Bonding time with classmate #EC2205A

Kitorang satu kelas planning nak buat aktiviti kelas yang kengkonon dapat merapatkan silaturrahim la. Plan punya plan masing-masing decide nak pergi PD. Wehoo. Seronok la sebab aku pun memang nak PD, pilihan lain yang ada adalah Sg. Gabai. Tokse wehh sungai-sungai ni memang syok sejukk tapi tak banyak aktiviti yang boleh buat ye dak? Sekali plan plan nak pergi rabu last-last week tak jadi pulak sebab ada program fakulti. But then it was a good things, we got a week time nak prepare untuk picnic ni. Dapatla plan nak masak apa itu ini, aktiviti apa yang bakal dibuat, arrange itu ini and Alhamdulillah everything went well. Ada hikmah nya lah kan tangguh seminggu tu.

We were sooo excited nak pergi picnic ni. Haha. Dari hari Isnin lagi dah prepare itu ini, berexcited bersama-sama dekat wechat group. Best sangat sebab semua nak join and semua bagi komitmen. Good joob classmate! A good step untuk berbonding ye dak. Semua sekali yang pergi 38 orang out of 41. Lagi 3 orang tak dapat join atas sebab yang tak dapat dielak,sobs. Next trip we make it 41 out of 41 okay! Kitorang pergi berkonvoi dengan 9 kereta. Perghh memang ramai sungguh. Janji nya nak gerak pukul 8.30 tapi lastly pukul 9 jugak gerak. Janji melayu masing-masing memang tak berapa boleh pakai sangat lah.
 
Teluk Kemang,Port Dickson
Pic courtesy of Yaya
Sampai dekat PD, around pukul 11 camtu. Time tu air laut pun pasang lagi. Cari tempat menarik setup barbeque semua and kemas kemas barang. Mana-mana yang memang dah sesiap pakai baju nak buat basah tu awal-awal lagi dah pergi main air. Aku memang taknak turun laut awal-awal sangat nanti basah dah tak best nak buat kerja. Baik kasi setel game untuk sukaneka, makan apa semua dulu. Lagi-lagi bawak kamera kena la busy amik gambo orang kan macam mana nak basah-basah. Hihi. Memula geprengs lain semua dah pakat pergi naik Banana boat. Aku memang dah lamaa gila nak naik tapi sabar dulu kasi setel semua kerja.




After first trip tu dah balik,and budak laki nak buat satu lagi trip naik Banana boat,maka haruslah ajak sesiapa yang belum naik lagi. Nasib baik ada Mus untuk capture momen-momen menarik. Wah giteww. Time naik memang best, dijatuhkan pun best masalahnya nak naik balik atas bot tu satu azabb. Kalau tak ditolong naik agaknya sampai sekarang pun dok dalam air lagi, wahhaha. Apa-apa pun it was really fun. Dah berzaman wehh keinginan nak main benda alah ni. Hihi. Naik pantai apa lagi semua melantak la. Sedap pulak ayam panas-panas pastu orang pulak yang bakarkan kite ngap je. Hee


Gembira sangat
This is my favourite picture of the dayy #photography
After dah makan-makan semua kita start dengan games! Wahahah excited. Ada 4 games yang kitorang plan, which is Kawah berapi, Dodgeball,Food Race and pijak bola. Sempena dengan ramai bebudak kelas ni peminat tegar Running Man, haruslah Dodgeball dengan food race tu tiru RM, ihiks. Setel dua games, masuk dalam air mandi manda, naik sambung lagi dua games. Yang bestnya,dodgeball tu memula ada yang tak faham so bila dah faham and game tu best siap request main lagi. Hahahha tapi memang best. Walaupun kesakitan dibaling bola tu masih dapat dirasai. Kena hentam dengan bola futsal wehh lelaki pulak tu yang baling. Hahaha tapi okaylaaa kan. Food race pulak kitorang main 5 type of food which is roti,biskut,icecream,pisang and mineral water. Of course aku pilih pisang sebab tu je larat nak habiskan in one go. Tapi tu pun nak tercekik rasanya telan pisang takyah kunyah-kunyah. Hahahhaa





After dah setel games semua, siapa yang nak mandi pun dah mandi pepuas kat laut kitorang pun kemas-kemas barang. Dalam pukul 6 jugak gerak dari pantai untuk cari tempat solat semua. Aktiviti malam hari pulak dinner ramai-ramai dekat Medan selera Nilai. Honestly takde yang menarik pun kat situ tapi tempat senang nak kumpul ramai-ramai. Bak kata one of my classmate, yang istimewanya kat sini adalah makan beramai-ramai. Wuuu so cheesy. Hihi but betul la tu kan. Dah makan semua shoot balik Shah Alam. Esok tu dah lah kelas memang tahap packed gila punya dengan ada spelling test Mandarin yang aku tak hafal langsung. Hahaha tapi apa boleh buat, janji dapat happy happy kan. 


Thanks to you guys, this is one of the best picnic ever dengan korang semua. Memang betul-betul menepati objektif untuk berbonding bersama-sama. Tahniah la dekat exco aktiviti berjaya gerakkan jugak plan ni walaupun #budakkelasbanyaksongeh ye dak. Hihi. Jangan memainn kelas aku siap ada exco aktiviti okay. Looking forward for our next trip la pulak. Disebabkan picnic yang success ni dah ada ura-ura nak buat trip 3D,2N ke pulau pulak. Excited nye wehh. Before that, this Friday ke Kelantan dulu kita. Classmate aku nak kahwinn. Orang lain nak kahwin,orang lain excited lebih. Memang gitu le ceritanya. 

Till then,xoxo


Comments

Ernie Patie said…
oii apa ni main kasar letak gambo gemok. siap kau

Popular Posts