Sunway Lagoon with The Patie`s

Pertengahan August haritu, (September baru nak cerita kakakkakak) Yaya turun KL untuk settle some stuff kat sini. So, haruslah kita ketemu kan, rindu okay bfff iols ni. Hehe. The next day lepas dia datang sini kitorang pergi fac untuk ambil official transkrip. Ambil awak-awal sebab ingat boleh dapat awal la kan tapi 24hb baru proses and akan dapat selepas 5 hari waktu bekerja. Tapi, dua tiga hari lepas baru dapat. Heh



Lepas submit boring transkrip yang tak sampai 5 minit tu kitorang pun pergilah jalan-jalan cuci mata. Aktiviti wajib yang dirindui tu weh. Yang sebenarnya before Yaya turun sini dia ajak pergi bermandi manda kat Sunway Lagoon dengan kakak dia. Sebagai seorang yang agak pemalu harus la malu-malu kucing kan tapi nak je join akkakka.



So , on Monday tu dengan pelbagai rintangan sampai la kami ke Sunway. Hahahahah. Last time aku pergi Sunway Pyramid pun dah tak ingat bila, takyah kata Sunway Lagoon kan. Memang tah 7 8 tahun lepas gamaknya. Some tips here, kalau nak pergi download la apss Sunway Pals kat phone so boleh dapat harga tiket yang way cheaper than the original price. Bolehla jugak jimat kan. Dah masuk tukar baju semua terus excited nak start main. Benda pertama nak dituju haruslah Vuvuzuela yang baru tu kan. Dulu tak de lagi benda alah tu. Tapi, sebab awal sangat time tu Vuvuzuela tu tak bukak lagi so main dulu game kat sebelah dia.



Yang tak best pasal nak main ride ni kena panjat tangga sampai atas dulu baru boleh turun wakkkaka penat mak oi. Lepas habis main yang Mat tu Vuvuzuela pun dah bukak. Terus dah ramai yang dah line up. Too bad tak boleh bawak kamera, penat je prepare bawak aku punya sjcam yang boleh masuk air tu lols. Baru nak bajet boleh rakam muka masing-masing ketakutan naik Vuvuzuela tu,. Time beratur naik tangga tu makin tinggi tangga makin rasa nervous.

Yup! Vuvuzela right there
Dari atas tangga tu bolehla tengok and dengar suara orang yang dah turun Vuvu tu yang kelakar kitorang siap gelakkan diorang sebab ada satu lelaki tu takleh nak bangun dari pelampung tu. Kaki dia jadi lembik maybe sebab takut sangat. Ha lepas tu bila dah masuk dalam pelampung tu baru kau tau tinggi ke rendah. That was the scariest yet best rides everrr. Takut gila sebab memang seriously rasa nak tercampak. Satu pelampung tu enam orang, so kitorang ber4 and ada lagi dua orang foreigner. Tak tau nak describe camane takut dia, sampai rasa macam bebetul kat edge Vuvu tu macam nak tercampak. Takut gila!!! Taktau la berapa kuat kitorang jerit lols. Walaupun lepas turun tu macam rasa takde jantung and takut tapi lepas tu terus rasa nak repeat ahhaha lawak.





Lepas tu kitorang main-main jela yang kat dalam tu. Sebab takut hujan and tak dapat merasa, pergi main kat Amusement Park dulu. Merasa la naik kereta pusing yang kitorang ketawakan kebodohan naik benda tu. Eleh standard bebudak konon tapi bila naik baru kau tergelak tak henti sebab takut sangat. Lagi best merasa la aku naik Roller Coster dalam Sunway ni. Honestly, aku tak berani sangat nak naik Roller Coster sebab dari kecik dimomokkan oleh Abah benda ni bahaya. Tapi disebabkan tercabar and taknak leftout aku naik jugak. Pun takut gila!!! Sampai rasa terangkat bontot tak cecah seat lagi. Kerja gila aku buat. Lepas tu try water 5d punya theatre pun best! Walaupun aku taktau apa yang menakutkan sangat since it is a movie tapi kitorang jerit macam orang gile! Hahahah. Tryla memang berbaloi.



Lepas kepenatan main air tu nak cari lunch la. Sunway bukan bagi bawak makanan luar kan. Thanks God dah ada variety of fast food stall dalam tu so banyak la pilihan dengan harga berpatutan. Dulu bebetul ada org jual nasi lemak sebungkus RM10 la. Now, macam-macam ada even starbucks ok.
Konon nya nak main ATV tapi ramai and dah hujan tak dapat main. Pastu nak masuk Scream Park tapi sebab dia nak bebetul berpakaian kering baru masuk. Time tu dah 5.30p.m. memang tak sempat la kan, sunway tutup pukul 6. Makanya kita jalan and main air jela.

Time nak mandi tukar baju tu pun ada perkara yang tak diingini berlaku ahahha. Horror bila diingatkan balik makanya harusla cerita itu disimpan dalam-dalam. Heheheh



It was a fun day though. A day untuk jadi seperti kanak kanak, hehe. Thank you Yaya for inviting and lain kali jemput la lagi. Hehehehe


Comments

Popular Posts