Bukit Batu Putih, Port Dickson

Cuti Hari Malaysia haritu taktau nak buat apa maka kami pepagi pun shoot ke PD. Hiking la apa lagi aktiviti masa lapang kan. Actually takde la hiking sangat pun sebab takat bukit biasa je. Hahahaha. Mama dah pernah pergi sekali and view memang lawa. Tengok view lawa of course la nak pergi kan. Hahaha

Bukit ni kat dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Bayar RM1 sorang tiket masuk dalam ni lepas tu berekreasi la korang. Ada Rumah Api jugak tapi sebab time balik tu dah penat and malas nak jalan naik tangga ke rumah api tu amik gambar je la dari bawah.

Dari pintu gerbang sampai puncak bukit tu hanyalah 30 minit. Easy peasy ok. It just penat sikit la mendaki jalan tar. Urghh lemah betul berjalan mendatar macam tu. Pada aku biar daki bukit pacak lagi at least kita nampak puncak ni jalan punya jalan tak sampai-sampai lagi. Ponek pulak tu hahaha.
Rumah Api Tanjung Tuan

Tapi view dari atas tu memang berbaloi. Siap ada bebudak lepak bentang saprah piknik lagi okayy. Too bad yang cuaca jerebu time tu so ada sebahagian kawasan laut tu terlindung dengan jerebu. But, still the view is nice.

Lawa kan! Ni pun sebab jerebu dalam gambar tak nampak sangat. Tunggu la nanti jerebu dah reda nak pi naik lagi. Okayla buat keluar peluh sebab tak susah pun.

Comments

Popular Posts