Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

New year haritu kan cuti tapi taktau nak pergi mana. Sekali geng protector ajak pergi Taman Cabaran Putrajaya main wall climbing. Aku excited jugak la sebab dah lama kot nak try wall climbing ni tapi takde masa, taktau macam mana and takut mahal. Sedangkan bukan tak pernah lalu depan PCP ni.

Rupanya murah je pun fees masuk dia. RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak atau pelajar. Consider kanak-kanak tu sah sah la pelajar kan. Tu untuk fees biasa lah maksudnya kau takda sewa apa-apa peralatan lain. Just nak main yang beginner punya bolehla sebab tak perlukan safety or harness sebab dah letak tilam kat bawah.



Aku mula-mula tak berani lah nak try yang bertali-tali tu sebabnya first time kan. Try yang beginner punya level dulu. Perghh tak lepas beb nak angkat badan. Berkali-kali jugak la nak try lonjak badan end up jatuh melayang di atas tilam bahhahaah. Adam pulak sikit punya berlagak ngan aku sekali naik terus berjaya pfttt bragging.

Selepas beberapa kali percubaan part beginner tu dalam tangan wa jelah beb. Berkali-kali iols naik sampai ada orang kat situ vakap wahh banyak kuat lah u, Bahahahaha part beginner camni bolehla aunty oi.Pastu mama suruh try yang 10m wall. Pergh macam tak berani, thanks god aku tak gayat. Tapi mama pun lepas naik wat malu jelah kalau tak naik kan.


Okay je bila dah halfway kat atas tu, cuma nya bila jarak tu dah makin lebar taktau nak letak kaki kat mana. Almaklumlahh ketinggian macam aku ni paling-paling besar mana je langkah boleh bukak kan. Dah sampai atas tu satisfaction dia perghh. Next time boleh try lagi untuk step yang lagi mencabar. Harritu sebab ramai so takleh la nak bolot asyik naik je. Kena lah bergilir-gilir gak kasi can kat sape yang belum try kan. Thanks to Syah yang jadi bilayer yang memang aku caye gila kat dia. Tu je penting, percayakan org yang jga tali kau.

So, wall climbing checked :). Whats next hehe



Comments

Dewi Aja said…
Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts