Hatyai 2nd day

Second day dekat Hatyai ni banyak sikit tempat nak pergi nya. Seawal jam 8 pagi dah berkumpul kat lobi and gerak pergi breakfast. Kitorang pergi breakfast kat kedai yang jual makanan macam makanan Malaysia gak la. Ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu roti canai pun ada. Takyah risau la bab makan kat sini kan. Cuma nya takyah la makan kalau kedai tu dah terang-terang ada jual benda yang tak halal.


So, first destination adalah Chang Puak Camp tempat Elephant Ride. Actually bukan untuk naik gajah je kat sini, banyak lagi aktiviti lain. Ada ATV ride, elephant show terpulang pada korang la nak buat aktiviti yang mana satu kan. Sebab nak mengelakkan panas memang terus beli tiket untuk naik gajah. Lagipun elok pergi pagi-pagi supaya cuaca tak panas sangat, Aku yang pergi pepagi yang memang group first tu bila masuk hutan tu pun dah basah baju dek panas terik. Harga tiket untuk Elephant Ride ni adalah 1000 baht per elephant. Satu gajah tu maximum 2 orang je boleh naik so kiranya kalau kau naik berdua lagi murah lah kan,

Excited sangat nak naik gajah walaupun risau busuk la apa lah ahhaha sebab first time kot nak naik. Takut jugak mula-mula sebab ada seat yang takde pagar so memang kena berpaut kuat-kuat la kan. Nama gajah kitorang Phaisun berusia 7 tahun hahaha comel. Time gajah tu macam turun bukit nak masuk dalam air tu seriau jugak la sebab rasa macam melorot nak jatuh kahkah! Kuat gila pegang sebab takut jatuh dalam air. Nasib baik jugak gajah kitorang gerak 3 ekor berdekatan so ada la orang nak amik kan gambar kita kan. Kalau selfie je bukan nampak pun gajah tu ahha. Diorang pun ada ambil gambar kita and murah jugakla diorang jual dengan frame yang lawa baru 150 baht. Kira murah la tu kan.

Beautiful!
View sepanjang perjalanan tu memang tersangat lah lawa. Memang masuk hutan yang betul-betul belum diterokai kecuali gajah. Sebelum balik tu sempat pulak pengembala gajah (betul ke? ahha) tu jual handmade accesories daripada gading gajah. Kita tengok jela kan tak berminat pulak nak beli. Elok je turun dari gajah dapat complimentary buah tembikai,nenas and mineral water. Yummy sangat la kan panas2 buta. Buat sesiapa yang tak naik tu boleh je bagi gajah makan pisang. Sebakul 100 baht tak silap.




Lepas dari Elephant ride tu kitorang ke Hatyai Ice Dome. Ala-ala macam kat I-City and Genting tapi aku rasa sini lagi best. Tiket masuk sini pulak adalah 300 baht. Okay sangat la kan harga tiket-tiket kat sini. Too bad aku pakai selipar je sebab ingat diorang provide kasut sekali dengan jaket dan glove. Rupanya tidak yeee. Ha membeku lah kaki aku dalam tempat sejuk tu. Kat tempat yang ada ice statue tu tak silap -15 celcius kat sini pun dah rasa sejuk sangat. Bebetul ambil gambar express sambil lelari supaya tak beku dalam tu. Sekali masuk tempat snow ha kau -20C. Patutla tak de time limit, lama mana lah sangat kan orang nak main dalam tu. Yang pasti dah penghujung tu kaki aku pun kebas dan biruu. Tapi memang best la dalam ni.
-20c
Dah puas sejukkan badan tu seterusnya kitorang ke Samila Beach. Supposedly pergi semalam tapi sebab panad tak pergi sekali ni pun pergi time panas terik daa, Ada la pukul 1 lebih kot time ni. Matahari tercacak atas kepala. Tapi sebab alang-alang dah sampai and taktau bila lagi nak sampai, ku gagahkan jua. Hahaah. Konon nya nak pergi amik gambar tengah pantai tula sekali pijak pasir pantai tu panas gilaaa. Macam pijak bara api tapi tetap teruskan nak bergambar. Hahaha.



Kalau kat Samila beach ni mercu tanda dia adalah golden mermaid. Konon nya cerita dia dulu nelayan ternampak ada mermaid tengah sikat rambut dekat atas batu tepi pantai tu. Lepas tu mermaid tu terkejut lalu masuk balik dalam laut. Hence, the history here.



Kat sekeliling pantai ni pun ada jugak kedai-kedai jual t-shirt untuk souvenier. Makanan pun ada macam-macam. Air kelapa laut la, somtam la kerabu kaki ayam la. Memang macam-macam la. Perut masing-masing dah lapar memang betul-betul literally makan angin kami ni. Konon nya lepas dari beach ni nak pergi lunch tapi pergi pulak singgah kilang kacang.



Lepas dah puas membeli barulah menuju ke tempat makan. Hahahaha Lapaq gila wehh. Sepatutnya ada lagi tempat nak pergi iaitu Muzium 3d dengan Cable car tapi sebab masing-masing dah penat dan lesu yelah agaknya berpanas bagai kan. So, decide untuk pergi muzium tu esok. And cable car till now taktau kenapa cancel. Sebab weather ke eh? Tapi memang hari2 petang hujan lebat so tak best nak jalan tu yang balik hotel tu. Lepas solat semua aku keluar balik jalan dekat mall dengan Adam. Apa guna tidur je dalam bilik kan. HAhaha

Malam tu pun masih berjalan-jalan sekitar hotel. Dua malam pun tak habis pusing lagi okay jalan sekitar situ. Beli barang mana yang dah aim nak beli semalam. Dan aktiviti wajib adalah makan dan makan. Hehe

Geng jalan-jalanku


Mampu beli makanan kat warung tepi jalan tapi bawak masuk makan dalam hotel lobby. ahha
Paling tak sangka boleh pulak jumpa Ustaz Azhar Idrus kat Hatyai street tu. Dia dengan geng-geng motor ride ada event katanya. Haruslah tak lepaskan peluang bergambar kan. Heheheh


Lepas dah jalan-jalan sikit lagi pulanglah ke hotel sekali lagi sebab Adam dah penat. Boring jugak sebilik dengan bebudak ni. HAhahaha. Tak enjoy langsung nak jalan-jalan lagi. Dahla malam last. HAhahaa. 

Esok nya last day kita cerita pasal muzium 3d pulak. Byee.


Comments

Popular Posts