Canyoning di Sungai Pisang

Have u ever heard of canyoning before? Me neither. Tapi kalau sebut abseiling or waterfall abseiling tu dapat la jugak bayangan nya macam mana. Actually benda ni sama tapi tak serupa. Other than abseiling and canyoning ada lagi term yang adik beradik dengan benda benda berkaitan dengan sukan tali ni macam repelling. Now nak cerita pasal pengalaman buat canyoning kat sg pisang. Canyoning ni adalah melalui canyon or air menggunakan tali dengan pelbagai cara. In term of my experience turun dari waterfall dengan tali. Hahaha exciting kan bunyi dia.

Mula-mula kawan aku Unya share satu event pasal abseiling kat sg pisang ni. Kebetulan ada satu event yg abg art bukak untuk buat abseiling di tempat yang sama jugak cuma berlainan tarikh. So aku pun ajak unya join group ni sebab kita kenal and lagi convincing hehe. Malangnya unya tk dapat join sebab dia ada hal lain.

Sepatutnya kitorang berkumpul kat alam sendayu, gombak pukul 1.30 petang hari sabtu. Malangnya abg art lambat and kitorg terpaksa gerak lambat. Dalam pukul 5 jugak la gerak dari rumah. Nasib abg art one of the crew so rasa secure la sikit dari kena marah sebab lambat kan lol.

Sampai kat sg pisang around pukul 6 lebih. Kemas barang itu ini, nk bawak ke cmpsite semua pukul 6.30 jugak kot kitorang start masuk hutan. Bismillah. Perjalanan dari starting point ke campsite tu sepatutnya ambil masa lebih kurang 30 minit je. Nanti akan tembus dekat tepi highway karak and teruskan perjalanan ke waterfall. Kami berlima je yang lambat time ni. Memang akan basah la sebab redah air sungai yang adalah sedalam peha. Sebelum naik tangga ke highway kita akan melalui 2 terowong. Malangnya time masuk tu pun dah lambat dah remang senja tak berani lah nak bergambar.

Jalan punya jalan punya jalan, dah redah sungai ni. Dah naik hutan itu ini tak nampak bayang highway lagi. Hari makin gelap dan masa makin lewat. Dah pukul 8 lebih baru sedar yang mungkin kitorang dah terlepas simpang nak ke highway tu. Konon nya decide nak teruskan perjalanan lagi sebab ikut sungai so mestilah akan jumpa waterfall kat hujung kan. Campsite betul-betul tepi waterfall. Tapi after fikir balik kitorang decide nak patah balik sebab tak dapat nak jangka berapa jauh lagi perjalanan nak ke sampai. Maka berpatah balik la kami. Basah takyah cakap la kan. Dengan jatuh nya dengan buntut beg basah kena air, dahlah lupa balut baju dengan plastik. Lesson learnt. Huahua.


Paling best, kak Chen bawak tartling untuk makan ramai-ramai kat campsite. And aku bermurah hati nak bawak kan since aku pun tak banyak barang. So, just imagine jelah macam mana aku bawak kotak tartling tu selama 4 jam berjalan dalam hutan. Nak terjatuh tartling dulu aku selamatkan, aku basah takpe jangan tartling bahahaha. Lawak gila okay. Nasib sampai campsite semua serbu berbaloi pengorbanan aku bawak dengan penuh sabar dan cekal. Hahhaha
Macam ni lah tapi ni bahagian dapur
Sampai-sampai campsite diorang tengah ice breaking, kitorg join kejap pastu terus makan. Ya ampun lapar dia boleh tahan. Dari konon diet aku tibai je makan nasi jam 12 malam. Loe pulak masak kambing black pepper sedap nya lahh. Lepas dah kenyang mandi-mandi jap basah-basah badan dalam air sungai yang sejuk gilaaa. Nak tak mandi dah tak sanggup bau badan sendiri, redah jela sejuk-sejuk tu. Pastu tido ramai-ramai bawah fly. Well this is my first time yang pergi camping tido bawah fly. Best okay sebab sejuk je kalau dalam khemah selalu tak selesa kan sebab panas and pengudaraan tak cukup.

Bangun pagi dengan rasa sakit perut nya perghh. Yelah sebab tu dah jadi rutin harian kan, konon nak pergi sungai tapi tak terkeluar derr. Breakfast pagi tu Nasi Lemak okay, well paling best camping dengan Loe sebab dia tak bagi orang kacau dapur so memang cuci tangan jelah makan. Heaven weh macam ni hahha.




Lepas breakfast sempat poco poco Jamilah dulu okay. Bahahahahah. Layankan sajaaa. After short briefing by Loe, masing-masing tukar pakaian and get ready for Canyoning. Masing-masing berkumpul kat tepi puncak air terjun tu. Pergh time tengok tu memang kecut perut jugak lah sebab memang tinggi air terjun nya wehh. Nak pergi dulu tak berani kumpul kekuatan. Adam terus pergi dulu pastu mama pun dah turun. Takleh tunggu lama-lama kan, lagi lama tunggu lagi cuak. Terus je pergi.





Yang takutnya sebab bila kita dah sampai bawah kita pulak akan jadi bilayer untuk orang yang akan turun seterusnya. Loe cakap buat camtu sebab nak kita pun dapat belajar macam mana kalau jadi bilayer. Gitcheww, Mula-mula turun aku dah tergelicik kot huahauhau mau tak makin takut. Dah turun setengah jalan baru rasa okay and enjoy but aku agak berhati-hatilah sebab takut jatuh punya pasal. Licin and air yang jatuh tu memang kuat. Boleh pulak air masuk mata perghh merah gila mata takyah cakap lah. Untung ada professional photographer yang amikkan gambar so ada lah kenangan kan.

Lepas setel tu apa lagi masing-masing berendam kat air terjun and layan tiruk la. Berendam sampai lebam. Sorang-sorang masuk join tapi naik nya tak. Ada dalam pukul 3 kot baru nak naik kemas barang dari pukul 1 camtu main air. Hahahaha.


 
Elok je naik Kak Lin tengah goreng cekodok. Masing-masing dah kebulur berendam dalam air lama kan. Hulur sebesen cekodok habis, sebesen kuih bom habis bahahaha. Memang kebulur betul. Dah agak-agak kenyang dah tembolok masing-masing kitorang kemaskan barang dan bersiap untuk balik. Mandi ke tukar baju ke takyah sebab dalam pada nak turun tu nanti basah jugak nak haruk air. Huahaua bau masing-masing sama je so takpe.




What an experience for me, new experience canyoning, experience sesat, team yang best dan mantop! Hahahaha. InsyaAllah ada peluang boleh join lagi aktiviti macam ni. Well im starting to fall in love with outdoor activities. Hehe

Comments

Popular Posts