untuk Snorkeling and i`m super excited. Gila tak excited bila kau rendam je muka dalam laut tu terus nampak pelbagai jenis ikan, batu karang. Subhanallah, cantik sangat. Time ni rasa menyesal kenapa aku takde kamera yang boleh masuk dalam air. Hee.

The patrick :P
Nampak kan dasar laut tu. Cantik

 Time ni aku rasa ni lah laut paling cantik pernah aku nampak but wait, Kapalai lagi lawa. Wait for my next entry :P Bila ralit tengok keindahan ciptaan Allah ni sampai jauh berenang dibuatnya, pastu bila google dah masuk air mulalah terkapai-kapai. Hahah. First time kan. Tak berapa selesa lagi guna alat snorkeling tu. Tapi dont worry, ada je boatman and workers sorang untuk guide kitorang. Sepanjang kitorang kat Mabul, Sana yang jadi kitorang punya guide. Adik aku umur 9 tahun pun bebas snorkeling sebab dia sentiasa jaga.

Balik resort berehat apa semua, then petang tu Sana bawak kitorang jalan keliling pulau pulak. Pergi tempat jual cenderahati. Ada la jual kerang,kulit siput yang jauh lebih murah berbanding kalau kita nak beli kat bandar Tawau. Tengok perkampungan orang sini. Diorang ni bangsa Bajau dan ada jugak yang dari Filipina. Budak-budak main bola.



Rumah-rumah diorang semua nya rumah kayu dan pada pandangan mata ada yang agak daif, Tapi ni memang kehidupan diorang. Satu lagi yang perasan diorang ni budaya berjual. Kebanyakan rumah ada menjual barang walaupun sebiji labu. Kedai runcit tak payah cakap la selang 2 buah rumah ada kedai. Pulau ni kecik je sebab sepetang pun abis pusing. Hee. Sana bawak kitorang pergi round Resort lain yang jauh lebih cantik dan yang pastinya jauh lebih mahal la kan :P. Pemandangan sangat lawa lagi-lagi time Sunset tu. Fuhhh


My Family <3

A very nice view kan.
Malam tu takde aktiviti apa pun, just makan-makan. And budak-budak laki ni lepak main gitar ngan workers dia. Workers dia memang semua duduk dekat resort tu. Malam pun apa aktiviti yang boleh buat sangat kan dekat tengah-tengah pulau tu. And guess what Nabila Huda pun lepak kat situ.Dia datang Mabul for diving. Tengok dia in person lawa jugak and la,kecik je dia ni rupanya. Hahaha.
With Nabila Huda

Malam tu terbongkang tidur masing-masing. Yela, pagi kene bangun awal sebab subuh awal kan. Tambahan pulak badan memang kepenatan gila dilambung ombak. Memang tak sedar apa la. Rest for more adventure journey the next day. Tu aku sambung dalam next entry,panjang sangat dah ni. Hhaha


Friday, February 10, 2012

Celaru

Beberapa hari ni aku banyak fikir. Cukup ke apa yang aku dah buat. Betul ke tindakan aku. Sampai satu saat aku rasa aku kena ubah diri aku. Jadi lebih peka dengan orang sekeliling. Belajar kenal perasaan orang lain. Bukan hanya pentingkan perasaan diri sendiri. Dan bila aku makin sedar, aku ditegur. Terima kasih untuk teguran itu.

Benda yang dah lepas memang takkan boleh ubah. Dah tak boleh nak baiki jadi baik. Aku ambil sebagai pengajaran. Kurang-kurang aku memang dah niat nak ubah diri aku. Betul. Ada orang cakap buat apa nak ubah diri sendiri semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Pada aku kalau nak berubah ke arah yang lebih baik, untuk orang-orang yang kita sayang. Takkan pernah salah.

Entahlah, mungkin aku rasa aku cukup baik. Apa yang aku buat tu dah cukup untuk buat orang lain gembira jugak. Macam aku. Tapi aku silap. Aku ni ignorance ke?. Aku pentingkan kebahagiaan, gelak tawa sampai aku lupa sisi lain yang patut aku ambil berat. Benda yang lebih penting?

Tak, bukan aku tak pernah ambil kisah tapi aku akui kadang-kadang bila aku terlalu rasa gembira, bahagia aku jadi lupa semua benda yang buruk-buruk. Dan aku buat andaian sendiri bahawa orang lain pun sama. Bila gembira memang luar dalam gembira.Tak pernah nak tepikir yang sama ada dalam hati tu sebenarnya rasanya apa. Heh. Kene kawal diri sendiri. Kegembiraan bukan tiket untuk jadi seseorang yang pentingkan diri. Ingat tu.

Jujur, aku rasa bercelaru.Sebab sebenarnya apa yang aku buat selama ni tak betul. Aku silap langkah. I am at my lowest state. Aku rasa teruk bila buat orang hilang harapan dengan aku. Dan ini buat aku rasa rendah diri dengan kelemahan aku. Bila rendah diri menguasai, aku jadi insecure. Paranoid. Takut. Entahlah. Aku tau tak patut dan aku tak pernah nak salahkan siapapun.Teruk betul. Salah aku sendiri. Sedih.

Maaf.

Wednesday, February 8, 2012

Wordless wednesday #8 - A great escape

A very nice view kan?

The different side of lives

Just came back from holiday. Will update the story pretty soon. :D Hoyeahhh. A very tiring journey but unforgetable :)

Friday, February 3, 2012

Page 33 of 366 - :)

Hello and Assalamualaikum :)

Hey its already February. Time flies too fast isnt it? Haihh. Sekejap je dah habis sebulan. Alhamdulillah. bulan Januari berlalu dengan baik. Hope Februari pun be good to me? I want to create moree good memories. :)

Well,hari-hari aku duk berjalan area bangi je. Malas nak pergi jauh-jauh. Tapi semalam naik jugak KL. Sekali sekala ye dak? Lagipun memang nak cari barang sikit. Hahaha. But as usual la kann. Kalau naik KTM selalu mencabar kesabaran aku yang tak berapa nak banyak ni. Pheww. Lama benor nak tunggu satu-satu train.

Plan memang nak tegok wayang, tapi takde plan nak tengok cerita apa. Time dekat wayang tu sekali nampak poster Azura dah start tayang semalam. Apa lagi tengok la cerita Azura sebab takat yang digembar-gemburkan macam best je kan. Mula-mula macam lawak-lawak jugak la nak tengok cerita Azura ni.
Neelofa cantikk. Hhahaha
For me the movie was nice. Bolehlah nak pergi tengok. Romantik, ada jugak adegan yang lawak. Dalam wayang tadi pun 9 orang je yg ada tapi gelak dia bergegar jugak la hall tu. Lagi-lagi part Shahjazle nyanyikan lagu Azura. Kehehe. Yang pasti Neelofa cantiks gilerssss. Aku yang pompuan ni pun ha, duk berbuih mulut puji Neelofa cantik, Neelofa cantik. Kehehehe.

Kerja keluar makann je banyak. Wahhh. I likeee. Before tengok wayang makan. After tengok wayang makan lagi. Konon la macam eh kenyang la tapi masing-masing makan macam tak makan lansung lagi hari tu. Ekekekekeke.

Motif letak tiket wayang celah-celah makanan?
Lepas dah cari-cari barang apa yang patut. Melepak pulak kat Borders. Misi menghabiskan baucer buku RM50. Plan nak gune RM50 je sebab the left overs nak simpan untuk beli buku. Buku mahal wehh. Walaupun nafsu membuak-buak tengok banyak gila novel yang best-best dekat Borders tu tapi tahan. Kalau ikut hati memang aku habiskan je semua baucer tu beli novel sebab dekat Borders takde limitation berapa novel.As long as u spend RM10 and below untuk beli stationary. Dapat la rembat dua novel. Jyeahh. Im a happy kid \0/

Bukan senang rupanya nak dpaatkan benda free. Nak kene beli something yang cukup-cukup or hampir sangat dengan RM50. Bila aku cakap bia je rugi beberapa ringgit tu, diorang suruh habiskan jugak. Pening oiii. Dahla bukan senang nak cari barang. Sebelah cari barang, sebelah tangan lagi pegang fon kira harga. Keh3. Gasak la. Nak benda free punya pasal kan. Banyak habis masa kat situ je.
Muka seronok dapat novel! :D
Settle semua aku pun balik. Maka bermualalah waktu perit bagiku. Haha. Balik time orang balik kerja memang sesak gila la. Takyah kata KTM, LRT pun sesak sangat. Dahla dah lama tak menempuhi kenderaan awam macam ni kan. Haihh. Lemah aku. Tunggu KTM dahla lama gila, bila dah sampai aku terpaksa berundur diri tanpa mahu mencuba. Gila punya sesak.

Agak-agaknya selit jari pun tak muat. Kali kedua train sampai after sejam lebih menunggu aku rempuh je. Tak pikir orang dah time tu. Fikir nak cepat sampau rumah je.Tak best kot KTM yang baru eh yang ada satu pintu je kat hujung. Pintu kecik. Dah takde pintu kat tengah-tengah. Perghhh. Macam apa je. Susah bagi orang yang kat tengah nak keluar dengan padatnya lagi. Gila betull. Aku da macam sardin marina dalam tin. Muehehe.

Walaupun penat gilaaa but it was a best day. Hehe. Okaylaaa aku da penat nak membebel ni.Sepatutnya aku packing baju sebab nak pergi holiday kejap lagi. Nak gerak pukul 1 lebih japgi tapi aku tak start packing langsung lagi. Tahniah Amira. Tahniah.. Urghhh. I should move now. Haha. Have a good day and Happy Holiday. Cuti lama kan. Teehee :)