Perjalanan Umrahku - Di kota Madinah

Its been a week since cuti gawai. Yeah, UiTM memang ada cuti khas untuk gawai since ramai from Sabah and Sarawak. Alhamdulillah, banyak cuti this sem walaupun nanti study week sikit je! Huwaa. Dan, dikesempatan itu jugaaa, time cuti haritu aku pergi menunaikan umrah. Alhamdulillah atas peluang ni. Kebeteluan cuti dengan cuti sekolah sama, duit pun cukup dapat la kami sekeluarga pergi. Firstly, thanks to my parents bawak kitorang adik beradik and bagi peluang untuk menunaikan umrah. Terima kasih Allah atas jemputanmu :) Kitorang satu family pergi dengan Harmony Excellence dengan jemaah seramai 61 orang.

Kitorang bertolak 23/5/2013 petang around 8.30 malam. Since haritu hari khamis, aku still pergi kelas and tengah hari dah chau balik rumah. Kelas petang ponteng. Wakakak. Takpela kan sekali sekali, tak pernah ponteng kelas hokeyy. Kitorang transit di dubai for 2 hours after 8 hours flight. Naik emirates, air bus baru. Gila syok la dengan makan tak henti henti.Dahlah food emirates semua best. Then, from Dubai to Madinah about 2 hours and 30 minutes flight. Dugaan di Dubai, aku ngan parents and seorang ustaz pengiring takde tiket to Madinah. Cuak jugak sebab fikirkan adik adik. Nasib baik ada kawan mama seorang. Rupa rupanya salah Emirates, tiket kitorang bertiga di booked pada hari sebelumnya, dapat jugak. Ustaz tu seorang je tak lepas.

Kitorang sampai Madinah subuh 24/5. Check in hotel semua,solat subuh , breakfast and rehat apa semua tunggu zohor. Too sad, aku masih uzur on that day, tak dapat la merasa peluang solat jumaat dekat Masjid Nabawi. Alhamdulillah, hotel tersangat dekat dengan Masjid Nabawi. Betul betul depan masjid, berdekatan pintu 17. Hotel Arac Majidi, atas kompleks Bin Dawood.

Tu hotel, belakang tu salah satu pintu ke Masjid Nabawi
Alhamdulillah, maghrib malam tu dapat jugak masuk Masjid Nabawi. Subhanallah, cantik. Honestly i always adore the architecture of Masjid Nabawi and payung dia yang boleh terbukak tertutup tu. For me it is Amazing. Tapi sebab petang mana payung tu nak terbukak :(.
First walk to Masjid, langit dekat Mekah Madinah ni sangat cantik kan.
Yup, cuaca kat Madinah ni memang panas tapi takleh lawan Mekah la aku rasa. Madinah adalah sebuah kota yang tenang. I like it to be here. Bila waktu solat, semua kedai akan tutup paling lewat 5 minit sebelum solat. Bila habis solat keluar je pintu tu memang bersepah orang berniaga. Betullah kan, ``bertempiaranlah kamu mencari rezeki seusai solat``. Hari kedua kat sini, aku niat nak masuk Raudhah. Since hari pertama tu tak dapat. Well, orang perempuan susah sikit nak masuk Raudhah. Orang lelaki lain cerita. Adik aku sentiasa dapat solat dekat situ. Raudhah adalah salah satu tempat mustajab berdoa. 


