MAD dan MPG 2015

 Minggu last before puasa haritu memang busy gila. Minggu ni la semua program nak diselitkan. Malam Pra-Graduan la Majlis Anugerah Dekan la. And, on the other hand, this coming weekend jugakla nak ada presentation IDP. Tapi nak merungut pun tak boleh. Siapa yang suruh tak buat kerja awal-awal kan? Kalau dah siap awal-awal confirm minggu ni boleh layan youtube je tengok tutorial make up.



 Hahahaa Firstly nak cerita pasal Malam Pra-Graduan (MPG). Boleh kata semua orang since masuk final year akan tertunggu-tunggu akan MPG night ni. It is something big la orang kata to end our final year of studies kan. Tapi memula dapat notis kena bayar RM20 for MPG pun dah start rasa tak best. And kat Dewan N`Dah? HAHAHA. Yang dedulu siap buat kat hotel and golf club lagi. Tak payah nak compare dengan budak Fac lain kan. But, who are we to complain bila takde sorg pun budak class yang nak handle or join AJK semua budak-budak from Dip yang handle. So, kita just enjoy the night je la kan. Tema pulak Black, Gold and Roses. Typical theme for every dinner kan.



Geng Keras ;p
Alhamdulillah la dewan tu lawa jugak untuk ambil gambar, food was so-so and performance okay la. Enjoy la. Yang buat lagi enjoy mestilah sebab attend dengan kawan –kawan kan? Duduk pulak semeja dengan geng. Well malam ni macam malam untuk release stress sikit la dari IDP. Yela since hari Isnin (dinner ni hari rabu) masing masing bersengkang mata sampai 3 4 pagi kat studio IDP. Nak melawa pun tak sampai seru dah hari rabu tu baru la nak try mekap la (amatur la katakan).


My classmate


Yang buat lagi tak best, 10:30 p.m. dah habis acara majlis. Okay la kan so plenty of times nak tangkap gambar. Yela nak tangkap gambar dengan kawan ni dengan kawan sana macam-macam orang la nak tangkap gambar. Sekali pukul 11 orang dewan tutup lampu. What??? Macam menghalau secara halus tu. Habis tu dah tutup lampu nak tunggu apa lagi kan nak bergambar pun bukan kamera ada flash macam professional photographer tu. Balik jelaa and sampai rumah pukul 11:30 p.m.. Alahai sendu betul dinner. Hahahaha. Tapi, bolehla kan dari takde. At least nanti kalau orang bercerita pasal MPG kita pun boleh la jugak share pernah attend MPG.

My Family 
Geng hiks
On Friday pulak ada Majlis Anugerah Dekan. At first memang excited gila nak attend majlis ni sebab first time dapat dekan with my bff and other friends. Haritu datang sorang je tak terasa excited langsung. HAhaa. Tapi bila dah di postponed dekat pulak dengan tarikh presentation IDP tapi sebab dah confirm nama and my mom was excited about this night pergi jugak la kan. Lagi satu dahlah venue MAD tu dekat dewan exam! Again!! Apalah nasibku. Dua kali dapat dua kali tu jugakla majlis nya dalam exam hall. Dahlah seharian tu duduk kat studio IDP sampai pukul 6pm baru balik untuk siap-siap. Yela, esok dah nak present not even 50% of the project were completed.

Dekan pun layan selfie weh, sporting gila baqhang
Lepas makan-makan and ambil gambar tu terus masing-masing turun studio IDP balik untuk sambung project. Ada yang tak mandi dari pagi pun ada. Aku ni dengan dress nya turun studio IDP tu lantak la orang tengok pun kan. Dan hari itu juga dalam sejarah bila mana semua tak tido siapkan project IDP. Semua tu kitorang la satu kelas. Budak-budak yg dr dip semua bijak and rajin dah siap belaka.

After done with presentation

Muka tak tidur lebih dari 24 jam
Walaupun penat tapi it was fun. Dapat tengok how semua classmate bergabung tenaga saling bantu membantu untuk siapkan project walaupun masing-masing berlainan group. Sama-sama tak balik rumah or kolej and stay dekat Studio IDP. Pukul 6 pagi semua balik tak kira la siap ke tak siap. Yang mana tak siap tu haruslah kopipes group lain je, ahahaha sorry sir :P . Masing-masing pagi tu nak present dengan muka tak siap. Sementara tunggu tu semua pakat tido. Boys especially sampai dekan, lecturer lalu depan diorang diorang boleh tak sedar. Ahhaha lawak. Bila ingat balik memang kelakar sangat. Alhamdulillah la walaupun macam tu cerita dia IDP dapat A gak alhamdulillahh. Hihi Moral of the story, janganla procrastinate and jangan buat kerja last minutes. Lols.

Comments

Popular Posts