Kelas membuat kek. Pengalaman baru.

Semakin aku menginjak dewasa (wahhh) aku rasa passion aku lebih kepada memasak. Yelah, kalau ada certain orang suka menjahit, suka menyanyi, ataupun menari, aku suka memasak! Hehe. Mula-mula dulu memang rasa masak macam paling tak sedap. Menu pun selalu telur sambal, ayam sambal. Tapi lama-lama makin bertambah lah menu yang pandai and rasa pun semakin improve la kann. Practice makes perfect giteww. Heee

Despite of masak lauk untuk makan biasa-biasa kat rumah, aku lagi suka masak Western food. Even time cuti semester haritu aku jual Lasagna. Alhamdulillah, untungnya lepaslah buat aku shopping beria. Hihi. Kadang-kadang tu rajinn je google resipe and terus buat. Kadang-kadang tak menyempat sampai mama marah tak cek dulu betul-betul barang ada ke tak ke. Hehehe. Tapi rasa puasss hati bila dapat masak and bagi adik adik makan.

Selalu kalau terasa nak makan kek ke, or ada apa-apa birthday or event mama akan order dengan Cik CT Ayuz. Tell you what, dia punya kek sangatlahh sedap and harga pun affordable. So far yang aku tengok orang berjual memang harga dia okay sangat. Rasa pun memang terjamin sedap. My favourite kalau tempah dengan dia Red Velvet, Pavlova and Brownies. Brownies dia sedapp sangat. Bila bawak pergi kelas pun memang sekejap je licin sebab sedap. You guys can check out her facebook kalau nak order ke apa.
                                 
  CT AYUZ RAZALI

Time kelas. Haha
Kebetulan pulak baru baru ni dia ada buat kelas untuk sesiapa yang nak belajar. Ada tiga jenis cake yang diajar which is Red Velvet, Carrot cake and Chocolate Perfection. Memang cik ayu ni tak kedekut ilmu. Satu-satu diajar and which is for me very easy rupanya buat kek ni. Just ikut je step elok-elok. Memang kita boleh buat ikut resepi internet tapi takkan sama. Worth every cent of my money. Belajar dengan guru ni lagi baik sebab tau teknik-teknik, apa yang boleh and apa yang tak boleh, macam-macam la. Banyak ilmu yang aku dapat.

Most of the students yang ikut adalah mak-mak orang. Akulahh yang paling muda kat situ. Hihi. Minat punya pasal tak kisah lah kan. Time perkenalkan diri, aku cakap aku belajar buat Civil Engineering, ada makcik tu tanya aku. ``Adik ni belajar civil, tapi masuk kelas belajar buat kek?`` Takkan lah nanti kat rumah aku nak hidang simen pulak kat laki kann. tsk. Hahaha. Takdelah, tapi apa salahnya kan. Nothing wrong to learn. Boleh jadi multitalented, plus it can earn money so why not?Biarlah jadi Civil Engineer yang hebat di dapur. Ye dak? Wakakakkaa.
Red Velvet, Carrot cake and chocolate perfection.
The chocolate perfection is to die forrr

Bila balik, bagi mama and abah rasa kek, terus semangat nak buat kek. Terus esok pagi tu pergi Yummies (bakery store) untuk beli barang-barang. First try buat carrot cake sebab ini adalah kek paling senang untuk dibuattt. Hahahha. Serious. And, it turns out quite well. Hahaha. Walaupun texture tak secantik cikgu but for the first time, im still proud of myself. Hahahaha


My first attempt of carrot cake. Buat 4 pieces ni dalam cupcake. Yang sebiji bulat tu tak sempat nak amik gambar dah kena ngap. Tak cantik la kannn. Hahaha. Boleh la ye dak for the first timer. 

Kalau sapa-sapa nak join kelas or order boleh la tengok facebook dia. Link kat atas tadi. Rasa terjaminn sedap :)

Comments

D-SIM said…
boleh kasi tunjuk ajar tak ?

kenapa kalau nak buat donut tu,
shaping nak kasi bulat tu susah ?
lagi satu dia melekat lekat, habis buruk bentuknya -.-
luvly mya said…
alaaa, tak belajar buat donut. hehe. tapi kalau nak buat bentuk cantik donut tu, tekap doh dengan gelas.

Popular Posts