Hobi baru : Mendaki Gunung

Jujurnya aku bukan lah sport person tapi aku suka adventurous activity. Zaman sekolah dulu bolehla aktif bersukan (aktif tahap aku la) main netball apa semua pastu masuk je Asasi slow down tapi ada la jugak berjogging di UiTM Puncak Alam yang lawa dan tenang itu. Huahuhua tapi bila masuk je degree kemalasan bersukan jatuh ke tahap sendu sesendu sendunya. Ha nampak tak? Haha
Sejak habis belajar and aktiviti sepenuh masa adalah menternak lemak di rumah ni ada la sikit bibit-bibit kesedaran untuk start exercise balik. Sebenarnya semangat ni adalah semangat yang sama setiap kali cuti sem tapi sebab ini adalah cuti tak naik sem langsung lagi dah haruslah semangat tu dijadikan realiti. Takkan nak ternak lemak je sepanjang masa wehh dahlah sekarang memang lemak dah merata riti kahkah.

Sekarang pulak, mama dah menyambung kembali hobi dia hiking. So sebagai anak a.k.a PA yang baik dan tak nak kesunyian aku pun nak la jugak join dia pergi hiking. Takde lah nak ikut gunung-gunung yang tinggi sangat tu memang tau tak mampu. Lagi pulak dengan takde training kan. So, start dengan Bukit Broga je. Memang dah pernah naik tapi itu adalah lima tahun lepas di mana lemak di badan 10kg kurang lols. Nasib baik jugak sejak-sejak ada kesedaran exercise aku rajin workout kat rumah so takdelah mengah sangat sampai puncak. And takdela amik masa lama sangat jadi lambat sebab hari Ahad ramai sangat orang. So, perjalanan orang yang nak turun berselisih buat masa terganggu. Sentiasa suka dengan view Broga ni. Takdelah lawa mana tapi macam refreshing bila sampai puncak. Maybe sebab takde pokok sangat atas tu kot.





The next weekend tu mama ada plan nak hiking ke Gunung Angsi. Macam taknak ikut mula-mula sebab tak yakin. Weh bukan rendah Gunung Angsi tu bagi beginner macam aku ni, ahah. Tapi sebab terasa tercabar dan taknak keseorangan ikut jugak. Punya la google segala cerita orang yang dah pernah naik to prepare myself. Mama cakap takde apa la Gunung Angsi tu ahhaha.
Walaupun takut but deep inside I know that I’m gonna make it. Sebab aku ni macam ada determination yang tinggi untuk capai sesuatu. Lagi pulak malu la kalau dah pergi tapi tak sampai puncak kan? Macam mana nak upload Instagram. Hihi. It was my first extreme hike and it was good. Aku ambil masa 2 jam untuk sampai puncak Gunung Angsi and kurang 15 minit bila turun. Agak bangga jugak la hahha. And, the best part adalah tak de guna Inhaler langsung sebab aku ni ada asthma so im kinda proud la.



Untuk Ahad ketiga pulak pergi ke Bukit Gasing untuk training. Bila dah ada momentum taklehla nak stop kan nanti macam dah payah nak start balik. Tak pernah tau pun kewuudan Bukit Gasing ni kat PJ. Memang ramai gila la orang kat situ yelah agaknya tempat orang nak beriadah hari ahad kan. Ramai Chinese yang exercise kat situ. Track dia agak susah and mencabat la nak banding dengan Broga but way better than Gunung Angsi.





Taktau nak define apa satisfaction yang dapat bila dah sampai puncak tu. Selain ambil gambar bukan buat apa pun lagi terus turun bawah. Macam takde motif kan? But, it kind of satisfaction sebab berjaya cabar diri sendiri and banyak mengajar untuk sabar. Feeling bila badan berpeluh tu lain macam. Selain tu dia macam melatih diri aku untuk tak give up and aku boleh dapat apa yang aku nak bila aku push diri sendiri. Perghh motivasi je lebih. Hahaha


Looking forward for next gunung or bukit. Nak sangat naik Bukit Tabur sebab view yang cantik. Tapi ramai sangat yang kata berbahaya and not advisable to go there. Habislah dah terjebak dalam aktiviti ni, semua salah mama. Haha

Comments

Popular Posts