Site visit to Tunnel Training Academy

Hai semuaa, aku hampir hampir melupakan azam untuk mengupdate blog dengan lebih kerap. Nasib baik ada cerita baru so bolehla back on track. Last wednesday aku ngan classmate semua pergi site visit. Actually  dah berminggu-minggu tangguh site visit ni. Macam-macam halangan but Alhamdulillah we made it this week.

Pukul 8,15 dah keluar rumah untuk memenuhi tuntutan perut. Sebab takde breakfast or any food yang disediakan haruslah cari sendiri dulu. Tambahan pulak dengan ugutan dari En.W supaya sampai kat tempat tunggu bas lebih awal dari pukul 9. Phew. Mencik tau kena ugut-ugut. Dahlah kena pakai safety boot semua yang memang kenangat pahit kelat buat diriku. Haha

Mangsa kasut besar
Disebabkan safety boot tu pinjam dari lab dan mereka hanya ada size 5 yang paling kecik. Buat perempuan bersaiz normal macam aku itu adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Saiz 5 tu saiz lelakii. Kawan-kawan perempuan aku yang saiz biasa 6, 7 pun macam longgar-longgar, bagaimana pulak dengan aku yang bersaiz lima ni. Arghhh. *nangis*. Dan buat kali pertama dalam sejarah hidupku aku pakai kasut sumbat dengan tisu yang banyak. Itupun masihh terbukak bila aku berjalan. Huh. Dahlah kasut tu berat sampai sekarang lutut aku sakit +___+
Tunneling Training Academy at Kota Kemuning, Shah Alam
Kitorang buat site visit to Tunnel Training Academy which is owned by MMC-Gamuda. One of the big company that i known in this field. Diorang is part of the project untuk MRT (Mass Rapid Transit) yang sekarang ni dalam construction and expected siap on 2017. Kat sini kitorang diterangkan pasal MRT, apa objective MRT ni dibuat, cost, expected siap and so on. Di Tunnel Training Academy (TTA) ni, macam tempat melatih pekerja mahir untuk buat tunnel and component-component untuk Core Boring Machine. Core Boaring Machine ni untuk korek tanah buat terowong.

The workers are changing the Boring Machine disk
Mr Chong, the manager with the huge Boring Machine behind him
It was fun and the technology amazed me. Hahaha. Gila tak kagum tengok Boring Machine yang besar gilos tu. And to know how the process of tunneling lagi la buat kagum. Serious. Tapi untuk Engineer perempuan untuk kerja dengan bidang Tunneling ni amatlah tidak sesuai. So, i take this visit as a memorable experience.

Nak tunggu MRT ni siap amatlahh lambat lagi. And i think, MRT ni is one of the good investment. Mahal gila cost dia but worth it kot since lane MRT ni memang dekat tempat-tempat yang tak banyak kenderaan awam yang pantas. Contohnya Shah Alam, kau memang tak ada pilihan lain selain daripada bas and komuter which is lambat. Komuter walaupun dah upgrade tapi still lambat pada aku. Tapi objektif dia untuk mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas macam tak berapa yakin boleh kurangkan secara total. Sebab kebanyakan orang yang prefer bawa kereta dari public transport bukan sebab kawasan dia nak pergi tu takde public transport tapi sebab dia memang nak bawak kereta. Senang bergerak katanya. Just my two cent.

Seronok wohh main bubble foam ni. Hihi
Le classmate <3
Sebelum balik, kitorang dijamu selera. Makanan memang la sedap sebab masing-masing kelaparan. Hahaha. Thanks for your hospitality TTA :) Lepas dah makan semua, apa lagi, group photo lah and bergambar kenangan. Wahh giteww. Kahkahkah


Till then , xoxo



Comments

D-SIM said…
This is cool ! TTA ni kat mana ?
The same bore was used to build the SMART tunnel if I'm not mistaken.
luvly mya said…
Yupp. very cool. hehe. Dekat Kota Kemuning Shah Alam, indeed, the same one was used for SMART tunnel.
kalau nak apply masuk macam mana?
luvly mya said…
sorry lambat sangat reply, we just send email to KVMRT untuk apply for a site visit
hello, can I have your email adress? I want to ask about TTA. Hope that you will respond to my request

Popular Posts