Losing someone you love.

Too many things happened in my life lately. On this date, three months ago I loss someone who I love so much. Someone who is very important to me. Al-fatihah to my abah, Mohamed Nor Bin. Sulong. Walaupun rasa sangat sedih dengan pemergian orang yang paling dikasihi tapi tetap rasa bersyukur sebab dapat bersama-sama dengan dia di saat saat nafas terakhir. Terima kasih Ya Allah atas rezeki itu. Dia pergi hari Khamis pada 5 Ramadhan lepas. Sepatutnya, plan nak balik rumah Khamis petang atau tengah hari sebab Rabu tu ada paper final exam but I decided untuk balik malam rabu tu jugak. Sampai rumah pukul 12 malam and takde peluang sangat nak beramah mesra seperti selalu sebab abah tak berapa sihat malam tu. Pagi tu sempat sembang sembang sikit pastu bagi abah makan apa yang dia nak. Alhamdulillah masih sempat berbakti. I don`t know what would I feel if I am not at home on that day. Apapun, situasi ni sangat sukar, sebab dalam kepala asyik flashback je waktu saat saat terakhir tu. Macam mana mama berusaha untuk sedarkan Abah bila dia unconscious i felt so hurt. Sampai satu tahap terfikir kalaulah aku buat macam ni, kalaulah aku buat macam tu. Bukan nak menyalahkan qada dan qadar tapi waktu tu tak dapat nak berfikir secara rasional.


"Setiap yang hidup pasti akan mati, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat pun"

Indeed, aku berpegang dengan kata kata ni, kita takkan boleh menyalahkan takdir. Aku mengaku, aku menangis sepuas hatinya pada hari kematian and thats it. I am the eldest in my family, aku tak boleh nak lembik lembik sangat. Aku ada tiga lagi adik untuk tunjuk yang aku kuat and aku kena kuat untuk Mama. After all, mama yang paling terkesan and we the children have to be strong for her. Walaupun abah pergi di saat harapan kami sekeluarga telah berbunga-bunga sebab dia dah semakin sihat daripada sakit, dah boleh pergi kerja, dah boleh bawak kereta dan sebagainya. Tapi ialah, siapalah kita nak menidakkan takdir Allah. Kun fayakun. Abah jugak sentiasa berpesan dengan kami adik beradik, kalau ditakdirkan satu hari nanti dia pergi dia taknak kami meratap pemergian dia. Dalam islam sendiri melarang kita meratap kan. Alhamdulillah, kami adik beradik berpegang teguh dengan ingatan dia, sedih sudah tentu tapi meratap tidak.

For myself, pemergian Abah bagi impak yang sangat besar. Boleh kata aku sangat manja dengan Abah. If dekat kolej atau sekolah I can talk for hours with him. Ada masalah apa dulu orang pertama yang aku call ialah Abah. Sepanjang setahun 3 hari Abah sakit I did all my best to take care of him. 2 cuti sem berturut-turut aku spend almost all my holiday dekat hospital jaga abah, and I enjoyed it. Bila abah pergi dalam hati takde sedikit pun rasa menyesal sebab sepanjang abah sakit memang jaga dia sungguh sungguh dan cuba tunaikan permintaan dia. I even manage to get Dean`s List as he always challenge me and he did attend the the award ceremony. Even dengan tak larat jalan and kena naik wheelchair ke faculty yang berbukit bukau ni dia still kuatkan diri semata-mata nak datang tengok kakak dapat Dean`s List. :')

Paling terkesan bila masuk sem baru haritu. I felt so empty. I cried my lungs out while driving all the way from Bangi to Shah Alam. Rasa kosong sangat. Selalu abah akan nasihat macam-macam, kongsi cerita pasal lecturer itu ini, pasal subjek subjek yang akan diambil since we are in the same field. Mungkin selama 2 bulan tu rasa macam dia masih ada dalam rumah tu, terasa rasa ketiadaan dia and bila sampai tahap kena tinggalkan rumah tu rasa sedih sangat. Tuhan je tau apa rasa time tu. 

Sepanjang tiga bulan ketiadaan abah di sisi, kami anak beranak baik baik sahaja walaupun dalam hati tiada siapa yang tahu. InsyaAllah kakak akan sentiasa doakan abah di sana. InsyaAllah akan sedaya upaya baca walaupun satu surah pendek untuk abah lepas solat dan yassin setiap Khamis. Itu je bekalan yang boleh kakak bagi untuk abah di sana. I will take care of mama and adik adik and give a fully support to each other. 

Thank you untuk setiap sokongan dari friends and family. I appreciate it very much. Hidup kena move on kan and I did. Setiap kenangan dan ingatan kita bersama disimpan dalam sudut hati. 

Al-fatihah untuk abah yang tersayang, tiada galang gantinya. Moga kita bertemu di sana.
Mohamed Nor bin Sulong
4 March 1963- 3 July 2014


Comments

Anis Azyan said…
mia, i just knew u lose ur father too. takziah mia. we have to be strong. :')

Popular Posts