Percutian ke Lombok (Part 1)


 Hi I`m back to the blogging world (hopefully). Hehe. Rasa macam tak best pulak takde tempat nak coretkan kenangan. At least bila tengok balik what happened to me these past few years boleh la tengok blog kan? Heheh so memang this coming entry akan update pasal cerita-cerita yang memang basi. Cerita dua tiga bulan lepas, sebab tu je yang masih kuat dalam ingatan.

Okay, sebenarnya tujuan entry ni nak cerita pasal Trip ke Lombok bulan 6 haritu. Kebetulan cuti semester sempena Cuti Gawai UiTM sama dengan cuti sekolah so bolehla kami bercuti sekeluarga. Lama sangat dah tak bercuti satu family and ini adalah our first holiday sefamily without arwah Abah L . Terasa jugak la kekosongan tu sebab selalu nya mama and abah yang plan everything and now aku pulak kena take over sedikit sebanyak perancangan percutian.

Time plan nak pergi holiday ni banyak jugak tempat yang kitorang consider nak pergi. Firstly ingat nak pergi Istanbul tapi dengan keadaan ekonomi sekarang takut pulak nak spend that much of money for holiday so we opted for other place. Next nak pergi Krabi tapi bila tengok-tengok tiket lebih kurang je dengan Lombok. Well, Krabi punya tiket boleh dapat lagi murah kan so terus proceed beli tiket ke Lombok. Harga agak mahal la sebab beli dalam lagi 2 minggu je before nak pergi and flight ke Lombok pulak hanya Air Asia je yang buat. Flight pergi pagi dalam pukul 8 and balik lewat malam atas nasihat guide, baru dapat jalan banyak tempat katanya.

So, pagi 1 June 2015 kami pun bertolak ke airport seawal jam 5.30 pagi. Yang sebenarnya pergi awal sebab takut ramai orang yela sebab tengah cuti sekolah time tu so memang expect akan ramai gila la orang kan, flight awal pagi pulak tu (tiket murah). Sekali sampai memang takde lah ramai mana pun so process check in luggage semua cepat. Tapi okayla awal, solat subuh semua and sempat breakfast kat McD. Knowing KLIA2 ni memang besar dan jauhh so bagus sangat la pergi awal. Dalam flight semua terbongkang tido yelah malam tu dah tido lewat excited katakana lepas tu bangun awal pagi pulak kan. Ahhaha. Sampai di Lombok International Airport around pukul 12. Tak silap dalam dua jam lebih perjalanan dari KL-Lombok. Keluar dari airport ada la pukul satu lebih sebab masalah dengan Imegresen. Bukan masalah apa queue panjang gila maybe sikit je kaunter yang bukak melambatkan proses. Guide yang tunggu kitorang dah cuak takut kitorang tak datang, haha.



Nasi Balap
Keluar je dari aiport, Stuk (guide kitorang) bawak pergi makan Nasi Balap kat restoran yang berdekatan dengan airport tu. Sebab perut masing-masing pun dah lapar memang masing-masing tala cukup-cukup. Hehe. Nasi balap ni set nasi dengan ayam goreng, sayur, rendang, tauhu tempe and pelecing kangkung. Ha pelecing kangkung ni memang makanan ruji orang Lombok sampai kitorang kat sana pun every meal makan pelecing kangkung, lols.


Lepas makan kitorang dibawa ke Masjid untuk solat. Bila sampai Masjid ni Nampak la yang ada perbezaan budaya antara Malaysia dan Lombok. Masjid dia tengah under construction diorang tengah nak upgrade dari masjid lama ke yang lebih selesa. Kipas semua takde tapi Alhamdulillah sejuk dalam tu. Sesudah solat je kitorang teruskan perjalanan ke Jeti sebab first stop nak pergi adalah Gili Trawangan. Yiahuuu dengar je pun dah excited gilaaa. Semua sebab banyak sangat tengok gambar and blog pasal Gili ni memang lawa subhanallah. Dalam perjalanan pun kagum tengok Lombok ni sebab Lombok adalah tempat yang cantik. Langit dia pulak biru lain macam unlike kat Malaysia. Maybe sebab langit Lombok tak banyak awan.


Yang ni pulak monument yang dijumpai sepanjang perjalanan dari airport ke Jeti. Monumen Masjid ni sebab Lombok ni dikenali sebagai Pulau 1000 masjid. Banyak sangat masjid even selang dua tiga jalan dah ada masjid lagi. Well sebab nya populasi rakyat Lombok ni pun 95% beragama Islam. On the way tu kitorang sempat singgah kat Monkey Forest. Tempat ni macam kat Bukit Melawati tu je banyak-banyak monyet tepi jalan orang singgah and bagi makan. Dan, monyetnya pun sama agresif. Ahahah. Jangan la pegang plastic makanan tu memang kena rampas.


