Productive weekend


*Post tertangguh*

Bila dah kerja ni memang menghitung cuti jela. Tapi bila ada public holiday tu bukan reti nak duduk kat rumah tido ke apa. Dua tiga hari before cuti dah merancang nak pergi mana. Kebetulan public holiday Keputeraan Sultan Selangor haritu hari Jumaat so dapatlah long weekend. Disebabkan dah lama budak-budak office ajak pergi naik Broga asyik tak jadi je maka nya jom la kita ke Broga.

Janji melayu seperti biasalah pukul 7 pagi kat kaki bukit sebab kitorang malas nak kejar sunrise. Tapi, biasalah nama pun janji melayu kan. Some of them gerak dr Serdang satu kereta and aku janji dengan Sheh pergi sekali. Dia nak bawak anak buah dia so aku bolehla bawak adik aku Adam untuk temankan si Faris. Menunggu Sheh je dah berapa lama. Boleh aku kejut dia bangun lepas tu dia tido balik. Sabar jela mak. Nasib baik Broga je. Suruh budak-budak ni naik dulu sebab diorang dah sampai awal then baru kitorang naik kejar diorang. Berjumpa la kat peak pertama sebab diorang tunggu.

Geng perempuan :)

Aktiviti makan-makan adalah wajib

Paling best sebab lama sangat lepak bergambar kat atas taknak turun-turun tetiba hujan. Time dengat dah guruh tu macam dah nak gerak sangat turun tapi sempat lagi bergambar. Penyudahnya merasa lah kabus atas kepala dan basah lencun dek kerana hujan. Masuk kereta ketarrr sebab sejuk. Tu belum kira ada benda kelakar jadi. Kawan aku Ann boleh tengah lari-lari turun tu tiba-tiba hilang. Rupanya jatuh dalam semak. Adoilah kelakar gila. Aku yang tengok dari atas tu macam nak pecah perut gelak.

Keesokan harinya pergi ke Batu Putih, PD pulak. Pergi lagii. HAHAHA. Tapi kali ni memang betul-betul puas hati lah sebab view sangat lawa. Dulu kan pergi time Jerebu kelabu asap je pun nampaknya. Ni nampak la different shades of blue kat laut tu. Pergi dengan geng hiking mak aku.



Subhanallah sanagt lah lawa kan view huhuu. Lepas turun dari batu putih ni kitorang lepak picnic kat Blue Lagoon. Pergh cuaca dia takyah cakap la memang panas gila. Adik-adik aku gigih lagi tu nak gi mandi laut. Aku memang malas nak basah-basah baju. And fikirkan yang bakal hitam lagi tak koser. HAHA. Masing-masing makan macam dah tak makan setahun. Time cedok nasi bukan main lagi berebut dia. Lepas tu time semua dah suap makan senyap sunyii je. Hahaha


Makin bertambah la kawan-kawan aku berkenalan dengan kakak dan abang2 protectors yang ting tong ni. Penyudahnya kawan-kawan baru aku memang dari kawan-kawan mma jela. HAHAHA

The next dayy pergi ke Sg. Kampar pulak buat White Water Rafting. . Perghh yang ni kena cerita dekat next entry sebab panjang and best sangat. Ha gila kau tak productive kalau tiga hari berturut-turut aku buat aktiviti luar. Esoknya isnin tu ada assesment pulak kat office. HAHAHA mampus. Lepas tu mula lah pening kepala sebab tak cukup rehat. Tapi sebenarnya aku suka je macam ni dari duduk rumah je terperap :)

Comments

Popular Posts