My Cousin`s wedding

Last weekend ada kenduri sepupu dekat Felda Jelai 2, Gemas. Hari sabtu baru nak balik ke rumah makteh kat Jelai. Nikah nya lepas asar hari sabtu tu lepas tu malam tu biasa la ada tukar-tukar baju dan sesi potong kek.

Rasmi dulu pelamin before apa apa kan. ahhaha
Hari sabtu tu takde banyak sangat kerja nak buat sebab sampai pun dah tengah hari memang makan jela kan. Hahaha. Lepas tu tolong masuk kan telur and cucuk kat bunga pahar je. Not much sebab takde kenduri besar lagi, orang yang datang malam pun tak ramai. Lagipun ramai kendarat yang tolong. Konsep kat kampong makcik aku ni kalau orang penanggah tu buat kerja memang tak de yang kacau dah la kan.



Selalu kalau waktu kenduri camni jela kan nak ber makeup bagai. Ingat hari biasa ada mekap ke takde maknanya. Kalau ada pun memang kalau kuar tu pakai compact powder and blusher je. Hihi, so inilah masanya nak beria pun kan. Maksu aku ni memang pandai mekap so kalau apa-apa memang dia jela tukang mekap. Aku yang tak pernah mekap heavy macam ni pun tadah jela muka and lawa! Hahaha. Aku suka la hasil dia.

So, bila dah melawa apa lagi, ambil gambar jela sampai bateri phone flat, pastu kena bergantung dengan powerbank. Kikikiki. Lagipun selain raya memang waktu camni jela boleh berjumpa sanak saudara kan.



The next day, memang banyak la jugak kerja nak buat. Ada yang ambil kerja masak lauk pengantin, ada yang kemas dalam and yang kemas luar. Aku hanya membantu mana yang pandai jela kan. Tolong kemas-kemas kat depan. Pastu pukul 10 lebih camtu dah bersiap-siap la. Actually, macam lama sangat dah tak join any wedding cousin2 ni, selalu diorang buat time cuti sekolah kan, cuti semester mana sama,

Lepas dah bersiap takde lah dah nak tolong apa kan. Tinggal nak makan and melawa jela hahahahah.
Layan jela gambar je ni haa. Macam clueless pulak apa nak cerita pasal kenduri sebab selain tolong orang buat kerja memang bergambar jela kerjanya kakakkakaka.





To Ateh and Abang Adam, Selamat Pengantin Baru dan semoga perkahwinan korang kekal hingga ke akhir hayat. Selamat melayari bahtera perkahwinan dengan sabar dan tabah. Ecewah bukan main lagi kan hehe. Make a lot of cute babies :)




Comments

Popular Posts