A day trip to Legoland

Its been a while since i update this blog. Hihi. Rindu nak menulis but tak dapat cari masa yang sesuai. Tambahan pulak bila ada Instagram it is easier to update memories kat situ. Sekarang tengah cuti semester. It feels good after a very tiring examination week. Dah dekat 2 minggu cuti. Ada la lebih kurang sebulan lagi cuti yang harus diisi dengan benda bermanfaat. Hee

Cuti Thaipusam baru ni aku and family pergi cuti cuti Malaysia. Biasalah cuti kan haruslah pergi jalan-jalan. Kitorang pergi Johor sebab dah lama plan nak ke Legoland bawak adik-adik. Kitorang bermalam kat rumah pakcik kat Kluang. Di samping dapat ziarah sedara mara dapat jimatkan budget hotel ye dak? Hihi

Pagi-pagi Ahad tu bangun awal! Semangat la katakan. Kononnya plan kalau boleh nak sampai Legoland pukul 10 waktu dia start bukak tu, tapi biasalah nak tunggu yang ni bersiap itu ini semua kitorang gerak pukul  9 dari rumah pakcik kat Kluang. Overall perjalanan dalam 1 jam setengah campur sesat-sesat sikit, huahua. Eksaited uolsss sampai sampai pintu masuk Legoland tu. Tapi time sampai dah start macam nak merungut sebab panasss sangat. Sedangkan before pergi memang dah google-google apa yang patut. Memang seperti yang digugel lah, keadaan sangat panas.




So, after masuk tu kitorang terus masuk ke dalam. Seperti kebiasaan lah kan yang depan pintu tu yang akan penuh dulu dengan orang. Buat apa nak bazir masa beratur kan so kita masuk dalam dulu. Kitorang start dengan bawak adik-adik pergi amik car lisence. Gituuu. Umur baru belas-belas dah boleh amik lesen kereta. So, aku yang dah ada lesen ni tunggu jela kat luar di bawah terik matahari. Terik tersangattt hokayy.
Sangat panas. Better bring along your hat or cap and sunglasses
We start our journey at Lego city. Kat sini ada aktiviti macam boleh amik lesen kereta for kids, boating school which is both kids and adults boleh main, airport school and boleh juga berlakon konon-konon jadi ahli bomba padamkan api. Best la jugak jadi budak-budak buat sementara kan. Hihi.

Berusaha keras memadamkan api. We won! LOL

Adik-adik mengambil lesen kereta. Haha
Seterusnya kitorang bergerak ke Land of Adventure. Kat sini rasa lah macam dewasa sikit. Hahahahha. Sebabnya kalau tak permainan dia macam more to kids kan. Kitorang naik roller coster Dino apa tah nama dia. Tak ingattt. Macam game sampan dekat Genting. Lencun hokayyy main kat situ. Actually ada je perkhidmatan dryer boleh masuk dalam 5 6 orang bayar RM5. Tapi memandangkan cuaca pun terik baik biar baju kering dengan sendirinya. Save budget. Lagipun basah lebih kepada seluar sebab duduk dalam sampan tu berair kan. 



Best sangat jalan-jalan dalam ni. Tengok macam-macam yang diperbuat daripada lego. Certain of them siap boleh keluar bunyi. Kalau butterfly ke, ulat ulat tu keluarlah bunyi macam unggas. Kagum la sebentar kan. Dekat Imagination part banyak bilik-bilik untuk kids main lego. Diorang boleh la buat lego ikut imagination masing-masing. Dekat sini jugakla kitorang melepaskan lelah dan menyejukkan badan. Perasaan bila masuk bilik aircond dari cuaca yang terik tu pehhhh undescribable. Huahuahua


Mr Einstein
Dah rasa macam lega sikit badan, we all teruskan perjalanan dekat the Lego Kingdom. Kat sini jelah yang macam extreme sikit ride dia. Ada roller coster yang kecik dan besar and Project X. Untuk sesiapa yang gemarkan permainan extreme aku suggest pergi naik Project X. Best gila hoii. Rasa jatuh jantung berkali kali. Wakaka. And i manage to get a beautiful picture masa turun roller coster tu after second ride. Time first ride tu rasa menyampah tengok gambar sendiri. Haha


Roller coster yang kecik sikit
A must ride!! Hihi

This one? No thanks. Hha

Tanah Lot, Bali

Dah last-last tu baru kitorang pergi tengok miniature bangunan or tempat-tempat terkenal dekat Asia ni. Sangat menarik dan mengagumkan. 
Singapore



Overall memang best sangat dekat sini. Especially kalau bawak kids. 6 jam dalam ni memang worth sangat. Lagi best sebab kitorang dapat naik semua ride and boleh ulang 2 3 kali. Orang ramai tapi tak menunggu lama sangat. Paling lama pun dalam 10 minit. Selain ty semua dalam 5 minit. Ada yang boleh terus naik je. Nak kata orang tak ramai, ramai jugak. Public holiday kan. Tapi maybe sebab satu satu ride tu tak lama sangat. Cukup lah dapat merasa kan. 

Ada few tips untuk siapa yang nak pergi time cuti ke kan :
  1. Pakai baju yang nipis or cotton and selesa dan pastikan menyerap peluh. Nak pakai fancy fancy pun biar selesa setelah berpeluh. Pakai kasut yang selesa or pakai flats or slipper
  2. Bawak topi/hat and sunglasses. Kalau ada electric fan yang kecik tu pun boleh bawak. Sesungguhnya cuaca tersangatlah terik di sana. Ada je tempat yang boleh sejukkan diri tapi tak semua tempat
  3. Makan breakfast cukup-cukup. Makanan dalam ni sangat mahal for me. For Singaporean mungkin biasa tapi untuk kita kita ni harga makanan agak tak berbaloi. Standard theme park la kononnya
  4. Untuk orang Johor atau yang berniat untuk masuk Legoland lebih dari sekali boleh beli annual ticket which is lagi berbaloi for me. 
  5. Untuk yang nak bawak kids, boleh sewa stroller sebab manalah tau budak-budak kan, lama mana sangat diorang tahan nak berjalan.
So, thats all la untuk kali ni. Tunggu pergi bercuti sekali lagi  baru terupdate pulak blog ni. Hihi

Comments

Popular Posts