A trip to utara

Entry ni sepatutnya buat lama tapi macam biasalah, kemalasan yang menggunung. Sekarang ni alang-alang tengah rajin nak menaip dan ada idea, baik aku tulis. Yela, kengkonon dulu kat sini lah semua aku coretkan momen-momen indah. Giteww. Raya hari cina haritu, aku and family jalan-jalan pusing Utara. Since aku pun tengah cuti semester, and adik-adik pun cuti sekolah, amiklah kesempatan ni pergi jalan-jalan. Masa lain memang tak dapat sebab sejak masuk Uni nii cuti dah tak sama dengan budak sekolah. Sedih :(

Plan asalnya, nak duduk kat jitra tanah tempatku membesar dua tiga hari je sebab kononnyaaa nak pergi Krabi. Beberapa minggu awal aku dengan abah dok rajinla meng gugel sana sini pasal Krabi. Hotel, aktiviti macam-macam la. Tapi malang tak berbau, atau lebih tepat lagi takde rezeki. Dalam perjalanan dah nak sampai RnR Gurun baru perasan passport mama and abah tertinggal. Dah macam manaa, takkan aku adik beradik je nak pergi kan. Redha jelah, Maka mari kita jalan-jalan pusing utara.

Awal pagi dah gerak. Breakfast apa pun tak sebab takut jammed. Alhamdulillah gerak awal sikit sebab biasalah cuti raya cina kan, time tu la orang semua nak keluar. Sampai jitra around pukul 2 lebih. Rinduu sangat sebab dulu 5 tahun sekolah kat sana memang situ jela tempat outing apa semua. Family pun memang suka naik utara. Makan best wohh Hihi. Duduk hotel biasa kitorang duduk. Hotel sebelah kubur dekat Jitra. Hehe

Dah sebulan baru nak update. Mampu?
Hari first tu memang semata jalan cari makanan yang dah diidamkan. Nasi goreng ayam, cha kue tiaw. Serious i tell u, tak pernah lagi jumpa nasi goreng ayam yang rasa sama macam kat jitra. Haha. And yang paling pentingg pergi pasar pagi dekat stesen bas Jitra tu. Mana nak dapat Nasi Lemak 70 sen yang sedap-sedap kalau kat KL. Memang syurgaa. Dapat pulak family memang jenis makan first. Hahha. 

Ini adalah syorgaa dunia

Muka happy dapat makan char kue tiaw yang sodapp
The next day, we all jalan-jalan ke Perlis, melawat kawan makan tengah hari semua kat rumah dia. Thanks mirah for the hospitality. Kononnya, nak jalan ke Padang Besar tapi nauzubillah jammed. Dari luar pun dah takleh masuk. Maka pusing jela. Lepas tu kitorang pergi jalan ke Muzium Kota Kuala Muda. Tak pernah sampai bahagian sini so alang-alang tu jalan jalan la. Bergambar gambar bagai.



After 3 hari jalan-jalann kat Kedah,perlis semua plan nak balik dah la. Sekali on the way balik tu dah area-area terowong Menora abah cakap, ``Cuba google ada hotel kosong tak dekat Cameron''. Nak naik Cameron pulak hoiii. Tapi memang lama sangat dah tak pergi Cameron. Last was on 2010. Tapi yang tak tahan tu Cameron jammed gila. So,moral of the story jangan pergi Cameron time cuti public. Itupun untung dapat hotel yang sangat selesa dengan harga berpatutan. 

Sebaik sahaja sampai di Cameron. Sejuk gilosss
Aktiviti kat Cameron malam tu pun xde sangat. Just duduk kat hotel menikmati kesejukan. Sebab jammed sampai pun dah lewat sangat. Esok tu baru jalan-jalan. Tu pun x kemana sangat sebab hujan. So, macam tak best la nak jalan jalan sangat. Pergi Tea Plantation, ambil gambar semua. 



On the way back, adik adik aku semua mengidam makan Strawberry chocolate. Kalau kat pasar malam tu bukan main mahal lagi sebatang. Kat sini kau makan puas-puas sampai muak. Aku pun tibai jugakk. Cuti cuti ni memang membuatkan aku takut nak timbang berat. Makannn je kerja. Hihi. And before balik kitorang singgah Bharat Tea minum tea. Sandwich Tuna dia sedap gilerrr. Berulang lah beli. Hahaha. 


Mana tak drooling acani. Haha

This was the best trip ever sebab penuh dengan aktiviti makan. Hahaha. Alhamdulillah jugak dikurniakan dengan rakan dan kenalan yang pemurah jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap. Moga rezeki kalian lebih murah. Hihi.

Bukan main panjang lagi ye dak? Hihi

Comments

Popular Posts