TURNING 23

Alhamdulillah untuk pertambahan umur, makin bertambah umur makin dekat jarak dengan kematian kan. Birthday tahun ni agak emotional untuk aku. Patutnya minggu birthday tu plan nak pergi Langkawi dengan my mom and Adam nak pergi melawat adik kat MRSM. Plan nya mak aku pergi dulu tengah hari then aku amik flight lepas balik kerja. Malangnya, tiket flight petang tu mahal gila sampai tahap tak berbaloi pun nak pergi sekejap macam tu. So, bila tinggal sorang-sorang kat rumah tu rasa sedih jugak la kan. Hahaha. Dahlah memang tengah PMS, mood swing takyah cakap la. Sejak bila pulak kan pandai layan emo macam ni.

Truthfully, I miss my dad so much. Bila teringat tambah dengan mood swing lagi hm melarat-larat la. However, thanks for whomever that trying to make me happy on my birthday. Thanks for the birthday call and wishes. I am truly grateful for that. Walaupun kadang-kadang ada yang wish sebab reminder fb but still thanks sebab ambil effort untuk wish. Kalau aku ni kadang-kadang nampak gak reminder fb tu tapi malas je nak wish hahaahah. After balik kerja my officemate belanja cake dekat starbucks. Hehehe thank youuu. It was one and only slice I had for birthday . The day went okay and not as bad as I expected it would be, at least I am happy hehe.

Hari selasa baru ni my highschool girlfriend ajak lepak sebab dah lama tak jumpa masing-masing and Laily pun dah nak balik Mesir. Aku pun macam okay jela sebab memang lepas kerja asyik lepak je mana-mana. Hahahaha. Minggu tu pulak dah start busy dengan kerja sikit so takdela macam fikir nak rancang apa sangat. Aku just cakap nak jumpa kat mana and jumpa lepas kerja pastu that’s it jumpa esok terus. Mula-mula wonder jugak la kan sebab takde pulak buat whatsapp group untuk nak keluar ni. Selalu tu pantang plan nak pergi mana-mana mesti ada buat whatsapp group untuk bincang. Hari selasa tu pulak balik kerja lambat sikit, pastu Aisyah call Tanya kat mana. Aku pulak time dah tutup pc semua baru check phone cakap baru nak gerak dari office.

Sampai kat IOI City Mall diorang cakap diorang tunggu kat Nandos. Okayla terus masuk and duduk. Sekali elok je duduk adjust-adjust sikit tetiba Laily hulur bunga, belon and Aisyah hulur kek. Aku macam apa niii. Hahahahah. Dahlah macam blur-blur lagi baru sampai kan. I am so speechless and touched. Tak sangka and tak terfikir langsung. It is still a surprise to me guys. Hahaha I never get flowers before so I am really happy to receive one. I am really blessed with good friends throughout my life. Alhamdulillah for that. Kawan-kawan yang baik pun adalah satu rezeki. Thanks sebab celebrate my birthday walaupun dah lambat 4 hari. Lambat sebulan pun I wouldn’t mind, the thoughts that counts. Hihi.

Thank you very much Aisyah,Qid, Laily and Uje. It was a quick catch up session but really meaningful to me . Thank you very much qid for your present. I love it hee.

My friend did ask me apa azam aku dah masuk umur 23 ni. Honestly, aku takde specific azam yang aku nak capai. Semoga berharap agar kehidupan ni di landasan yang betul dan diberkati oleh Allah. Cliché but yes that is exactly what I want in my life. Hidup kalau tak diberkati tak guna kan. Semoga semakin dilimpahi dengan rezeki dan aku memohon kebahagiaan dalam hidup ni. Amin, InsyaAllah.

Bila dah umur 23 and start kerja ni semua wish dari makcik pakcik kat group whatsapp tu mesti ada terselit semoga dikurniakan jodoh yang baik dan cepat-cepat kahwin. Hahahaha. Amin for that :p

Comments

Popular Posts