Kembali ber blogging

Hellooow rakyat jelata semua. Apa khabar? Weeeee. Lama giloss tak menjenguk belog. Bukan takat lama tak update, bukak blogger punya dashboard pun dah berzaman. Adakah blogging bukan passion ku lagi??? Huhu. Biasalah bila takde internet memang taham malas tu memuncak sikit. Tambahan pula (skema habis), lebih banyak benda yang penting untuk didahulukan dari berblogging. Eh?

Berita gembiraa, rumah sewa dah ada Unifi. Maka dengan ini saya berjanji dengan diri sendiri akan mengupdate blog dengan lebih kerap. Konon dulu tak update blog sebab internet connection not so good kan. So, we will see how it will go. Hahaha. Rajinlah rajin Amiwa. Puhh puhhh

So, sekarang dah tiga minggu di semester 4. Semester 4 dah? Wowww cepat je rasa masa berjalan. Alhamdulillah result sem lepas masih lulus semua tanpa ada yang perlu di repeat. Even result jatuh sikit, tapi Alhamdulillah. Maka dengan ini juga saya berdoa dan berusaha agar dapat Dean List semester ini. Huhuhuhu. Aminkan ramai-ramai pleasee :)

Sepanjang tiga minggu ni, ada satu kelas favourite. Sebab apa favourite? Sebab sepanjang tiga minggu, 3 jam kelas bersama EN.W, tak pernah walau satu kelas pun aku berjaya duduk selama sepanjang  masa pembelajaran. And thanks god bukan aku sorang. Garang weh lecturer aku. Lambat sesaat masuk kelas, berdiri. Tak dapat berebut jawab soalan, berdiri. Tak dapat siapkan 2 soalan dalam masa 30 minit, berdiri. Tahu takk indeterminate structure memerlukan otak yang bijak untuk menjawab soalan seperti itu?? Haha. Harap-harap hujung sem nanti kaki dan peha akan kecik hasil berdiri.

From my instagram account @amiranajwa


Mari berdoa supaya semester 4 ni berjaya dilalui dengan lancar. Hihi. Berdiri dalam kelas ke, apa ke, tak kisah la. Janji pengakhiran nanti menjajikan yang baik baik sahaja. Amin :)

Comments

Popular Posts