Dari Kuantan ke Cameron Highland ke Tronoh

Office aku ni memang best betul lah, despite of the unpaid leave because I'm not yet confirmed but cuti lama gila siapa tak suka kan. Hello, time belajar jelah nak ada cuti lama-lama macam cuti semester tu. Bila dah start kerja kelat-kelat muka tunggu weekend pastu dok kira kalender cari public holiday, hahaa. So aku cuti almost 2 weeks jugak la end of year haritu. Cuti christmas sekali terus ke New Year sebabnya HQ kat Aussie tutup, kalau kitorang kerja pun bukan nya ada job pun.

Sebab cuti panjang and adik-adik pun tak jalan mana cuti sekolah, mama tanya nak gi mana. Aku pun suggest la Kuantan, ahhaha. Terus set je sebab Kuantan memang tempat percutian rasmi setiap tahun. 2014 pun pergi tarikh lebih kurang je dengan gi tahun ni. Percutian rasmi la katakan.

This time macam biasa Pak Teh setelkan semua hotel and such. Tapi kali ni tak duduk tengah bandar lah sebab nak bawak budak-budak mandi laut. Kebetulan Ude n Ateh anak Makde ada kat kampung so ramai lah budak-budak. Kitorang stay kat satu homestay yang dekat dengan Pantai Balok sebab Pak teh nak bawak budak-budak gi mandi dekat Dhe Ru Beach Resort.

Gerak dari rumah around pukul 9 camtu straight terus ke Kuantan. Sampai-sampai je Kuantan haruslah terus cari Gerai Pok Su makan sata udang otak otak yummyyy. Hahhaha. Tunggu Pak Teh sampai then terus gerak gi homestay. Sampai hoemstay tidoo. Sebab ini adalah percutian tido takdeplan nak jalan mana sangat memang nak rest and makan je. Malam tu gi makan satay zul and lepak kat Teluk Cempedak. Boleh tahan sesak la TC tu sebab malam minggu kan. Meriah betul TC sekarang siap ada live band. And sedap-sedap pulak tu suara buskers situ. Memang best la lepaj buat layan perasaan dengar hempasan ombak ke pantai.

 Esok nya misi mengejar sunrise dan mandi laut dan kolam. Disebabkan dah besar ni tak berapa gemar kawan nak bermandi-manda buat basah-basah je. Bahahhaah. Malangnya sunrise yang dikejar tak muncul sangat kat Pantai Balok tu. Bolehla buat tangkap-tangkap gambar. Budak-budak mandi kitorang gi cari breakfast.


Tunggu diorang puas bermandi-manda ada jugak la aku tersengguk-sengguk tertido kat lobi hotel. Hahaha budak-budak selagi tak hambat naik takkan dia nak punya naik. Nak suruh naik awal-awal kesian jugak kan so layankan jelah. Lepas habis mandi pun dah nak tengah hari so terus g lunch kat restoran Mabiq, Tanjung Lumpur. Actually restoran Mabiq ni adlah sekolah tahfiz. Dia buat restoran dengan tujuan nak collect dana untuk budak-budak tahfiz la. Sesiapa yang datang Kuantan should tery this restaurant especially kalau nak makan makanan kampung. Ikan patin dia perghh perghhh  memang semua sedap-sedap!

Balik dari lunch semua dah ngantuk. Badan penat main air perut pulak kenyang. Hahaha. Balik mandi masing-masing terus tido. Aku ngantuk gak tapi takleh nak tido sebab ada plan lain, hiks. Tu nanti cerita dalam entry lain. Basically memang makan and tido jela kitorang. Esoknya nak balik dah tetibe mama plan nak naik Cameron pulak. Kita layankan je. Ikut jalan Bentong naik ke Pos Betau and ke Cameron. It was about 5hrs drive jugak la.

Memang gamble je gi Cameron takde book hotel ke apa. Memang suka buat kerja macam ni. Ingat nak book hotel through Agoda je tapi boleh pulak kad kredit tinggal so tawakal jela. Dalam pada pusing-pusing tu nampak ada banner hotel call and tengok bilik terus on. Sebab very convenient lah dia punya hotel siap ada parking space lagi so memang okay. Nak jalan kaki ke pasar malam pun lebih kurang 5 minit je.

MYR 180, Very affordable

View from our room
Malam tu just jalan-jalan ke Pasar Malam jela. Tak sangka yang Pasar Malam tu dah tersusun tak lagi kat tengah jalan macam dulu. Well Cameron dulu lagi happening kot rasanya. Layankan Alin punya craving nak makan strawberi coklat beli 3 bekas terus beli coklat ha amek makan lah sampai puas.




The next day dekat-dekat nak tengah hari tu baru check out. Layankan tido cuaca sejuk-sejuk camtu pergh best weh. Hihi. Kitorang brunch siap-siap and nak singgah Lavender Graden before turun. Memang dari dulu nak pergi sini sebab new attraction. Tempat yang arwah abah nak sangat pergi before dia meninggal tapi tak berkesempatan sebab takut kesihatan dia tak mengizinkan. 
Jalan boleh tahan jem wehh sebab cuti sekolah kan. Ni lah lagi satu sebab kenapa dah lama tak pergi Cameron. 






Turun dari Cameron singgah pulak ke Tronoh. Singgah rumah jiran lama yang dah berpindah ke sana. Hahahaha. Berjalan merata sungguh. Tu nasib baik tak ikutkan mama nak gi Lumut lah pulak grrr. Sekali jalan ha amek kau. Memang penat tapi seronok lah kan. 


Sampai rumag flat terus, hahha. Lepastu nak balik kampung pulak. Memang betul-betul punya Holiday


Comments

Popular Posts