Dalam masjid, amik gambar curi curi,wakaka
Kita yang perempuan ni nak masuk Raudhah, ada waktunya dan tunggu giliran. Dan semestinya lah kita yang Malaysia ni (Asian semua bawah group Malaysia) yang terakhir sekali dalam satu satu sesi. Aku dapat masuk 2 kali, hari kedua lepas isyak dan hari ketiga lepas zohor. Kalau nak pergi lepas zohor dinasihatkan makan la dulu sebelum pergi solat zohor tu sebab memang lama. Sampai naik boring tunggu giliran. Puas la tahan air semayang sebab tempat nak amik wuduk untuk perempuan jauh. Perasaan bila dapat masuk Raudhah tu speechless. Bila pijak je karpet hijau tu (karpet hijau adalah ruang raudhah) terus menitik air mata. Alhamdulillah dapat solat and berdoa sebelah makam Rasulullah S.A.W. Sesiapa yang ada kirim aku doa, sepanjang aku kat Madinah aku dah doakan dekat Raudhah. Sebak sangat bila ingat balik. Walaupun tengah solat tu kene rempuh dengan arab, kepala pun disepak sepak je sebab dia berebut. Mind you, arab memang kasar. But, i feel worth it. Tak kisah dah semua tu, janji berpeluang masuk Raudhah. 

Hospitality kat sini pun overall, memang okay. Hotel okay, food pun not bad. Lagi best sebab adik bujang aku rajin round cari makan, dapat la makan shawarma, kebab, nasi arab semua. Perghh marvellous. Jus paling sedap. Memang terbaik lah. Pekat,likat dan sedap! Then hari kedua tu hari ziarah sekitar Madinah. Kitorang pergi ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Ladang Kurma, 
Masjid Quba`. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa sesiapa yang berwuduk di rumahnya dan bersolat dua rakaat di Masjid Quba maka dikurniakan kepadanya pahala satu umrah. 
Alhamdulillah, dapat solat dalam ni. Cantik kan Masjid ni. Gambar diambil hanya dengan Samsung ACE aku but it turns out very nice. Sebab langit cantik kot. After that, kitorang lalu di Masjid Tujuh, di mana berlaku peperangan Khandak. Lalu je tak dapat turun same goes tu Masjid Qiblatain di mana tempat rasulullah solat zohor mula-mula berkiblatkan Masjidil Aqsa lepastu time dia dah solat dua rakaat diturunkan wahyu supaya berkiblatkan Kaabah.Then ke Ladang Kurma. Buat sesiapa yang nak beli kurma but kat sini sebenarnya harga lagi mahal dari kedai lain. So kalau nak beli better jangan beli kat sini. Kemudiannya meneruskan ziarah ke Jabal Uhud dan Makam Saidina Hamzah. Tempat berlaku Perang Uhud, dan dimana Saidina Hamzah mati dibunuh oleh Hindun. 

Bukit di mana Rasulullah S.A.W letakkan pasukan pemanahnya semasa peperangan uhud.
Rasa seronok sebenarnya bila sejarah sejarah islam yang dulu nya belajar dekat sekolah, dalam buku teks, now dapat tengok sendiri depan mata. Terbayang macam mana pejuang pejuang islam kita pada zaman Rasulullah dahulu. Subhanallah. :) . Hari seterusnya aktiviti sendiri tu kitorang ziarah kedai la pulak sementara nak tunggu zohor apa kan. Siang kat sini panjang. Subuh pukul 4 pagi, zohor 12.30. Selalunya memang tidur la dulu sekejap lepas subuh then baru jalan jalan. For me, kalau nak membeli kat Madinah la best. Harga okay tapi kenaa pandai tawar. Lagipun kat sini kita banyak sikit masa terluang kan. 

My lovely family dekat dataran Masjid Nabawi

Memang bercita cita nak amik gambar dekat payung yang terbukak ni. Alhamdulillah :)


Hari last tu sebelum bergerak ke Mekah kitorang sempat beli beli sikit, then lepas solat zohor ucap selamat tinggal kat Rasulullah. Sayu je rasa and dalam pada masa yang sama tak sabar nak jejakkan kaki ke rumah Allah. Bersiap-siap berihram dari hotel sebab nak miqat dkat Bir Ali and naik bas selama 6 jam ke Mekah. Cerita kat Mekah kita sambung next entry pulak. Banyak sebenarnya pengalaman nak cerita sepanjang di Madinah but some of them tak boleh nak describe dengan kata kata.

To be continue...





Comments

akustatik ceria said…
Subhanallah.seronoknya dpt peluang prgi umrah.(^-^)

Popular Posts