Perjalanan Umrahku 2 - Mekah Al-Mukarammah

Lama betul ambil masa nak sambung part 2. Hehe, Been so busy lately. Nak cari masa untuk tulis blog memang tak sempat. After bermiqat di Bir Ali, kita naik bas ke Mekah dalam perjalanan yang mengambil masa 6 jam. Tak tau berapa kali tertido bangun tertido balik. Tengah-tengah dok zikir sedar-sedar aku dah tertido. Hahah. Semua sebab nak tahan keinginan untuk membuang air. Yelah, kat sana mana ada RnR macam kita. Ada kitorang berhenti satu tempat tu pun tak sanggup nak masuk toilet dia. Kat situ berhenti buat alas alas perut.

Bila dari dalam bas dah nampak clock tower tu bercampur baur perasaan yang dirasai. Excited, cuak tak sabar n so on. Sampai sampai terus setelkan hal hotel dulu and makan malam. Dalam pukul 11.30 malam semua dah berkumpul untuk buat Umrah for the first time. Jujur aku kata mengenangkan dosa dosa yang pernah dibuat, aku takut sangat kalau tak nampak Kaabah. Simpan sendiri dalam hati tapi rasa takut tu tuhan je yang tau. Aku rasa ni semua penangan Mastika pun ada jugak. Dari kecik baca Mastika,sokmo cerita tak nampak Kaabah.


Lawa sangat kan langit kat sana
Hotel jauh sikit dari Haram, jalan kaki about 10 minutes, dan sepanjang perjalanan tu aku berzikir dan mintak ampun pada tuhan agar jika ada dosa-dosa aku, tidak aku diaibkan sedemikian ruba sehingga tak nampak Kaabah. Bila dah berkumpul kat dataran tu, berdebar gila jantung. And kitorang masuk melalui pintu 1, pintu King Abdul Aziz. Perasaan bila nampak Kaabah buat kali pertama, subhanallah :) Tak terucap dan waktu tu jugak bergenang air mata sebab dapat nampak Kaabah depan mata. Tawaf alhamdulillah berjalan lancar, cuma saie rasa penat sikit since dah midnight, badan pun penat, kaki pun sakit. Dengan tak prepare untuk pakai stokin tebal. Alhamdulillah, umrah pertama dah selesai. Balik masing masing tak sempat buat apa terus tertidur.



Esok nya sempat buat tawaf sunat sekali. Waktu tawaf sunat ni la nak merasa pegang Kaabah semua sebab tak dalam ihram kan. Bila solat dekat Multazam tu dan berdoa, menitik lagi air mata. Tak boleh nak describe perasaan tu macam mana. Alhamdulillah dapat solat dalam Hijir Ismail tu tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah. Dari situ terus ikut tepi-tepi Kaabah. Dekat area Rukun Yamani time tu memang takde orang langsung and ambil peluang untuk cium Kaabah. Honestly, im not a fan of minyak attar. Some of them aku tak boleh bau. Tapi bau Kaabah ni lain, aku boleh bertahan. Once bila aku tekap pipi kat Kaabah, air mata mencurah-curah rasanya. Rasa bersyukur sangat sebab dapat pegang and cium Kaabah. Rasa macam mimpi. Cuba jugak untuk cium Hajarul Aswad tapi tak mampu nak bertolak-tolak. Bukan cara kita and bila da memudaratkan baik tak payah kan.

Salah satu cara. Adapt sikit dengan budaya sana. Wakaka

Cuaca kat situ memang subhanallah, panas sangat. Tapi berpeluh pun x lah lencun dan amazing tak berbau. Aku ni kadang-kadang extra peluh akan gatal sana sini tapi Alhamdulillah. Dengan air zam zam free flow lagi rasa macam sihat walafiat je kat sana. Tambah pulak sekarang tengah construction kat sana. Berdebu dia tak payah cakap la kan. On the way dari Haram ke hotel tu memang ada construction site so kena extra precaution la. Pakai mask and shade sebab terik sangat cuaca.Yang bestnye kat hotel sini makanan dia semua sesedap nak compare to hotel kat Madinah. Hiks. Memang jarang makan kat luar. Sekali dua je sebab tak balik hotel antara Zohor dan Asar.

Dekat Madinah ada dua hari Ziarah. First day tu kitorang pergi melawat ke Jabal Rahmah. Tempat yang paling mujarab untuk berdoa hal hal yang berkaitan kasih sayang. Macam macam perangai boleh tengok kat sini.Siap naik atas tu bersepah gambar-gambar yang mungkin dibawa untuk doa jodoh dorang. Entahlah. Yang meratap kat atas tu pun ada. Berjaya okey aku naik atas tu dengan pakai Jubah nye. wahahah.

