Raya 2013. Pengalaman pertama

Selamat Hari Raya semuaaaa,

Sempena satu syawal di bulan baik bulan yang mulia ni, nak ambil kesempatan kepada semua pembaca blog. Giteww. Ada lagi ke yang baca blog ni. Kahkah. Banyakkk sangat nak cerita sebenarnya, too many things happen but takde masa nak cerita. Huhu

Cakap pasal pengalaman pertama, selama 21 tahun hidup dan beraya, tak pernah tak balik kampung sempena hari raya. Selalunya hari pertama memang akan beraya di Temerloh,Pahang kampung sebelah abah then petang tu balik ke kampung mama di N9. Raya kat kampung mana yang tak best? Cuba cakap?? Haaa

Malangnya, tahun ni mama ambil keputusan untuk tak balik kampung sebab abah punya kesihatan tidak memberangsangkan :( Abah baru je kena heart attack last month and untuk balik kampung keadaan macam tak berapa selesa untuk abah. So beraya di Bangi sajalah tahun ni. Memang pengalaman pertama lah!

Sebagai anak sulung perempuan pulak tu memang aku lah tulang belakang mama. Malam raya paling penat! Siang tu dah sah sah la kemas rumah masak rendang semua, malam tu buat kuih, kek sesikit and mop rumah disaat yang lain beradu tidur. Penat dia tuhan je tau. Haha kalau kat kampung buat kerja ramai ramai kan. But memang rasa la semangat nak raya tu. Belajar-belajar raya sendiri ye dak?


Lepas balik raya memang masing masing sesiap cecantik buat sesi penggambaran raya lah!. Hahha. Siap sesi bermaaf-maafan kena buat dua kali. Sebabnya yang sekali ikhlas, yang sekali lagi olok olok untuk bergambar. Haha mama punya idea. 





Mummyy
Lepas dah takde sapa datang beraya kat rumah memang bosan gila. Sampai dah tertidur tidur depan tv. Last-last decide nak pegi tengok wayang dengan adik adik. Kahkahkah. My first time everr. Mama siap cakap beraya dibulan mulia ni di panggung wayang +___+. Tapi nak buat camaneee. Nak pi beraya pun orang semua pakat balik kampung. Lengang area rumah ni. Drive pi alamanda pun baikk je takde kereta. Senang hati aku drive kalau setiap hari camni. Hahaha

Memang nothing can beat suasana hari raya di kampung. Still paling best walaupun penat ke apa ke. Huu. InsyaAllah kalau jumpa lagi syawal tahun depan, abah punya kesihatan pun makin baik kita raya kat kampung balik eh. Paling kesian adik bongsu aku le, takde mood raya katanya. Kata jelaa yang tak dapat kumpul duit raya banyak. Heh

So, sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin, xoxo

p/s: tragedi pagi raya, tertukar kain dengan adik aku. Penyudahnyaa tak bernapas rasa time sembahyang raya, Lepas habis je solat, terus pergi toilet tukar. Kahkahkah



Comments

Popular Posts