Class trip to Pulau Perhentian

Seronok sangat sebenarnya bila ada classmate yang suka diajak berjalan ni. So, class trip buat sem ni adalah ke Pulau Perhentian. I likeee makin lama makin upgrade tempat class trip. Kitorang pergi masa cuti mid semester haritu from 16 April-19 April. Okay la pergi time ni sebab belum cuti sekolah so orang tak de lah ramai sangat kan. Kitorang berangkat dari Shah Alam pada 15 september 8.30 malam. Wehoo after a very very long time since aku naik bas untuk long journey. Lama sangat sampai dah tak ingat bila. Form 2/3 I guess. Bila ramai-ramai dengan kawan-kawan ni memang best, perjalanan jauh tak ku rasa gitu.

Sampai di stesen bas Kuala Besut around pukul 4.30pagi. Memang takde pape lagi la sewaktu jam begitu. Tapi, jeti Kuala Besut hanyalah walking distance. Dekat je pun so bolehla kalau nak terus berjalan kaki tunggu kat jeti untuk ambik bot ke pulau. Alhamdulillah, ketua program ni orang Besut so kitorang ramai-ramai pergi rumah dia berehat mandi apa semua. Pagi lepas breakfast baru bertolak gi jeti.
Dengan ketua program, tuan rumah. Kalau takde dia ni tak lancar program. Ekeke semua chalet pakej semua dia yang
setelkan. Tenkiu Bat, tak sesia jadi AJK Hiburan. Kekekeke
Half of classmate. Too bad Angoh and Hajar can`t join us :(
Well, to be frank this is my first time pergi Pulau Perhentian and dah lama sangat teringin pergi sini. Lagi-lagi bila baca orang blog sana sini. And now dapat gak jejakkan kaki ke sini. Pemandangannya subhanallah.



Kitorang mengidap di Perhentian Raisya`s chalet, Pulau Besar. Memula ingat pergi Pulau kecik, well iols tau bayar and pergi je sebab selalu baca Pulau Kecil punya review tapi big boss aka ketua program dah rancangkan ke sini. Okay jugak sebab lagi bagus untuk aktiviti snorkeling and so on. Cuma malam pantai dia mati la. Kalau nak bersosial dan melepak boleh lah tinggal kat Pulau Kecil (Long beach). Untuk family better ke Pulau Besar. 

Sesudah sampai letak barang and terus lepak depan chalet, chalet memang betul betul depan pantai and tempat meja makan pun atas pasir je so memang best la. Beranginn je. Paling best tengah lepak-lepak scroll instagram nampak pulak instagram schoolmate cakap dia pun ada gak Perhentian sekali tak sampai berapa minit kemudian diorang lalu depan chalet aku. Akakakkaa what a small worldd. 

Depan chalet
Jenanian, Zealous!

 After lunch, berehat sekejap and terus dengan aktiviti snorkeling. Untuk hari first ni dia dah bawak pergi snorkeling ke 5 point. Bestt sebab dah lama tak snorkeling, last pergi Pulau Mabul on 2012 kot? Honestly, tempat snorkling dia taklah secantik Pulau Mabul. Jauh lagi cantik kot Mabul but not bad lahh. Still cantik and terkesima gak dalam air tu. 

Tengok ikan tu!


Subhanallah.
Ada satu point snorkling tu tetibe ombak dia besar dan sangatlah beralun. Dahlah time tu dah memang berenang kat tengah and jauh dari bot. Setiap kali nak berenang ketepian(ke bot) ombak menghempas dan air masuk ke dalam corong pernafasan. Maka, masing-masing kelihatan mau lemas dan hampir give up untuk ke bot. Fokus utama time tu nak sampai bot je sebab dah penat. Wakakka memang tak boleh lupa la pengalaman ni. Sampaikan keesokan hari turun point yang sama ramai tak turun sebab fobia.

Malam tu after dinner, kitorang jalan jalan ke pantai and had some games. Truth or dare la apa lah just to make it fun sebab kalau tak memang boring. Lain la kalau chalet ada wifi kan?wakakka ini line pun hidup segan mati tak mahu. But its better untuk merapatkan silaturahim. Dalam pukul 11 lebih masing2 balik bilik and on the way nak balik chalet terserempak dengan schoolmate and aku pun lepak la pulak dengan diorang. Penat memang penat tapi lagi best catch up dengan masing-masing. Last jumpa masing-masing pun lepas SPM kot. 

Esok harinya, lepas subuh memang tak boleh nak tidur balik then aku ngan Yaya pergi jalan-jalan di waktu pagi and tunggu sunrise. Cantik sangatt takleh digambarkan dengan kata kata.



Then kitorang pergi snorckeling lagi. Memang puas hati sangat sangat sangat dapat snorkeling banyak kali. Too bad tak dapat tengok penyu sebab bila sampai je tempat tu,penyu dah hilang hahaha. Tapi dapat tengok ikan yu! Eksaited tau hahahaha. Memang rasa tak nak naik darat bila menghayati keindahan Tuhan ni. Tapi dah sampai time lunch kena la jugak balik. Lepas lunch konon janji pukul 3 nak jungle trekking pulak tapi disebabkan kepenatan yang total masing-masing ketiduran walaupun dalam keadaan yang panas gila. Yelah elektrik hanya on pukul 7pm-7am, chalet kayu pulak. 




Jungle trekking ke resort yang lebih cantik pantai dia. Private resort and beach la kot. Cantik gilaa line telefon internet semua full dan pastilah resort tu pun mahal kan. Kitorang mampu ber jungle trekking ke situ jela hihihi

Lepas habis jungle trekking diorang ajak mandi laut depan chalet ni. Jujurnya aku tak berapa gemar mandi laut yang depan pantai ni, berpasir :( Tapi macam tak best pulak kan tak join kawan kawan. Dan dapatlah "hadiah" dari Pulau Perhentian. Tersagat kaki dekat batu karang terkoyak sikit kat bawah jari kaki tu. Seminggu jugakla berselipar ke kelas wakakaka. Malam tu makan BBQ yang disediakan oleh pihak chalet and after that kitorang buat campfire. Entah kenapa rasa macam bestt je buat campfire bila holiday dekat pantai. Fefeling sikit lah kan. We talked and share secret ahahha rasa macam close habis. Memang fun!




The next day kitorang pagi pagi lagi bergerak pulang ke Tanah besar dengan berat hati. Sedih, leaving means kena menghadap realiti hidup which what am i feeling now. Final in two weeks yaww. Bat sebagai ahli Republic of Besut bawak kitorang ke pasar tani and masing-masing eksaited dapat beli makanan murah. Ahahha beli souvenier sikit, kopok lekor and so on. Then balik rumah Bat balik untuk berehat dan disajikan dengan Laksa Kelate hok make paka tange tuh. Thanks Bat and family.




Such a memorable holiday for me. Basicallyi spent RM350 untuk pakej makan hotel and bas pergi balik. Disebabkan pakej hotel dengan makan sekali we save a lot sebab makanan kat sana mahal GILA ya. Botol air mineral sea master yang besar tu sebotol RM4. Aku rasa habis duit beli air je. Aku bawak rm100 and tak habis pun kekekek. Very worth it.

So EC220 sekalian, whats for next destination? Another 2 semester left :(

p/s: sorry for the long posts. Too lazy to make it into two parts.




Comments

selalu berangan nk g pulau..tapi kekangan masa

Popular Posts