White Water Rafting @ Sg. Kampar, Perak.

Satu hari tu mama tanya aku nak tak join water rafting. Gila taknak? I'm a sucker for any activities that cause adrenaline rush. Cuma nya nak buat sesuatu tu sama ada takde geng, takut, tak reti atau takde dorongan jelah. Ni dah ada geng yang nak pergi bolehla join. Mula-mula memang takut sangat. Lama jugak lafikir nak join ke tak join last-last fikir apa salahnya mencuba kan. Aku pun dah buat some research and White Water Rafting (WWR) kat Sg. Kampar ni memang untuk beginneR, rapid dia pun level 1-3 je. So, berkurangan lah rasa risau tu. Haha

Hari Ahad tu gerak dari rumah pukul 4.30 pagi sebab janjinya berkumpul kat Tol Gopeng jam 8 pagi camtu. Disebabkan takde kereta and jalan gelap pagi tu tak pasal-pasal kena ambil gambar dengan AES before exit Kajang. Sedap je bawak kereta laju kan, ha amek. Sampai kat R&R Sg. Buloh minum-minum sikit. Dari situ kitorang akan gerak satu kereta je dengan Kak Nana, Kak Zu, Mama and Che Im. Lagi 3 orang Chen, Mast n Syah dah tunggu kat sana.


Che Im yang drive dari R&R Sg. Buloh so kami yang di belakang ni hanya lah take turn nak berdengkur jela HAHAHA. Pukul 6.30 macam tu berhenti solat subuh and breakfast before tunggu kat tol Gopeng. Tempat WWR ni tak jauh pun dari tol Gopeng tu, cuma nya dia jauh masuk ke dalam so memang takes time jugak la. Kitorang start agak lambat sebabtunggu Chen yang sesat tak tau ke mana. Kena isi borang pengakuan kesihatan and details so we are ready to go!

Oh btw, pergi ni under Jari Integrated and kitorang buat water rafting under Radak Adventure. Nervous gilaa but at the same time excited! Haha. Nak pergi ke starting point tu kitorang kena naik lori sebab jalan kat situ takleh naik dengan kereta sebab jalan yang tak berapa ok. Excited oi naik lori sebab tak pernah naik kan. Lama jugak la perjalanan dari campsite ke starting point tu ada lah dalam 30 minit. Sedap je kena angin kan tapi dalam pada mengelak dahan-dahan pokok tu time dah nak sampai tu kena jugak muka ni libas dengan dahan. Perghh boleh tahan pedih la, macam ni agaknya rasa kalau kena tampo.


Sampai kat starting point tu bergambar-gambar sikit and nampak ada satu team ni tengah buat water confident. Diorang dihanyutkan kat air deras u lepas tu kena berenang ke tepi. For those yang tak dapat nak berenang akan ada orang baling tali untuk kita capai dan diorang akan tarik, so dont worry. Water confident ni untuk bagi kita tak panik just in case tengah rafting jatuh dekat rapid. Tapi bila aku tengok dorang kena hanyut tu confident aku yang hilang perghh cuak siot. 

Air belakang tempat aku selfie tu lah starting point and tempat water confident.
Kitorang start dengan briefing by the instructor. Diorang akan terangkan pasal arahan yang akan digunakan time tengah rafting. Antaranya Paddle forward (kayuh ke depan ), paddle back (ke belakang), boom-boom (duduk dalam boat), and ada lah lagi tak ingat lol. Update lambat lagi cerita. Dah paham semua maka bermula lah perjalanan kitorang. Bersyukur sangat kitorang takyah buat water confident just rendam-rendam badan je nak bagi basah. Then bermula lah perjalanan yang penuh excited dan mencabar.

Memang best gila lah i tell u. Kitorang ada dua boat. Satu boat akan ada satu instructor. Too bad aku tak jumpa casing camera sjcam so tak dpt nk bawak kamera sambil rafting tu. Harap handphone jela simpan dalam drybag. Siapa tak syg phone oi. Kalau waterproof cane pun buat nya tercampak telefon tu tak ke naya. Paling best time dekat second rapid nama dia broken dam tiba-tiba Syah jatuh! Perghh rapid tu memang agak bahaya sebab dia bergulung macam washing machine. Syah yang memang diver pun pucat-pucat gak muka dia. Nasib tak panik sangat je.Ada lah berhenti several stop untuk berehat mandi dan bergambar. Hahahaha bergambar tu yang paling penting. Dapat pulak geng yang memang rajin bergambar ni memang best lah. 


Sampai satu stop tu untuk terjun tiruk. Tengok sorang-sorang terjun aku macam nak ke taknak eh try. Tapi kalau tak try bila lagi kan. Aku bukan takut nak lompat tu, aku takut bila dah terjun nak berenang terus tu tak dapat sebab arus dia agak deras dan berputar. Makin lama duduk atas batu tu makin berdebar rasa. Last-last malas nak fikir aku terjun je. And,,, memang aku takleh nak berenang pun ke depan. HAHA. Last-last kena sambut tali jugak la. 


What can I say, memang best la layan rapid tu. Rasa macam kalau boleh taknak je sampai kat campsite balik sebab memang rasa tak puas  dua jam ber rafting tu. However, best dia tu memang berbaloi lah bayar RM145. Lepas dah sampai campsite mandi dulu berendam dalam air tu dah alang-alang basah kan. Dah puas and sejuk ketarr baru lah naik and tukar baju. Then lunch yang memang dah termasuk sekali dengan bayaran. Makanan dia pun not bad lah sedap. 



Patutnya kitorang macam nak try abseiling tapi sebab kami tak ramai so harga dia jadi a bit mahal lah. So, tak jadi maybe next time. Memang ni adalah experience yang sangat best lah bagi aku. Dalam pukul 2 camtu kitorang gerak keluar and before balik singgah jap RTC beli buah-buahan. Time balik tu boleh pulak jalan jam. Dari berapa jam je boleh sampai kl jadi berjam-jam. Kitorang pulak dengan badan penat kan, memang takleh la nak lawan mata bagi tak tertidur. Kesian Che Im drive sorang-sorang. HAHAHA

Insya Allah lepas ni nak try yang kat Kuala Kubu pulak. Upgrade level :p






Comments

Popular Posts