Rombongan kenduri ke Kelantan : Congrats Aufirhan!

Dah lama sangat entry ni dalam draft tapi x terpublish pun. Hhahaha busy sangat dengan study and takde semangat langsung nak update blog. Or i should say, Instagram betul betul telah mematikan dunia blog. At least, for me. It is easier to share stories on instagram right. That is why 'picture speaks a thousand words' giteww. But alang-alang tengah ada mood nak sambung menulis ni, marilah kita update cerita sudah basi.


Before cuti semester one of my friends jemput datang ke kenduri kahwin dia di Kelantan. Omg! Omg! hahaha kami kami ni yang memang lambat lagi nak kahwin memang excited tak ingat lah kan. Biarpun jauh di Kelantan sana, kami tetapp nak pergi memeriahkan majlis. Wiwiwiwi. Dapat tau tarikh je balik terus bukak airasia cari tiket murah ke Kota Bharu. Tak sanggup okay nak naik kereta jauh jauh dahlah balik terus start kelas, makanya flight adalah pilihan paling tepat and Alhamdulillah dapat tiket murah. Pergi balik rm105 sahaja. Okay sangat lah kan!




Kami seramai 6 orang beramai-ramai rombongan ke Kelantan, while the boys drive. Lagi menarik katanya. Kami yang taknak tambah penat badan lebih rela naik kapal terbang. Hihi. Perjalanan dimulakan dengan sleepover at my house dulu malam tu sebab flight adalah seawal jam 6.30 a.m. Maka since rumah aku paling dekat dengan airport tido sini dulu lah. I alwaysss love sleepover with my girlfriends, be it my high school friends or college friends. Love love love. Seawal 4.30 pagi dah bersiap untuk pergi airport. Sampai Kota Bharu seawal jam 7, cepat gila okay penerbangan haritu. Dinie and Nina amik kitorang and pergi breakfast ramai-ramai with the boys yang baru sampai jugak pagi tu. Plannya nak pergi breakfast dekat Kedai Kak Wok, the famous kedai nasi berlauk in Kota Bharu but terlalu ramai orang then kitorang breakfast dekat Hailam kopitiam. Alang-alang dah sampai Kelantan memang order Nasi dagang la buat breakast. Kahkah.




Kitorang ramai-ramai tidur rumah Nina which is my classmate jugak. Untung sebenarnya ramai classmate orang Kelantan senang berjalan. Parents Nina tersangat lah baikk. Thank you for the hospitality. Sampai rumah Nina memang masing masing cari bantal la sebab bangun pun pukul 4.30 pagi. Hahahha. Lunch kat rumah Nina masak beramai-ramai. Best okayyy. Boys pun semua datang lunch kat rumah Nina and petang tu kami semua pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Asyik dengar nama je kali ni pergi la pulak jalan-jalan. Laut dia memang tak boleh mandi la kan just datang makan-makan tepi laut. Time tu aku dah rasa tak sedap badan dah tapi cepat-cepat amik panadol. Memang rasa macam nak demamm je dah.




Malam tu pulak pergi ke Wakaf Che Yeh. Datang KB tak pergi sana memang macam tak lengkap lah kan. Rumah Nina pulak memang dekat sangat ke situ so marilah berjalan-jalan. Time ni memang rasa lemah gila dah badan tapi gagahkan jua demi bergembira bersama rakan dan taulan. ahahah. Beli la baju kaftan sehelai buat pakai tido malam tu sebab cuaca tersangat lah panas. Lagipun saja lah buat ole ole dari Kota Bharu. Dan akhirnya,,,malam tu kecundang jugak dengan demam. Badan panas gila tahap menggigil sampai tak boleh nak tidur. Puas minum air yang banyak supaya keesokan hari reda sikit panas.



Esoknya, adalah hari kejadian ke kenduri kahwin. Rumah pengantinnya dekat Machang so dalam 2 jam perjalanan ke Kota Bharu. Walaupun demam gagah jugak sebab takkan taknak pergi kan sedangkan tujuan utama datang adalah untuk ke kenduri. Nasib baik kawan2 ku saggup bersempit di tengah sambil aku sensorang kat belakang. Hhahahha. Sampai sana sempat sesat dulu pusing 2 3 kali baru jumpa rumah. Time kitorang sampai pengantin perempuan pun tak sampai lagi makanya makan lah dulu. Aufirhan and his wife, Sally looks so perfect together. Sally cantikk sangat haritu dengan baju and semua cantik! Mama Auf pun baik terima kehadiran kitorang.. Lepas makan sesi bergambar bersama pengantik. Sorry sesi bergambar memang over dan lama sebab masing masing excited kawan kahwin. Kahkahkah.





So,,,who is next?
Balik tu memang rasa lembik sangat. Aku memang balik je terus telan panadol dan tidur. Badan memang panas gila sampai mata pun naik bengkak. Apa yang diorang ni buat kat dapur, pergi mana semua memang tak amik kisah dah. Hahahah. Nasib baik nak balik malam tu dah kurang sikit demam. Overall this trip was really fun sebab ramai-ramai dengan kawan-kawan macam ni. Looking forward for next trip ramai-ramai macam ni lagi. So, lepas ni jemputan kahwin ke negeri mana pulak? Eh? HAHAHAHA


Comments

Popular Posts