Semoga keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah 
Selepas tu pusing pusing ke tempat orang buat Haji, Arafah, Mina semua tapi hanya tengok dari dalam bas. Lalu jugak dekat Gua Hira` dan Jabal Nur. Rasa dekat je kan bila kita melawat tempat-tempat yang Rasulullah pernah jejakkan kaki dia satu masa dahulu. 
Adik adikku
Tengah hari tu kitorang buat umrah sekali lagi. Bayangkan jelah buat umrah pukul 11 pagi tu dengan matahari tegak atas kepala. Kalau waktu lain rasa nya macam tak mampu dah. Tapi bila berada dekat rumah Allah, semua dipermudahkan. Walaupun time sembahyang dekat multazam tu bila sujud rasa melecur gakla dahi tapi tu baru panas dunia kan. Huhu

The next day, kitorang bermiqat di Hudaibiyah untuk umrah ketiga. Before that, pergi ziarah ke ladang tenusu unta dulu. First time everrr minum susu unta. Rasa dia biasa je sebenarnya. Bolehla nak dikatakan sedap. Tapi buat loya tekak nak minum bukan sebab apa, sebab minum kat ladang unta tu jugak kan, taulah bau unta macam mana. wahahah. Terbaikk punya bau. Dan, jangan tak tau, kencing unta pun ada orang beli sebab boleh merawat penyakit. Wallahualam. Harga pun lagi mahal dari susu. Tapi sebab itu kencing dan sebahagian daripada najis, memang la tidak untuk aku cuba.  Tak sanggup.

Dah macam abang dah adik aku ni
With my baby sister
Kitorang miqat dekat hudaibiyah and tunaikan umrah ketiga malam tu. Alhamdulillah. Esoknya takde tentatif so free day untuk semua. Masa ni la, nak duduk dalam masjid and selit selit sikit pi Mall depan Masjidil Haram tu. Hehe. Hari ni Jumaat so merasa aku solat Jumaat buat pertama kalinya dalam hidup. Alhamdulillah. Waktu duduk duduk tunggu azan aku mengaji, dan ada orang arab cakap dengan aku. Dia tanya aku boleh cakap Arab ke tak, aku cakap tak. Then, dia cakap, aku mengaji pandai (Alhamdulillah) tapi why tak boleh cakap arab. Malu pun ada sebenarnya nampak sangat aku mengaji tanpa faham maksud keseluruhan Al-quran. Menyesal tak belajar Arab pandai pandai time sekolah dulu. Nasib baik dia pandai english so bolehla aku terang yang aku boleh mengaji alquran sebab diaajar since kecik. Malu woi time tu. Huhu

Adik ayah aku menetap dekat Mekah ni sebab husband dia kerja dekat sini. So, lepas asar tu dia bawak kitorang pergi rumah dia and bawak dinner dekat restoran turki yang MasyaAllah sedapnyaa. Hehe. Tenkiu Pak tam and Mak tam. Jasamu dikenang. 
Bottom left, masing masing dapat kebahagiaan di rumah. Wifi  dan game. Hahah
Esoknya, sempat buat tawaf sunat sekali lagi. Hari tu memang aku berdoa sangat dapat cium hajarul aswad. Sebab esoknya dah nak balik, dah takde peluang. Memang berusaha sangat. Kena tolak ke apa aku tahan. Kita ni badan kecik, nak lawan dengan mak arab. Memang muka aku bawah ketiak dorang je, kena siku tu takyah cakap lah kan. Dah kita ni pendek. Waktu tu memang aku betul-betul belakang orang yang tengah cium tu. Ingatkan dah boleh la dapat. Walaupun time tu rasa nak pengsan semua ada. Lelah semua dah. The moment orang tu keluar je, lelaki dari sebelah kiri rempuh. Mana sangat tenaga aku nak lawan dengan tenaga lelaki kan. Aku betul betul dapat pegang besi hajarul aswad tu je. Terus tertolak keluar. Nak keluar pun susahhh masyaAllah. Takpelahkan, mungkin belum rezeki. Mungkin next umrah ke? InsyaAllah. ehehe



Balik-balik dari tawaf sunat tu terus rasa tak sedap badan. Terus demam. Memang takde rezeki agaknya. Aku pulak jenis kalau demam bukan boleh nak gagah2 bangun. Burn sehari. Sedihh sebab esok tu dah balik. :(

Esoknya buat tawaf wida. Sedih rasanya nak tinggalkan Rumah Allah. Entah bila lagi nak dijemput ke sini kan. Bertolak balik kitorang diduga lagi dengan masalah. Bas rosak and too bad pemandu dia tak boleh cakap arab. Dah macam ayam itik sebab driver tu orang Pakistan. Bayangkan dia boleh bawak jalan bertentangann. Dengan bas tu clutch rosak. Macam macam. tiga jam lebih stranded dalam bas dengan makanan dalam bas lagi satu. Makan la roti je. Nasib baik jugak bertolak awal sebab perancangannya nak pegi ke Masjid Terapung di Jeddah. Tak dapat pergi pun dapat sampai airport on time pun cukup bertuah dah. Alhamdulillah. 

Pengalaman umrah ni memang takkan dapat kat tempat lain. Buat sesiapa yang ada duit dan masa, pergilah. Perasaan dia memang tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata. Thanks to mama and abah bawak kakak and adik adik semua :)

Till then, Assalamualaikum 

Comments

Anonymous said…
Ya Allah....serius rse sayu sgt bca...rse mcm mmg tgh ad kt sne...time ksh coz sharing the moment with me.moga Allah pilih sy juga utk jadi tetamunye T.T

Popular Posts