Jalan-jalan cari makan ke Ipoh

Sepatutnya aku post pasal road trip ke Ipoh ni bulan lepas. But due to kebusyan yang macam CEO ni (puii) memang tak terupdate lah jadinya. Betul-betul cukup sebulan yang lepas aku gi Ipoh. Hahahah

Hari sabtu tu ada kenduri adik sedara aku bersunat sekali dengan birthday adiknya. So, makcik aku buat la kenduri kecik-kecik. Berangkat lah kita ke Subang pagi tu. Dah kenyang makan lauk kenduri terus mak aku cakap, "Kak, jom kita pergi Ipoh nak? Dah dekat ngan Guthrie ni". Hahahahha. Memandangkan aku memang dah berapa lama nak pergi Ipoh, ok set jelah.

Gerak dari Subang lewat jugak dah sebenarnya. Berhenti solat zohor dulu kat RNR Elmina then terus shoot ke Ipoh. Sepanjang perjalanan tu dok cari jugak la hotel-hotel kat Agoda. Yelah dah main redah je kan takut jugak la if takde hotel kosong. Tapi bila fikir balik yang it just a normal weekend yang belum cuti sekolah, should be ok la. Dalam pada mencari tu nampak iklan Ecotel Hotel kat Agoda. Terus call and tanya rate. Memang ok sangat terus book jelah. Dalam pukul 5 lebih jugak sampai Ipoh.

Family room that cost us RM178. Super spacious!!
Ecotel Hotel & Cafe Boutique 

Toilet dia pun okay cumaaaa toiletnya glass
so nak mandi kena tutup lampu supaya tak buat free show. Haha

Sampai hotel rehat-rehat kejap sementara tunggu maghrib baru nak keluar. Sementara tu apa lagi men google la tempat makanan yang sedap dah kata pun datang Ipoh untuk jalan-jalan cari makan. Hahhaha. Kalau google tempat makan best di Ipoh ha takyah lah risau dah. List dia sampai 100 dari yang hipster tak hipster chinese food segala jenis lah. Sebab pergi dengan mak takleh la nak gi kafe hipster sangat hahaha. I opted for Dim Sum kat Greentown Dimsum Cafe. Ada yang suggest gi Thumb's Cafe sebab memang famous kat Ipoh tapi sebab makan kat Shah Alam tak berapa sedap terus tak teringin nak try dah kat Ipoh ni. 

Niat di hati nak makan banyakkkk lagi sebab sedap!
Dim sum ni memang betul-betul sedap lah. Aku ni taktahu yang kedai ni tutup pukul 9. Kitorang masuk kedai pukul 8.30. Order pulak macam nak makan dua jam dalam kedai sekali habis order dia cakap ni last order eh. Aku gelabah tengok jam baru pukul 9. Rupanya memang kedai tutup pukul 9. So sepanjang diorang mengemas kedai tu kitorang jelah satu family tengah sedap layan makan. Hahahaha. Taktahuu. Tapi memang seriously sedap dimsum dia and yang paling penting murah. Murah la if nak compare dengan dimsum kat bangi ni. Recommended lah.

Lepas dah kekenyangan taktau nak pergi mana. Nak lepak kat padang depan tu macam tak larat pulak sebab perut memang betul-betul penuh. Pastu dengar orang dok cakap pasal Gerbang Malam tapi takdelah kitorang search nak cari. Tengah dok pusing-pusing bandar Ipoh tu sekali nampak tepi jalan and kebetulan ada parking pulak. Berhenti jelah kan. Masuk sini bukan nak beli apa, beli makanan lagi lah kahkahkah



Tried the Aiskim Gulung and Air besar tempayan ni. Sedap weh coffee dia. RM5 je!
Balik hotel perut dah kenyang mata pun mudah la layu je. Tak tunggu lama lah nak tertido. Lagipun misi keesokan hari nak bangun pagi sebab nak explore breakfast pulak. Hahaha. Pagi esoknya breakfast dekat area Stadium. Banyak tempat makan best katanya kat sini.


Nak makan mee kicap ni punya lah lamaaa. Ada lah dekat 30 minit kot tunggu,ke lebih ntah. Tapi sebab dah order nak memang suggestion kita tunggu jugak lah nak rasa kan. Dari lapar sampai dah tak lapar sebab melantak makanan orang lain. Hahahah. Nasib baik kari dia memang sedap so macam berbaloi lah jugak menunggu punya lama tu. 

Nasi Lemak yang sedap. Terasa lemaknya.
Sebab nak jimat masa, lepas breakfast tu terus pi jalan. Ipoh kan memang terkenal dengan bangunan-bangunan yang klasik dan lawa. Sesuai sangat lah dengan nature aku yang suka bergambar ni. Hehe






Bangunan biasa-biasa tepi jalan pun cantik dah. Then kitorang pergi kat area Sekeping Kong Heng / Plan B. Situ memang tempat hipster lah kan. Merasa makan ais kepal. Aku walaupun tak pernah jumpa Ais kepal tu tapi tahulah jugak apa dia. Dari adik-adik aku taktau pun. Huhu



Ais Kepal any flavour for RM3. 



 Memang bergambar jelah sini sampai berlengas. Hahahaha. Ada jugak Muzium Yasmin Ahmad kat area sini tapi aku tak masuk pun. Dah puas bergambar balik bilik kemas-kemas and alam pukul 2 camtu checkout.

Last pit stop before heading back to KL. Nasi Vanggey. Mula nya nak berhenti kat Nasi Gnja tapi disebabkan beratur panjang sangat mak aku tak larat tunggu so boleh je mana-mana. Kalau semua dah rasa trip kali ni nanti nak buat apa lagi datang kan. Haaa, so save the best untuk next trip.

Memang trip kali ni bertemakan jalan-jalan cari makan. No shopping mall, no shopping and limited sight seeing. Hahaha. Alhamdulillah.I would like to come again to Perak for the next food hunting activities. Hihi












Comments

Popular Posts