Percutian ke Lombok ( Part 3 : Sendeng Gile and Tiu Kelep)

*********** Day 3************

Bangun pagi ni rasa energetic sebab banyak tempat nak pergi hari ni. And, word hiking tu pun dah cukup buat rasa takut. Yelah aku dah tak ingat bila last time aku exercise. Ada la dua tiga kali jogging pusing Kristal tu. Hahha tu pun banyak berjalan dari berlari. Pagi tu ambil heavy breakfast sikit sebab nak guna banyak tenaga kan. Oh ye harini jugak birthday my baby boyy Adam Mukriz. Untungla adik aku ni birthday time cuti sekolah so boleh kata every year birthday dia di destinasi percutian.



Perjalanan dari hotel ke air terjun tu ada dua jam kot. Sampai je kat tempat air terjun tu jangan ingat terus boleh mandi yee. Nehi nehi. Kau kena hiking sampai longgar lutut dulu baru dapat reward dia. Ada dua air tejun kat sini iaitu Air Terjun Sendeng Gile dan Tiu Kelep. Yang Sendeng gile ni dekat sikit (tetap menggeletar kaki ye nak sampai situ). Kat sini amik gambar je tak mandi sebab tak worth bak kata Stuk. HAHAHA.





Tapi memang la Tiu Kelep tu lawa berkali ganda ganda. Aku tak pro nak ambik gambar so maybe tak la nampak lawa sangat dalam gambar tapi bila tengok depan mata terus hilang rasa lenguh kaki berjalan sejauh 1.9km tu. Dari jauh dah basah screen telefon dek percikan air. Baru jalan rentas air sungai tu pun dah rasa sejuk gila air. Mula-mula nak rendam badan tu adoiii sejuk gila tapi once dah berendam t uterus lupa sejuk ke apa ke. Lawa sangat sangat sangat. Bayangkan dalam air terjun tu crystal clear! Tak pernah lagi masuk air terjun menyelam boleh nampak batu batu yang berwarna kat dasar. Stuk dah tak tahan sejuk tunggu je kat tepi bagi kitorang puas bermandi manda.
So clear kan dalam air terjun ni!

Beautiful Tiu Kelep :)
Bak kata Stuk kalau Malaysian datang memang mandi lama kat sini sebab seronok. Kitorang tu pun dah terpaksa balik kalau tak nak je mandi lagi sebab tak puas hehe. Dah puas mandi tu ha kumpul la balik ye semangat nak mendaki bukit balik pergi tempat parking. Tadi time turun tangga pun lutut dah menggeletar apatah lagi nak daki balik kan. On the way back tu Stuk bawak kitorang lalu Tunnel laluan air. Dulu zaman-zaman perang tunnel ni tempat askar punya jalan la and tempat diorang menyorok. Memula cuak jugak sebab gelap pastu mula la terbayang ular ke apa ke dalam tunnel tu kan. Ni kes banyak sangat tengok drama. Tapi seronok sangatt hehe.


Lepas tukar baju kitorang makan kat restoran ni yang view dia pun boleh tahan lawa jugak. Menghadap bukit and kat situ tempat selalu nya untuk hikers yang nak mendaki Rinjani. Tengok betapa lawa nya view Rinjani terus rasa nak pergi tapi fikir tahap kesusahan tu takpela kita kasi practice dulu naik Broga 90 kali. 


Sesudah makan, Stuk bawak kitorang berhenti kat Masjid tertua di Lombok, Majid Kuno Bayan Beleq. Sekarang dah tak digunakan untuk aktiviti harian diorang just bukak untuk Hari Raya atau hari-hari istimewa. Masjid ni direka rendah supaya bila orang masuk akan tunduk demi menghormati tempat beribadat ni. Sounds like rumah Minangkabau kan?



On the way ke Bandar Mataram untuk dinner kitorang stop kat Malimbu view point. Of course lawa tempat kat sini. Entahla Lombok ni memang banyak sangat tempat lawa. Maybe sebab masih tak diexplore secara menyeluruh. Lombok pun start jadi tarikan pelancong and mula membangun pun dalam lima tahun lepas je. 


Lepas dinner the boys balik hotel and kitorang yang girls ni taknak la lepas kan peluang nak pergi Spa kan. Siapa taknak pergi Spa murah weh!! Bila convert boleb kata la yang full body dalam RM80 camtu je kan. Tapi time sampai tu dah pukul 10 so banyak Spa yang dah nak tutup. Nasib baik ada satu spa ni bukak sampai midnight so kitorang pun pergi situ. But, in my opinion spa session kat Medan dulu much much better than kat sini. Agaknya tukang urut tu pun buat sambil lewa je sebab dah nak tutup kedai kot. Padan muka bagi markah rendah untuk performance review dia hahaha.

Sampai hotel pun dah dekat 1 pagi nak packing pun dah tak larat sebab mengantuk gila. Malam last di Lombok. Konon-konon nak upload gambar kat fb la malam tu sekali hp ke mana gambar pun tak habis select nak upload punya mengantuk. Tambah pulak kaki sakit sebab hiking ke air terjun tu lagi la penat nya.


Esok hari last di Lombok, sedihnyaaa L

Comments

linda said…
Slm,


Nk hike pergi dan balik air terjun tu kene pakai kasut sukan ke or pakai selipar je okay dh?
luvly mya said…
salam, pakai sliper je ok. Haritu pun tour guide suggest pakai sliper sebab harung air nanti kasut basah :)
Anonymous said…
salam perkenalan, saya nak tahu no pak supir yang awak tempah boleh ke? dan harga yang dia ambil? Thanks :)

Afifah, email: fifahmdn_f91@yahoo.com
Yun Hafizah said…
Assalam...blh tau rate hotel di gili n senggigi dan nama hotel nya skali. My email yun_hafizah@yahoo.com

Popular Posts