Hujung minggu di Hatyai (Day 1)

Jumaat baru ni sekolah mak aku ada buat trip pergi Hatyai untuk cikgu-cikgu Tahun 6. Kiranya reward kat diorang la kot sempena habis UPSR, hehe. Aku yang bukan cikgu ni pun turut la melibatkan diri sama. Dah orang nak ajak kan, takkan kita nak tolak. Jalan-jalan kott. Hehehehe

Pagi-pagi Jumaat tu naik flight dari KLIA2 ke Alor Star. Dari sana ada van dah tunggu untuk bawak kitorang ke Hatyai. Sampai kat imigresen dalam pukul 9 camtu untuk uruskan hal passport. Mula-mula scan passport macam biasa la untuk ke luar negara kan. Lepas tu beratur pulak untuk cop passport. Time ni lama sikit la sebab panjang beratur. Before beratur tu make sure dah isi borang putih tu. Ada org yang tolong tuliskan kita just selitkan duit RM2.

Tukang isi borang



 Disebabkan ini adalah lawatan penanda aras la kan so sampai Thailand terus la pergi melawat sekolah. Dah nama pun pergi dengan rombongan cikgu kan. Sekolah tu sangat la out of our expectation. Rupanya sekolah tu adalah Sekolah Agama kat Sadao tu. Ma`had Ihya` As-sunnah Muhamadiyyah, Sadao. Sekolah ni dulu asalnya hanyalah sekolah pondok yang biasa namun dah maju di atas sumbangan orang ramai. MasyaAllah lawa-lawa sekolah ni. Tak pernah jumpa sekolah yang ada pendidikan seawal tadika sampai la sekolah menengah dalam satu sekolah. Kat sini jugak merasa makan Laksa Tahiland yang sedap giloss. Laksa kuah lemak perghh. 

Lawa sangat sekolah dia

Sesudah melawat sekolah, perut pun dah kenyang maka bermula lah perjalanan sebenar kita ke Hatyai. Kakakaka perjalanan sebenar katakoo.Sebelum tu singgah tukar duit jap sebab sempat tukar sikit je haritu. Suprisingly lagi murah tukar duit kat sini. 1000 Baht for RM83 compared to tukar kat Giant Nilai haritu 1000 bath RM122. So kalau nak tukar duit sesikit je kat Malaysia bolehla lepas tu tukar kat Thai tapi kena tengok kedai la. Sampai je Hatyai dah pukul 12.30 waktu Thai. Well jam kat sana lambat sejam dari Malaysia. So, sampai hotel masing-masing boleh check in and rehat sementara sambung jalan. Aku duduk dengan Adam satu bilik mama with her friend.

Pemandangan dari bilik hotel. 
Dah rehat and mandi macam tu turun bawah sebab nak pergi ke Floating Market. Sepatutnya dalam itinerary nak pergi ke Samila Beach dulu tapi taktau kenapa tukar maybe sebab cuaca panas sangat kot. Anywhere is fine with me asalkan tak terperap je dalam bilik kan. Aku turun awal sikit kat lobby sebab mama nak cari sliper so jalan la dekat mall kat depan hotel tu. Dekat gila. Dalam gambar atas tu yang bangunan biru so memang walking distance jelah. Bila masuk Thai jam kat phone memang automatically tukar waktu kat sana, udahnya ada yang lambat sebab kitorang janji nak berkumpul waktu Malaysia. Hahaha

Sampai je kat Floating market sekali hujan turun dengan lebatnya pulak. So, tak dapatla nak turun kat tempat bot-bot berjual tu kan. Disebabkan perut dah lapar kitorang makan je dulu kat kedai-kedai atas tu. Kat atas ni pun dah cukup banyak makanan sampai rambang mata.Nampak ada jual macam Boat Noodle tu tapi bila sampai macam bihun sup biasa je. Kahkah sedih, mission failed! Elok je dah beli baju hujan hujan pun berhenti kah! Renyai-renyai jela bila dah turun kat bawah tu.

