Hatyai Day 3

Lambat pulak sambung cerita pasal trip Hatyai haritu. Sebabnya mula-mula demam lepastu dah raya haji pulak. Tak sempat pun nak bukak laptop hahaha.

Last day tu baru dapat jumpa port breakfast yang best sikit. Jalan jauh sikit la dari hotel tapi takpa la kan janji rasa dia berbaloi. Turun breakfast tu dah memang bawak semua bag and ready untuk checkout sebab ada nak pi jalan lagi kan.

Teh tarik sedap

American breakfast kite
Memula dia bawak kami pergi kat Plaza. Tak ingat exact nama plaza tu apa. Plaza ni ala-ala Padang Besar je pun. Sebab dah pergi sini maka cancel la nak pi padang besar nanti bila keluar sempadan. Tak banyak sangat pun benda yang menarik kat sini. Satu sebab duit dah banyak habis kahkah so tak banyak duit yang tinggal nak shopping pun.Plus yang banyak jual kat sini baju ja pun and beg memang sebijik macam padang besar la.

Suasana depan Plaza


Dalam setengah jam kat situ kitorang pun pergi Magic Eye 3D Museum. Ini la tempat yang nak pergi sesangat pun since semalam dah cancel sebab penat kan. Apa lagi dalam ni bergambar la selagi larat. Kena ada geng la baru ada orang boleh tolong amik kan gambar. Jangan jadi Adam dia takmo layan aku bergambar geram aku! hahaha. Tiket masuk 300 baht untuk dewasa and 200 baht untuk kanak-kanak sebab kitorang group ramai. Original price 400 baht.

Tapi memang best la kat dalam ni buat orang yang suka bergambar. Kalau yang tak minat tu tak payah la. Hahaha. Selama ni aku ingat aku kuat dah bergambar rupanya ada yang lagi dasyat. And tak best sangat sebab aku malu and kurang nak berimaginasi nak bagi gambar tu nampak real. Udahnya banyak gambar yang tak berapa elok. Tapi banyak gak yang elok malas je nak letak dalam ni. Hahahaha

Lepas dah sejuk sejukkan badan, teruskan perjalanana ke Central Festival. Second largest mall kat Hatyai. Memang besar tapi standard mall biasa la. IOI City Mall lagi best :p hahahaha. Ada yang pergi makan dulu sebab dah lapar. Nak main masuk kedai makan biasa takut tak halal lepas tu cari food court tak jumpa! Huh udahnya beli je roti and takoyaki buat alas perut. Dahlah murah huahuahua. Anyway food court dia ada part makanan halal.

Masing-masing dah kenyang (tapi aku lapar kahkah. Literally makan angin) maka bergerak terus ke Alor star. Flight pukul 8 lebih. Sampai kat kepala batas makan dulu. Pergh rindu gila nak makan cha kue teaw, NGA. Good old times. Dahlah kami pi makan kat depan klinik kesihatan kepala batas. I still remember bebudak jenan ponteng kelas pi klinik pastu pi makan nasi lemak sedap depan klinik tu.Hahahaha. Segarang-garang Kak Mah pun ada berani fake sakit adoii lawak.

Sempat jumpa adikku yang belajar di sana

Sampai rumah memang lesu la dan mengantukk. Takde kemas beg ke apa terus tidoqq. Rindu teh ais sedap!

Comments

Popular Posts