Explorace pembinaan jati diri

Ha gituu. Macam ilmiah sangat bunyi tajuk entry aku. Hahhahaha. Sebagai student UiTM ni memang kena ikut Modul Kemahiran Insaniah. Ada 8 module, kira satu sem satu modul lah. And yang menariknya modul kali ni Explorace! Bapak ahhh, memang masing masing eksaited lah. Kononnya lah kan sebab before ni semua ceramah, LDK which is memang bosan la kann bagi pelajar normal macam kami. Huahua

Awal awal nak pergi tempat berkumpul tu dah memang berpeluh habis dah. Boleh pulak sesatt. Sebabnya tempat berkumpul bukan dekat fakulti aku so kita macam kurang aware la kan dengan fakulti lain. Sampai sampai terus breakfast and lepastu pembahagian kumpulan.
Groupmate

First checkpoint kitorang adalah tersangat jauh pulakkk. Mula mula dah rancang rancang dah nak naik bas dengan groupmate. Tapi fikir fikir balik karang bas lambat pulak pastu berenti banyak bus stop. Kitorang decide jalan kaki dannn menyesal. Kalau diibaratkan dari fakulti engine ke padang seroja tu macam uitm ni bulatan pastu antara hujung ke hujung. Memang gila jauhh. And the first activity was archery. It was fun sebab dapat gak pengalaman memanah. Giteww. Walaupun anak panah tu tercacak dekat kayu board je. Wakakaka

Kitorang ada 5 checkpoint. Dari checkpoint 1 ke 2 dekat je sebab bersebelahan tu pun aku rasa macam xlarat dah sebab habis tenaga berjalan kaki. Dari checkpoint 2 ke 3 kitorang patahh balik dari masjid ke pusat sukan. Laksanakan aktiviti kat situ andd kat checkpoint 3 kene conteng-conteng muka dan amik next clue kat kaki parrot. Tapi malangnya group yang hujung hujung kat checkpoint tu dah takde parrot sebab tetibe je dia bertindak ganas.

Asal explorace jee main conteng conteng muka
After habis dekat checkpoint ni pergi pulak kat checkpoint 4. Tengok tempat kat mana pun dah rasa nak menangis. Gila jauh wehhh. Macam dari pintu belakang UiTM ke pintu depan. Memang agak kejam la fasi ni bagi tempat checkpoint. Memang nak membina jati diri sangat. Paling rasa nak menangis sebab kena menempuhi bukit tonggek untuk jalan pintas. Sebab apa nama dia bukit tonggek sebab kalau daki kompem tonggek. Curam sangat.

Gambar ihsan google. Bas pun tersadai, Aku sendiri tak berani bawak kereta kat sini. Curamm. Ni pun gambar tak nampak habis, Aku nak amik gambar pun tak mampu dah nak keluarkan kamera. Sampai setengah jalan rasa nak merangkak je. Nak turun jauh nak sambung naik pun jauh. WAAHAHHAHA. Dilema gila

Memang berpusing-pusing habis la checkpoint. Sampai at one point kitorang tak larat dah nak turun bukit jauh gila kitorang slide je dekat lereng bukit tu. Adventerous habis. Muahahhaa. Memang bila dah habis checkpoint tu nak menyampaikan ke dewan berkumpul tu rasa macam dah tak sanggup. Macam nak pengsan je rasa. Peluh takyah cakap la. Berjeruk. Tudung dari kaler purple cair jadi purple gelap. Punya kuyup dek peluh. Muahahha

Kitorang dapat tempat ke4. Not bad laa. Walaupun berpenat lelah macam kan apa. At least menyumbang la sikit kepada #misikurus aku. Wahahahha. Balik rumah lepas bersihkan diri apa semua , tidur tak ingat dunia. Bangun bangun meraung sakit badan. Penangan betull explorace kali ni.


However, it was fun! walaupun penat cam onggile.


Comments

Ninie said…
bukit tonggek tu curam die mengalahkan gelongsor. btw aku ingatkan tudung warna kelabu rupanye purple. haha
Ninie said…
bukit tonggek tu curam die mengalahkan gelongsor. btw aku ingatkan tudung warna kelabu rupanye purple. haha

Popular Posts