Sampai kat Jeti kitorang tunggu bot yang akan bawa pergi ke pulau Trawangan. Well, Gili tu maksud dia pulau la. First time ever berpengalaman naik bot yang macam taxi sapu tu naik ramai-ramai dengan orang Lombok semua. Haha experience dude. Belum sampai Gili lagi excited gilaa tengok laut yang membiru. Subhanallah view dia. Perasaan time tu Tuhan je yang tahu. Sampai je kat Gili kitorang terus check-in dekat chalet. Kitorang stay kat Beach Wind Resort. A simple resort tapi ada aircond, toilet okay and penting free Wi-Fi. Haha penting okay Wi-Fi kalau tak camane nak upload gambar kat ig lols.
Mampu naik bot penumpang ramai ramai ni? haha

Subhanallah, No filter :)
Letak beg terus cecepat nak pergi kearah Sunset Viewpoint. Tarikan utama Gili Trawangan haruslah buaian yang famous ni kan. Time kitorang sampai tu dah pukul 5 lebih and kat Lombok ni masa sama dengan Malaysia tapi dia cepat gelap. So kitorang naik kereta kuda ke Ombak Sunset untuk sesi bergambar kat buaian. I can`t get enough of the view. Very mesmerizing and sunset dia lawa sangat.

Tempat famous di Gili Trawangan
Sunset view point at Ombak Sunset

Dah puas bergambar and hari pun dah gelap kitorang pun jalan balik ke tempat makan yang berdekatan dengan kitorang punya hotel. Boleh pulak Stuk ni bawak kitorang pusing satu pulau tu Ya Allah menggeletar kaki nak sampai. HAhahaha. Jauh gila okayyy. Tapi okayla dapat pusing tengok hotel-hotel yang ada sepanjang pulau tu kan.

Malam tu makan kat tempat makan yang memang banyak pelancong dating. InsyaAllah memang makanan halal kat sini and variety of foods ada. Nak ayam ke seafood ke semua ada. Paling best haruslah jus Alpokat yang sedap, fresh and murah. So siapa yang nak dating sini memang tak payah risau la bab makanan, nasi campur pun ada. Yang penting murah. Aku try jugak la Terang Bulan (which is apam balik je) with Nutella filling. Memang sedap gila lah. Hee

Lepas habis makan jalan balik ke hotel rehat jap and lepas tu keluar balik ngan Mama layan live band kat restoran (or mostly bar) along the streets. Bila tiba waktu malam memang pesta habis la. Dengan punya ramai mat saleh kat situ kan. But, we just enjoy the music from outside of the bar. Memang best la suasana, next time pergi nak duduk minum kat one spot ni dia macam open space dengan beanbag nya menghadap laut. Haritu dah penuhh so sad. Bila malam makin lewat tu guide cadangkan supaya balik hotel sebab mat saleh pun dah start mabuk-mabuk. Ada yang dok main beer pong la, well memang `hidup` la malam kat situ. Aku pun balik la hotel and tido sebab badan pun dah penat gila, esok nak snorkeling pulak.

Nak layan tv apa pun dah tak sempat terus krohhh aku ngan adik aku dalam bilik tu. Okay, day 2 kita sambung on next entry pulak J


P/S: Thank you pada yang ramai baca entry pasal Lombok ni. Sekarang memang tarikan kan nak ke sana. So, mintak maaf sangat banyak komen yang tanya contact tour guide. Dah lama tak bukak blog mana yang sempat saya email,saya email. Mana yang tak sempat sorry. For those yang nak contact number tour guide saya ni bolehla search fb Stuk Rinjani Mountain. Then dr situ boleh mintak whatsapp/number. Hope im helping :)

Comments

Kacau Daun said…
Assalammualaikum ... Cik boleh dapatkan tour guide contact tak please nak ke lombok ni boleh whatupp saya ke 0122244457
Kalau teman-teman yang ingin bercuti ke Lombok boleh menggunakan perkhidmatan kami, WA +62 877 88 555 153 :)
Sara Siti said…
Salam cik..boleh sy tahu tour guide contact..nak plan pg lombok nex month
lligroupline said…
"percutian murah lombok"

Kami Dari lombok Vacation
kami menyediakan jasa Transport murah lombok, Pakej Tour murah lombok

Free information about Lombok
Contact/WA +62 821 4645 2970
Pin BBM 5777f6e0
IG : Lombok Vacation

Thanks
luvly mya said…
For those yang nak cari tour guide yang saya guna ni boleh search fb Stuk Rinjani Mountain :)
Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )
Boleh tau tak berapa cost untuk bayar stuk???
luvly mya said…
Alamak, saya dah tak ingat berapa cost sebab dah lama. Boleh PM dia di facebook. InsyaAllah puas hati :)

Popular Posts