Percutian ke Lombok (Part 4: Kuta Beach, Selong Belanak)

Bangun pagi dengan perasaan bercampur baur. Well siapa yang suka percutian yang semakin berakhir kan. Time nilah terbayang project bisnes tak start lagi, FYP hahaha semua fikir waktu ni. Pukul 9 lepas breakfast terus check out hotel and jalan lagi sebelum pulang ke airport.

First stop untuk hari terakhir ni ke Desa Sasak Sade Village. Ini adalah perkampungan asli orang Sasak which kaum orang Lombok la. Sebanyak 13 generasi dah duduk kat perkampungan ni. Adat orang Sasak ni diorang akan berkahwin sesame sendiri. Maksudnya pusing-pusing family dia kot tu jugak. Dan juga adat orang Lombok ni untuk bawak lari pengantin perempuan. Tapi bawak lari tu mestilah sesame sendiri. 



Contohnya Ali suka dengan Siti. So, Ali akan bawak Siti lari ke rumah keluarga Ali untuk Siti tido semalam kat situ. So nanti keluarga Ali akan jumpa keluarga Siti untuk bincang hal kahwin. Kalau takde orang yang nak bawak lari perempuan Lombok ni kira macam tak laku la. Yang kita banyak dengar cerita lelaki Lombok bawak lari perempuan Indonesia tu agaknya semua sebab suka sama suka la kan? Hehe



Rumah-rumah kat Sasak Village ni diperbuat daripada taik lembu yang dimampatkan. Elok-elok je aku landing atas rumah tu tour guide tu cakap camtu terus bangun. Ahhaha. Walaupun dah lama taik lembu still taik lembu kan? Bau dah takde la tapi rumah diorang ni jenis takde tingkap so macam bau terpengap jelah. Kat sini jugak pendapatan diorang dengan jual barang-barang kraf tangan and kain-kain yang lawa. Siap belajar lagi cara kait songket dia. Hehe. Tapi yang tak bestnya tour guide tu bawak la kitorang pergi kedai kain family dia la kot pastu bila taknak beli terus lepas tu layan kitorang macam nak tak nak. Marah sebab tak beli ke apa? huh geram aku!



Seterusnya kitorang ke Kuta Beach. Bukan Kuta, Bali ye tapi Kuta, Lombok. Hehe ni kira nya the other side of Bali la sebab dari Lombok ni boleh je kalau nak ke Bali. Tapi masa tak mengizinkan so tak la lajak ke sana. Kitorang lunch dulu sebelum pergi ke pantai Kuta tu. Cuaca masa tu tersangat lah panas terik tapi demi bergambar tidak la kitorang kisahkan kepanasan itew. Hahahaha. Puas bergambar sampai nak habis bateri kamera kat situ.


Next and the last stop kitorang berhenti di Selong Belanak. Pantai jugak kat sini and sini banyak Mat Saleh suntanning and surfing. Memang tempat surfing kot. Sempat la minum-minum air kelapa. Nak bergambar lebih-lebih pun tak larat sebab cuaca panas gila. Mat saleh boleh rilek je lagi kan main laut cuaca panas berdenting macam tu.

Kemudian, dengan berat hatinya berlepas la kitorang ke airport. Sedih tau nak stopkan percutian. I will surely come to Lombok again and maybe lepas ni lepak kat Gili jelah kot? Hehe. Orang-orang Lombok juga sangat sopan dan baik compared to other Indonesian cities macam Jakarta and Medan yang jenis memaksa dan mengekor kalau kita nak beli barang. Tapi kat Lombok takde pulak kena macam ni. Bila kita kata taknak beli secara elok okay je diorang pun blah.

Ada satu tips nak bagi kalau siapa-siapa yang sampai airport awal macam kitorang haritu. Pergi la naik kat Golden Lounge dia bersebelahan dengan kaunter imegresen pelepasan tu. Hanya bayar RM15 untuk variety of food, lounge yang selesa ada toilet nak mandi semua boleh. Driver kitorang haritu kebetulan memang jual tiket untuk lounge tu. Tak menyesal beli sebab murah je and tempat menunggu pun selesa sementelah kitorg punya flight lambat lagi so dapat rehat dulu. Takdela tunggu kat kerusi plastic tu je. Hehe

So, itula sedikit sebanyak trip ke Lombok. Memang tak de shopping apa pun sebab tak banyak tempat pun nak shopping. Beli cenderamata je sesikit. Balik Malaysia pun ada dua juta rupiah berlebih tak guna. HAHAHA. Overall memang puas hati dengan holiday kali ni. Alhamdulillah la jumpa dengan guide yang baik hati dan tak berkira. InsyaAllah sampai lagi kita ke Lombok ni.

So, where is the next destination? J


Comments

linda said…
Slm.. menarik cerita bercuti ke Lombok tu. Bole share contact no Stuk tu tak?
Nurul said…
Salam...yes boleh share contact info Stuk ke? Pls email pd nurulizzatinajib@gmail.com
mojaro said…
assalamualaikum. boleh share contact number Stuk tu? email ke saya mojaro.momo@gmail.com. Terima kasih ye
Anonymous said…
salaam.
boleh share contact number stuk tu tak? email sy putik_faiena@yahoo.com.

Thanks ye
Yana said…
Assalam hi, boleh share no stuk tu? phoenix_yana91@yahoo.com
thank youu
Feeq Stella said…
Salam. Kalau nk balik ke airport, dari senggigi atau gili lebih dekat?
luvly mya said…
Tak silap kalau dari Senggigi lebih dekat.

Popular Posts