Of Kulacakes and jalan-jalan

Siapa yang tak pernah dengar Mango Cheesecake from Kulacakes. Lagi-lagi kalau datang Kuantan memang macam tak sah la kan kalau tak pergi try. Unfortunately, everytime datang Kuantan tak berkesempatan nak pergi. Paling-paling lalu je jalan tepi kedai tu. Kenyang sangat sampai nak singgah pun tak lalu. Haha. So, this time datang Kuantan memang pergi ke Kulacakes tu top of the list.

Kebetulan nak jumpa kawan aku kat Kuantan, so memang dah hint awal-awal yang suruh dia bawak gi makan mango cheesecake kat Kulacakes. Thank you u tunaikan keinginan i hahaha. Sampai pun pukul 3 camtu jugak la, berpusing dengan waze cari kedai, boleh pulak waze bawak jalan belakang-belakang kedai. Aku dari yakin jadi tak yakin pulak nak tunjuk kedai, nasib baik tak sesat kalau tak ada yang sia-sia je kena marah. hahahah

Time sampai tu tak ramai sangat yang beratur kira boleh lagi la nak beratur dalam kedai tu, tapi lepas tu hm bukan main panjang orang beratur. Taktau nak try apa lagi selain mango cheesecake so try Pavlova dia sebab nampak sangat menarik, Well kedai dia punya ambience pun menarik, ala-ala vintage gitu cumanya rasa macam kena tambah seat lagi lah kot.





Mango cheesecake tu to die for ok. Sedap gilaaa rasa macam ruginya order satu. Nak order banyak takut kena marah pulak kan makan banyak nanti gemok lols. Memang  rasa nak repeat lah. Pergh i'm salivating right now. Nak tapau time balik dari kuantan dah tak boleh sebab tak lalu jalan bandar and kedai pun tutup. Pavlova dia so-so lah still sedap tapi dah pernah rasa Pavlova yang lagi sedap.

Driver i bawak pusing Kuantan :P
Lepas makan ingat nak gi tengok Dilwale kat cinema tapi malangnya takde pulak wayang kat Kuantan ni yang tayangkan Dilwale. Nak tengok cerita lain pun takde yang menarik and parking takde. Perghhh ramai gila orang macam ada apa dalam ECM tu. Last-last berjalan je lah merayap tempat lain.

Dah petang sikit pergi lepak kat Pantai Sepat layan angin laut. Tenang sikit lah pantai ni tak ramai orang. Rasanya selama-lama datang Kuantan macam tak pernah je pergi Pantai Sepat ni. Lepas maghrib Hazim bawak gi makan sup belut. Katanya bagus untuk asthma so kita layankan je. First time weh nak makan belut bahahahahha nasib baik sedap jugak and boleh diterima tekak. Sup itself dah sedap so macam tak terasa sangat lah yang tengah makan belut ni. After this bolehla nak try lagi tapi belut kat sushi king tak sedappp kahkah!

Dah lepas tu taktau nak lepak mana lagi before balik, kitorang lepak kat Esplanade (ye kot nama tempat tu) hahahaha. Tengok orang main rollerblade tapi sekejap jelah lepak situ pun. Tak sempat nak panas bontot pun pastu balikk. Huhu. Masa berjalan begitu pantas rasanya tapi yelah dah kalau keluar pun dekat pukul tiga kan. 

Thank you Hazim sudi luangkan masa u bawak i jalan-jalan cari makan.  A trip to be remembered :)





Comments

Popular Posts