EC220 : 4 tahun bersama (19TO23)

Sepanjang empat tahun dekat UiTM classmate aku adalah orang-orang yang sama sejak dari semester satu. Kalau ada yang lain pun maybe sebab ada budak kelas lain masuk kelas or classmate yang dah quit. So, memang boleh kata we are quite close la with each other. Yelah dah empat tahun kan, masing-masing dah kenal and dah banyak membantu antara satu sama lain. Ecewah.

Towards the end nak habis semester of course ada rasa sedih nak tinggal kawan. Yep tinggal kawan. Mana ada orang sedih nak tinggal belajar kan semua excited nak habiskan belajar cepat-cepat and free from all classes and activities. To be honest taklah sedih nak tinggalkan semua orang, just a few friends yang memang bebetul close, my bestfriend, geng BR. Hahahah. Yang lain-lain tu natural jela.

We have done a lot of activities together. Sem 1 masih lagi duduk kolej masing-masing, masih baru nak kenal dunia. HAhaha. So semester 2 aktiviti kelas hanyalah di tasik Seksyen 7 ber BBQ bersama-sama. Gambar pun tah ada ke tidak time ni. lols. Masing-masing masih hingusan dan awkward antara satu sama lain.
This is us when we were 19. OMG!!
Kiranya first year tu memang tak banyak sangat jalan sama-sama la sebab duduk kolej lagi kan. Nak kata kamceng sangat pun tidak. Sem 3 pun tak silap macam pergi Broga Hill. Tapi tak join sebab at that time ada program lain.Time ni dah makin rapat sesikit antara satu sama lain. Dah makin banyak project dan report yang dicopy maka makin rapat la antara satu sama lain kan. Hahahaha. Ni kira aktiviti besar la dalam semester tu, apart from that banyak la lagi kan aktiviti sama-sama,.

Semester 4 :)
Then Semester 4, kitorang makan sama-sama dekat Island BBQ and Steamboat kat Subang. Dah second year kan, kebanyakan nya dah duduk luar and ada transport so jauh le jalan nya tu. Semester 5 makin jauh pulak jalan. Yelah, improvement kena ada. Takkan asyik-asyik nak kat area Shah Alam je kan berkumpul walaupun hakikatnya tentatif program tetap sama, makan-makan. Hahahahaha memang geng suka makan kot. So, ketua program which is Bad yang memang sentiasa merancang program dengan jayanya sampai lah Semester 8 ni merancang ke Port Dickson

Memang best la kan release stress pergi mandi laut, jalan jauh pulak sapa tak suka kan. Hahahha. Ni memang trip yang bebetul every single person dalam kelas tu attend. Yela kadang-kadang ada sorang dua  yang tak dapat join kan.

EC220 ke PD
Then, dalam cuti sem Semester 5 tu one of our friend get married. So kitorang pun bersama-sama la rombongan Cik Kiah ke Kelantan. Though not many of them join but it was still fun. Siapa tak suka jalan-jalan lagi-lagi bila dengan kawan-kawan kan.
Tak jumpa gambar wedding lols


Semester 6 masing-masing dah makin matang dan nak jalan lebih jauh lagi. Hahahah. So, after proper plan dan good assist by Bad so kitorang pun ke Pulau Perhentian. Siap ada hashtag okay #EC220KePerhentian gitteww. 



Trip ke Perhentian ni memang the best trip ever for us. Boleh kata semua yang join trip ni memang jenis masuk air dan sekepala. So memang kitorang betul-betul had fun. The best semester break ever :)

Masuk Semester 7 masing-masing dah busy dengan commitment kat FYP. Masing-masing focus on their proposal and FYP presentation. Nak plan jalan jauh-jauh pun waktu semester break dimanfaatkan untuk FYP so hanya pergi makan steamboat (again) kat caption steamboat.



Semester 8 is the last semester for us. I surely did spent this semester filled with memory and activities with my friends. Takde trip ke mana-mana because of IDP and FYP. Workloads time final sem ni gosh Allah je tahu macam mana. Silap-silap boleh buat gaduh lagi sebab masing-masing stress and tension. Tapi sempat jugak tu pergi Janda Baik bermandi manda. Hahahah kalau bab jalan tu ada jela nak selitkan dalam jadual. Tak ramai yang join sebab memang waktu peak la busy dia but who cares kena la release stress sikit. 





Sebelum final kitorang buat satu farewell party (well actually banyak kali farewell but this is the official one). Bukak puasa sama-sama and Sir Salmizi join kitorang. He is the best lecturer ever for us. Banyak gila tolong kitorang and belanja jugak hehe. Thank you Sir, jasamu dikenang.



And sebelum habis belajar tu nak la jugak merasa ambil gambar dekat rooftop menara S&T. Hahahaha orang lain semua pakat dah pernah naik kita yang budak engine ni jugak tak pernah merasa. Lols.


Trying to recreate pic when we were in Semester 1. We sure did getting matured (old)


Semoga semua dapat mencari kerja yang bagus dan baik so nanti bolehla open table dengan kawan-kawan kan. Hehehe. Semoga tak lupa antara satu sama lain sobs. Untungnya ada Whatsapp tu so dekat whatsapp group tu bolehla beramah mesra walaupun dah habis kan. In three days akan start semester baru UiTM. Rasa pelikla jugak bila dah tak payah nak tengok jadual ke, nak pikir balik rumah sewa dah kan. Hahahahaha




My friend made a video sepanjang kitorang 4 tahun bersama. Full with emotion this video. I surely did miss every one of you guys. Ada yang makin rapat, ada yang makin renggang and ada yang dah gaduh jugak hahha. But, I will treasure every moment kita bersama sama. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang, dengan kata lain di kenduri kahwin sesiapa hahahhaa. Love my EC220 <3


Comments

Popular Posts