Wedding Amna and small reunion

Semalam majlis menyambut menantu classmate kat UiTM kat Putrajaya. Sebab dekat bolehla nak attend kan. Majlis kawan aku haritu lepas raya haji dekat Taiping. Nak pergi pun tak dapat sebab jauh and tengah minggu raya kan memang tak dapat la.

Selalu bila dah habis belajar ni memang wedding jadi tempat reunion je lah kan. Lagi-lagi kalau area Lembah Klang ni di mana ramai yang bekerja area sini kan. Hahhah. Jadi lah dapat jumpa walau tak semua. Time kami sampai kat dewan tu pun dah pukul dua so tak ramai sangat orang. Makanya melepak la kami seperti majlis sendiri. Asal tak menganggu orang nak makan takpela kan. Sampai pukul 4 la jugak kitorang kat situ huahuahua.

Amna looks so pretty. Dahlah awak memang lawa, jarang pulak mekap and pakai kaler striking camtu sekali bila kahwin terserlah kecantikan nya. Both majlis Amna nampak sweet and pretty.

Yesterday weds
Majlis sebelah perempuan
The third one in our class yang getting married. Lepas ni bolehla masing-masing ambik no giliran ye. Jangan bagi bertindih hahaha senang nak rancang g majlis kahwin. Hihi.

Boleh pulak kitorang team hijau pakai baju sama tema dengan family lelaki ahhaha
Dah sudah makan haruslah masing-masing bersembang bagai nak rak. Masing-masing dah start kerja kan so topic nya berkisar pasal kau kerja apa?, kau kerja macam mana?, consultant ke contractor? Sembang-sembang engineer belaka la senang kata. Kita yang baru start kerja 2 hari ni tak mampu la nak masuk campur sangat kan. Hahaha. Boring je dorang ni sabtu pun nak cerita pasal kerja hahah.




To Amna and her husband, Dr. Nasriq barakallah on your wedding. Semoga kekal hingga ke jannah. Make a cute babies and jangan nakal-nakal ok. Have a blessful marriage.

Lepas dah dekat nak buat majlis macam majlis sendiri kitorang pun gerak. Tapi bukan gerak balik yee hahaha haruslah menyinggah mana-mana lagi untuk catch up session. Konon depa ni nak tengok wayang tapi takde movie yang kena dengan timing. So, kitorang pergi jela mengopi makan kek sambil bersembang. Phew.


Cake tu sedap gila! Harus repeat huahua
After berpuluh kali jom balik baru la masing-masing angkat bontot nak balik. Tak puas agaknya bersembang. Yelah bila masing-masing dah ada komitmen dah busy payah dah la kan nak jumpa selalu. Takpe insyaAllah kita jumpa lagi di wedding akan datang. ahahahaha





Comments

Popular Posts