Percutian ke Pulau Langkawi : Part 1

Di saat-saat kemalasan nak menelaah pelajaran ni marilah kita update blog selagi cerita belum basi. Well Pulau Langkawi ni dah banyak kali sangat pergi but this is the first trip aku pergi with my friend  (Yaya) only and fully planned by us. Haha just because we need a vacation and last semester tak sempat pergi holiday sama sama :D Perancangan nak pergi tu memang dah lama ada but tak serious, masing2 tunggu duit masuk baru lah boleh pergi jalan ye dok, kalau tak nak jalan nak petik duit kat pokok mana. Tsk.

Exactly few days before mid sem break start kitorang book tiket, eventhough before tu memang dah usha usha jugak tiket mana yang murah. Too bad, tiket flight pergi tak dapat book sekali sebab tiket murah Mas tetibe tinggal 1 seat je wakakak. Terpaksa la aku naik Air Asia and Yaya naik Mas.Tapi balik dapat tiket murah yang berbaloi baloi la pada aku. Total tiket pergi balik kitorang berdua RM262. Takla murah sangat untuk ke Langkawi tapi boleh sangat lah untuk planning last minute macam ni. Lagi untung sebab balik naik MAS so sorang ada luggage 30kg. Heks, shoppinggg.

Kitorang plan untuk tido semalam dekat Pekan Kuah and semalam di Pantai Cenang. Just because we need a beach vacation and i have never stayed in Cenang before. Hahahaha walaupun dah banyak kali jejak kaki kat Langkawi kan. Hotel fully booked with Agoda. Entah, malas nak renyah-renyah so aku book je kat Agoda. Harga pun boleh tahan, mestilah pilih yang within budget kita kan? First night tido dekat Kuah di Uptown Hotel betul-betul di kawasan Pandak Mayah, tempat tempat Haji Ismail Group dan sewaktu dengannya. Hihi.  RM100/night, with aircond and Wi-fi! Wi-fi yang penting tu and puas hati dengan keadaan hotel. Bersih dan selesa. Lepas ni bolehla kalau nak duduk situ lagi, makan senang nak shopping senang jalan town pun senang kan?

Uptown Hotel, Langkawi
Sewa kereta pun murah maybe sebab kitorang pergi bukan waktu peak hour. Mula mula deal dengan Pak cik tu Viva RM140 untuk 3 hari 2 malam, Aku sampai Langkawi pukul 2 ptg 7hb and balik 9 malam 9hb. Pada aku murah sangat dah la tu sebab survey lain lain RM150 for 3d2n (49h). Kena banyak survey jugakla supaya dapat compare harga and kita mestilah nak paling murah. Bila sampai airport pakcik tu kata viva takde tapi dia bagi Mazda 8 seater dengan harga yang sama! Hahahaha itu yang penting tu, masalahnya, kitorang berdua je. Dapat la rezeki kawan2 adik aku takyah bayar van dari airport ke sekolah. Haha

Touchdown je kat Langkawi, lepas isi minyak misi pertama haruslah nak makan dekat Jom Ikan Bakar. Very recommended okay, sebab makanan sangat sedap especially ikan bakar sotong bakar semua tulah. Malangnya, kedai tutup maybe sebab orang masih cuti raya haji kot. Keesokan hari kami pergi pun tutup lagi. Last last makan kedai depan Jom Ikan Bakar je. Sedap jugak tapi agak pricey. 
Happy nya dia dapat makan.
Lepas makan, hantar adik balik sekolah semua dan kitorang check in hotel dulu lurus-luruskan badan. Nak terus pergi jalan kat Dataran Lang pun panas sangat lagi so berehat dulu lah. Dalam pukul 5.30 petang kitorang keluar balik. First place pergi ke Taman Lagenda. Hahahahha ini pun salah satu tempat yang aku tak pernah explore lagi. Just because nampak sangat penat kot nak explore.



Gergasi Bertarong
Buat pencinta sejarah bolehla habiskan masa lebih lama kat sini. Buat kami pencinta ambil gambar je gambar kitorang jela yang banyak. Background cantik sangat nak bergambar, hihi. Memang basah gak la baju pusing pusing Taman Lagenda ni. Itu pun kitorang pusing setengah taman je tak larat dah :p


My favourite picture :)
Dari Taman Lagenda ni kitorang terus jalan ke Dataran Lang. Dekat je sebab sebelah-sebelah tapi basah gak la disimbahi peluh dek nak menyampai ke situ. Kat Dataran Lang pun apa lagi, bergambar lah kita dengan ke kretif-an masing masing.



Maleficent. Because selfie with Langkawi is too mainstream.
Dah puas bergambar masuk kawasan Jeti kedai-kedai dah tutup. Tak aware yang kedai dalam tu tutup pukul 7. So, kitorang pun balik hotel maghrib semua dulu mandi and boleh gi shopping pulak. Hihi. Malam tu gi shopping sikit-sikit sebab shopping coklat semua nanti kompem jadi cair la semuanya. Cuaca Langkawi ni panas bukan sikit-sikit. Bolehlah shopping sikit-sikit buat merasa, kalau sedap boleh beli lagi kan. Hehe. Kitorang decide shopping dulu sikit sebab kedai tutup cepat, kedai makan yang tutup lambat so shopping la dulu.

Dinner at Wonderland Restaurant. Thanks too Foursquare. Dekat je dengan hotel, restoran ni berdepanan dengan Bella Vista. Buat penggemar chinese muslim foods boleh la try sini. Memang recommended. Service very good and fast! Tu yang penting sebab dah lapar nak tunggu lama-lama memang pancit laa. Harga jugak agak murah. Mind that makanan kat Langkawi ni agak mahal, sebab tempat pelancongan maybe? Kalau sedap tak la ralat sangat kan. Kitorang makan Butter Prawn, Kung Pao Chicken and Sayur Campur for RM38 ;D.
Gambar tak berseni :P

Setelah tersandar kekenyangan, kitorang pun pulang ke hotel merehatkan badan. Sakit kaki oi jalan tanpa henti wakakka. Sambil-sambil berehat sambil-sambil makan pepero lah :P Hari kedua sambung lain entry,penat dah menaip. Akakakakkaa. Aktiviti best di second day, parasailing :))) Yahooo







Comments

Popular Posts