Sodapp ke sebab lapar ke ntahla
Sekali bila dah turun bawah tu lagi menyesal kahkah sebab lagi banyak makanan yang sedap and banyak pilihan. Perut dah tak lapar sangat sebab dah makan tadi tapi ada kisah? Makan jela lagi bukan nak datang selalu kan. Aku makan dimsum yang sedap gila and The original Sangkaya. Lagi best aiskrim kelapa dia ada letak pulut and roti and bukan 4 scoop je eh tapi ada 6 scoop kot for only 25 bath. Lebih kurang RM2.50la tu. Murahh dan jauh lebih sedap. 





Dah kenyang and merayap cari barang maka kami pun beransur pulang, Ada jugak jual pakaian and souvenier kat situ tapi takde yang menarik hati. Time tu dah pukul 6 so kitorang pun terus gerak ke Greenway Night Market. Apa yang aku boleh katakan adalah tempat ni syurga duniaa bagi orang yang suka shopping. Hahaha bermacam-macam ada dari mekap, baju, makanan segala benda la. Kalau rasa nak beli tu beli jelah sebab memang murah harga barang kat sini and kau pun kena pandai tawar, Tawar je memang boleh dapat punya lah. Aku kononnya bajet hari pertama ni nak guna 1000 baht je dah habis takmo shopping dah. Lepas tu menyesal sebab tempat lain takde yang best macam kat sini so kalau nak beli tu takyah la pikir banyak kali. Besar gila tempat ni and tak habis pusing pun huahuahua. Tak silap pukul 5 petang night market ni dah bukak everyday. 

Memang tak puas
Magic Eye 3d Museum tu pun salah satu tarikan kat Hatyai ni. Sepatutnya pergi on 2nd day tapi tukar ke hari last. Nanti aku cerita on next entry. Just tips kalau sesiapa yang nak jimat masa and rancang perjalanan bolehla pergi on the same day dengan night market ni sebab dia memang betul-betul berdepanan je. Bukak 9am-10pm. Kira kalau pergi dedua ni on the same day takyah la datang dua kali kan? Heher

Dah balik dari Night market tu kitorang pun balikla ke hotel. Tapi perjalanan tidak la terhenti di situ ye, haha. Bila malam jalan-jalan kat hotel tu memang meriah la dengan orang berjual dan makan. Macam-macam ada and memang meriah sampai pukul 2 pagi dorang berjual. Mama nak pergi foot massage maka aku dengan Adam jalan jela berdua. Takde masalah pun and takyah takut sebab ramai je orang Malaysia, lols. Lagipun takkan sesat punya kalau ingat hotel semua walking distance. Dok jalan, shopping dan makan lagi. 

Bergambar je dengan Tuk Tuk hihi
Hatyao street, kiri kanan adalah mall ye.
Budak menari nak dapatkan duit untuk scholarship.
Jangan lupa untuk makan pulut durian, pulut mangga dan udang-udang yang besar dan murah kat sini. Selain daripada syurga shopping Hatyai street ni jugak adalah syurga makanan ye. Meleleh ayaq lioq. Teh tarik dia memang no doubt la sedapnya kan. Udang yang besar tu range 100-200 baht and yang banyak2 tu 300 baht sepinggan adalah dalam 11/12 ekor. Okay la kan.

Try la makan dekat Hatyai Teh Tarik tu sedap sangat
Bila dah kekenyangan and Adam pun dah penat la nak tidur maka kita pun pulang ke hotel and rehat untuk esok. Kalau ikut aku ni kuat je nak jalan shopping2 lagi tapi penakut pulak Adam nak duduk bilik sorang kan. Balik la jugak sesama berendam dalam bath tub. Malam tu takleh tidur mesti sebab minum teh banyak sangat! Kahakah. 

Next entry kita cerita pasal esok punya jalan mana pulak hehe.




Comments

Popular Posts