Percutian ke Lombok (Part 2 : Gili Trawangan)

**************Continue with day 2*************


Mat saleh interframe
Sepatutnya hari ni nak pergi explore la pulau ni sambil berbasikal sebab time jalan malam semalam tu banyak tempat-tempat menarik yang boleh ambil gambar. Malangnya, panggilan katil tu lebih menarik tambah pulak badan penat kan. Huhu. Pagi tu breakfast omellete and juice hotel sediakan. But, mak and adik-adik aku rasa macam breakfast tu tak cukup so pergi beli nasi kuning kat stall-stall yang ada jual kat tepi jalan tu. And aku pun beli bakso sebab tertarik sangat nampak bakso dia hihi.



Teh botol for lyfeee 

Lepas breakfast tu terus packing siap-siap sebab nak pergi snorkeling terus check-out dari hotel. Ni sebab nak jimatkan masa la. Yelah karang kalau balik hotel balik dengan nak mandi la apa la kan dah buang masa. So ada baiknya terus check-out and menghala ke Senggigi.



Air laut Lombok ni memang lawa sangatt dengan biru nya dengan jernih nya sampai macam ada three shades of blue. First stop snorkeling dekat area Gili Trawangan ni dulu. Coral dia Subhanallah takleh nak diungkapkan dengan kata-kata lawa dia. Sampai rasa macam dah masuk dalam satu taman lain pulak. Lawa!! Lepas dah puas kat Gili Trawangan, stop pulak kat Gili Air.


Kat sini pun lawa jugak coral dia and ada ikan. Tapi tak banyak sangat la ikan dia taktau sebab apa. Time ni dah ada yang tak mo turun sebab rasa mual. Tula, masing-masing ambil heavy breakfast tanpa fikir ombak menghempas bot kan. Haahhaha nasib baik la aku okay je and boleh enjoy the view lagi. Sepatutnya kitorang snorkeling kat tiga point which are Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Tapi sampai kat Gili Meno dah taknak turun sebab kesian dekat orang yang muntah-muntah and mabuk laut hahaha.




So, terus kan je perjalanan ke Senggigi. Time ni boatman and Stuk siap-siap bungkus beg kitorang dalam plastic hitam. Ingatkan takut terpecik air sikit-sikit je tapi rupanya memang lencun! Ada beg yang konon kalis air takyah la masuk dalam plastic pun lencun jugak halfway tu pun masukkan la dalam plastic. Ahahah tula berlagak lagi kan. Dalam dua jam perjalanan gak dari Gili ke Senggigi. Even it was a bumpy ride but the view along the way was so beautiful sampai tak rasa pun perjalanan yang macam tu sekali. Aku tak tidur sebab nak tengok view tapi orang lain semua bantai tido. Haahha yelah dua jam perjalanan kan. Dengan badan penat kena lambung dek air, angin kuat lagi memang mata layu jelah.



Sampai kat Senggigi tu sempat pulak dorang ni nak mandi laut. Kat sini pasir dia warna hitam. And agak kotor la nampak gigi air tu sebab warna pasir tu kan. Perut masing-masing pun dah lapar stop makan kat restoran berdekatan dengan hotel. Tengah makan tu hujan turun pulak lebat selebatnya. Dah sudah makan pun tak reda lagi badan dah penat mata masing-masing pun dah layu hahah. Sudahnya, kitorang pun meredah hujan dan meranduk banjir nak sampai ke hotel. It`s all about experience and it was fun! Ingat dapat nak main banjir kalau kat rumah kita tu?


Masuk hotel siap mandi semua dah masuk bawah selimut tu apa lagi masing-masing memang terus tido jela. Aku tak tidur jugak sebab macam rugi je kan. Online jap upload gambar kat fb sikit ig sikit pastu jalan kuar hotel. Jalan la pusing-pusing kawasan hotel and belakang hotel ni ada laut. Senggigi beach. Lepak lepak la situ ambil  gambar nak masuk berendam dalam pool malas pulak rasa nak sarung baju basah lagi. Then malam tu pergi makan seafood kat area berdekatan dengan hotel jugak. Jalan kaki jugak ke sana haha memang pembakaran lemak secara total. Tak banyak sangat aktiviti hari ke-2 ni bebas je.






Sudah makan siap-siap masuk bilik nak tidur sebab esok nak pergi hiking kat air terjun pulak. Hihi. So, I gotta rest for tomorrow. J

Comments

Popular Posts