Berkelah di Hutan Lipur Kanching


Hari rabu haritu sempena cuti Maal Hijrah aku and kawan-kawan office (yep dah start kerja hihi) merancang nak pergi mandi air terjun. Bagus betul kan orang pergi berarak dia nak pergi bermandi manda pulak. Hahaha. Public holiday kan haruslah memenuhi dengan aktiviti berfaedah. Kalau tak memang duduk jela kat rumah tidur.

Google punya google kawan aku jumpa Sg. Kanching. Bila tengok gambar pun not bad jugak air terjun dia takde la sendu sangat maca waterfall FRIM. Hahahaha. Actually time kecik-kecik dulu punya lah selalu melepak kat Hutan Lipur Kanching ni sebab dulu duduk dekat Rawang. Tapi biasalah memori waktu kecik ku hanya lah kolam yang untuk budak-budak main tu. Never knew that ada air terjun best camtu. Hihi

Janji nak gerak pukul 9.30 and aku yang paling jauh ni pergi la pickup sensorang kawan-kawan aku. Dua kat Putrajaya and another 2 tunggu kat KTM Serdang. Janji melayu jela 9.30 kan pukul 9.30 tu aku baru keluar rumah. Sebab nya malam tu bantai pulak pergi tengok midnight movie hm merasalah bangun tido pun pukul 9. Nasib baik tak terlajak tido lols.



Dalam pukul 11 jugakla baru selesai pick-up diorang2 ni. Sampai kat hutan lipur tu pukul 12. Ramai gilaa orang. Parking pun sampai ke tepi jalan. Bayaran masuk satu kepala RM2.10, 10 sen tu GST dia la (siap ada GST). Lepas tu siap beli air and jajan. Kawan aku ni beria la beli dalam 4 ke 5 jenis keropok. Takpela kan dah siap-siap letak dalam plastic.

Kitorang pun start la jalan pergi kat waterfall nak cari port best. Sekali otw pergi kat air terjun tu banyak monyet!!! Maka terjadilah kejadian yang tak diingini. Aku bawak satu plastic keropok dalam tu ada 3 macam tu. Sekali monyet melompat curi plastic keropok tu. Aku tarik balik reflex kot hahahaha tapi dapat la dia sebungkus. Aku punya jerit takyah cakap la k buat malu den je. Dahlah kawan-kawan baru, ahahhahaha malu siot!.Lepas tu dah takde plastic konon pegang kat tangan je, tangan penuh kan tak terpikir la nak sorok-sorok sekali kena curi lagi. Damn u nyet. Jatuh ego akak nyet jerit kekuat L

Berpeluh jugak la nak sampai tempat yang finally kitorang nak lepak tu. Kat bawah yang macam berkolam-kolam air terjun tu memang ramai gila la orang dia. Belum apa-apa lagi baju dah basah dek peluh. Kitorang naik atas lagi dari air terjun tu sebab nak privacy. Tak ramai sangat tempat duduk pun dapat kalau tak berlaga bontot jela dengan orang lain kan. Nak cari tempat duduk pun dekat sejam lols.

Sebab dah lapar apa lagi terus bukak bekal masing-masing la makan makan. Menu utama picnic adalah Macaroni. Hahahah. Sorang tu bawak macaroni goreng, sorang lagi macaroni bakar. Aku? Hm aku sempat goreng sosej koktail tu je hahaha asalkan ada bawak kan, tak sempat weh sebab bangun lambat. Dahlah plan pun macam last minute jugak tak sempat nak beli barang pape nak bawak ke nak masak ke.

Well it feels very refreshing okay mandi air terjun ni. Sejuk dia tenang dia dengan bau hutan yang menenagkan. Pergh I sound like a nature lover :p. Yang kelakar dalam pada nak mandi tu ada yang terjatuh la ada yang selipar hanyut la, nasib baik sempat selamatkan. Kalau tak takde selipar la balik. HAHAHA. Though they are new friends I’m glad that dapat spend time camni. Bonding session orang putih kata. Hahaha. Time training takleh nak sembang-sembang sangat unless time lunch (walaupun kitorg bising je).


On the way back sempat pulak singgah IKEA, teringin konon nya nak makan meatball. Thanks to the driver yang sangat memahami dan sporting. Hahahhaha. Punya lah ramai orang kat IKEA tu sampai nak masuk parking pun full. Orang beratur kat tempat makan tu takyah cakap la kan huaa ramai gila. Saja cari pasal datang time public holiday kan, rasain lah.



Balik tu sampai rumah dalam pukul 8 lebih. Aku tak sempat tukar baju ke upload gambar ke dah tertido. Tersedar tu bangun tukar baju terus selamat malam dunia la. Pukul 9 dah gelap. Hihi. Penat kan main air. It was nice to have this kind of activities on holiday. Aku suka la benda-benda camni dari memerap je kat rumah. Hahaha Till next activity guys :)

Comments

Popular Posts