Skytrex @ Taman Pertanian Shah Alam

Plan sebenarnya just nak ajak kawan-kawan keluar makan lunch but tetibe sally pun datang shah alam and came up with a new plan nak beraktiviti. Masing-masing tak pernah jejak kaki ke Bukit Cerakah so plan la nak pergi situ. Plan plan plan dari hanya nak berjalan jalan ke berbasikal last-last plan nak buat skytrex. Hahahaha semua otak plan last minutes ni.

Pagi-pagi lagi gerak ambil Sally dekat MSU, then guna lah google maps sebab nya tak tau mana letak nya Taman Pertanian Shah Alam ni. Sekali taktau sampai ceruk mana maps tu bawak kitorang. Siot betul. Berpusing-pusing.Sebenarnyaaaa letaknya tempat tu tak sampai 10 minit dari rumah. Membazir sejam dengan berpusing-pusing. Phew! Moral of the story, `dont trust your google maps`. 

Sampai je sana dalam pukul `10.30a.m., terus pergi sewa basikal untuk round taman tu. Kitorang book Skytrex pukul 11.30 pagi. So ada lebih kurang 1 jam la kan nak pusing-pusing. Bagi siapa yang lebih gemar membakar lemak lebih boleh je jalan-jalan or jogging. Ingatkan naik basikal tu dah cukup menyenangkan. Nehiiii. Nak tercabut kaki ahkak okay mengayuh basikal. Dapat pulak kawan-kawan yang super aktif ni. Dapat pulak tang mendaki bukit keluar peluh jantan. Sewa basikal dia berharga RM10 per hour untuk basikal yang ada gear and RM5 untuk basikal biasa yang berbakul macam nak pergi deting tu. Pesanan penaja sila jangan sayang duit supaya tak rasa nak menangis daki bukit. Bahaya pun ye jugak sebab bila menurun bukit sangat curam kalau basikal tak ber gear.



Disebabkan dah beli tiket rumah 4 musim, terpaksa jugakla meneruskan pengayuhan sejauh 12km. Aku ni dahlah setahun sekali je bersenam. Nak menyampai ke rumah 4 musim tu macam-macam lah keluar motivasi diri supaya sampai. Malu kat kawan kawan oi. wakakakakaka. Masuk je rumah 4 musim tu semua tarik nafas lega sebab sejuk gila!! Kebetulan pulak tengah musim bunga so aircond extra sejuk kot untuk preserve bunga bunga segar yang cantik itu. Kesejukan berganda sebab dah bermandi peluh. Cantik sangattt bunga bunga dalam tu rasa taknak balik tapi kitorang tak boleh spend time lama sebab nak kejar skytrex.


Perjalanan balik tu aku la orang paling bahagia agaknya sebab turun bukit senang je, takyah kayuh basikal. Inilah agaknya yang dikatakan "Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian". Kahkakahkahkh
Nasib baik memang cukup cukup sejam kitorang berbasikal. Kalau lebih masa kena extra charge pulak nanti. Memang waktu sampai tu memang dah ada bas untuk bawak pergi Skytrex tapi kitorang confius bas mana satu so kemudian terlepas. Tapi takpe tunggu bas tak lama. Dan buat yang memang nak jalan-jalan pakai baju cantik taknak berpeluh pun boleh. Memang ada bas hop on hop off yang akan pusing keliling taman selang 5 minit. Very convenient. 

Sampai kawasan Skytrex kitorang kena isi borang pengakuan and waris if anything happen and kemudian dibawa untuk pasang safety macam harness and so on. Ada 3 jenis challenge kat sini which is Little Adventure (Easy), Big Thrill(Medium) and Extreme(High). Kalau untuk budak-budak memang sangat sesuai bagi diorang main Little Adventure dulu. Tak budak pun boleh sebab quite tinggi jugak and kalau yang gayat tu boleh meraung gak. At least kalau buat basic dulu rasa lebih selamat sebab everything kita kena buat sendiri. Sangkut hook and such so kena dengar betul-betul briefing and jangan ikut kepala sendiri. Safety comes first kan. Sayang nyawa oi kalau jatuh. 


Memang best sangatt yang paling best haruslah main flying fox. I am such an andrenaline junkie. Kahkahkah untuk benda benda macam ni jelah. Alhamdulillah jugak bukan jenis gayat so i can enjoyed the game. Sangat fun untuk dijadikan aktiviti with family and friends. After this nak cabar diri main yang Extreme pulak. Weehoo. Haritu tengok tangga yang nak kena panjat tu macam debor jugak. Wiwiwiwiwi

Next time nak bawak adik adik aku pulak datang sini. Heheheeh kite tengok siapaa yang gayat

Pesanan penaja : Sila bawak roti or air sebab memang penat gilaaa dalam tu. Wear proper shoes if nak ber aktiviti. Kalau setakat nak jalan-jalan naik bas pakai skirt pun xpe. Heks. 

Comments

Popular Posts