Aktiviti renang di pagi rabu

Sebagai seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam di UiTM memang hari rabu adalah hari yang tidak akan ada kelas sampai bila-bila sepanjang belajar dekat situ. Hehe. Sebabnya, fakulti save the day untuk kalau kalau ada Kemahiran Insaniah ke, site visit ke or apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan fakulti. So, bila takda aktiviti fakulti, haruslah buat aktiviti sendiri dengan geprengs.

Misi kurus bersama geprengs. Haha. Misi kurus la sangat. Plan nya nak pergi swimming. Disebabkan UiTM punya kolam renang kena pakai swimming suit full, kami-kami ni ada yang takde so mari lah kite ke Pusat Akuatik, Seksyen 13 Shah Alam. Kena bayar RM2 which is very affordable. Kolam dia luasss. Kalau nak berenang dari hujung ke hujung memang putus nyawa la kalau orang yang ada asthma macam aku ni.


Kitorang prefer pergi sesi pagi. For your info, dia memang ada waktu-waktu dia. 9-11.15 a.m., 12-2.15p.m, and tak ingat pulak. Sesi last pukul 6-8.15 p.m. Pergi mandi pagi-pagi kebiasaannya takde orang pun plus cuaca pun tak panas. Kalau ada matahari pun masih bagus untuk kulit sebab matahari awal pagi kan. Hehe

Tapi, pergi pagi tadi ramai pulak kanak-kanak. Kitorang pun lupa yang sekarang ni tengah cuti sekolah. Tapi kolam pun memang ada untuk kanak-kanak dan dewasa. Yang dewasa pun luas dan tak berapa dalam. Bolehla nak kuak lentang lagi even ramai pun orang tadi.

Swimming sebenarnya sangat best. Dapat release stress dan juga kurus.Itu yang pentingg dah nama pun misi kurus kan. Hahahahha. Memang dari kecik lagi suka berenang. So, untuk hasil #misikurus yang memuaskan haruslah jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti mingguan. Nak jogging sejujurnya aku malas sebab macam ermm bosan kot. Hihi

Untuk orang-orang Shah Alam yang nak bawak anak-anak beriadah boleh la bawak pergi sini. Hehe

Comments

Popular Posts