Gunung Datuk, Ulu Bendul dan Gunung Angsi

Dua bulan beb peram cerita ni dalam sudut ingatan. Harap-harap berfungsi lagi la memori otak ni untuk menyimpan kapasiti yang banyak. Alhamdulillah, hidup ni asyik mencipta memori manis je, tak sempat nak abadikan dalam blog yang entah ada ke tidak orang baca lagi.

Sejak-sejak dah terlibat dalam dunia hiking ni tak sangka pulak yang memang menarik aktiviti ni. Dan sebenarnya yang paling tak sangka I can made it to the top despite of my asthma and lack of exercise ni. Im not a sport person but I lovee outdoor activities.

So bulan 2 haritu, #protectorhikers buat trip ke Gunung Datuk-Ulu Bendul dan Gunung Angsi. Trip untuk ahli protektor jelah untuk beramah mesra dan mengeratkan perhubungan. Patutnya kitorang berkumpul kat kaki Gunung Angsi pukul 2 dan pukul 3 pagi nak start mendaki tapi disebabkan lambat, aku ber4 pukul 3 baru nak gerak dari rumah. Kereta takyah tanya lah berapa laju bawak supaya tak ketinggalan jauh sangat kan. Petang tu balik kerja macam nak tido sebab konfem takkan tido punya seharian tapi tak berjaya.

Lebih kurang hampir pukul 4 kami start pendakian ke Gunung Datuk. Suprisingly, despite of tak cukup tido, penat baru balik kerja tak rasa penat pun. Rehat takyah cakap lah memang takde and kalau rehat pun sekejap je bagi hilang lelah then shoot. Punya nak bagi cepat. Alhamdulillah pukul 6.15 macam tu sampai atas. Perjalanan mendaki tu perghh cium lutut kau pacak dia. Mujur malam gelap je tak nampak trek macam mana,kalau nampak konfem mental down sebab memang saiko. Dah lagi beberapa meter nak sampai tu pergh sejuk gila angin bertiup kencang. Memang betul-betul sejuk, lagi pulak baju dah basah dek peluh. Sampai atas jumpa protector lain semua dok berbungkus dalam sleeping bag ramai-ramai berkongsi haba. Hahahaha


Lepas solat subuh cepat-cepat mendaki ke puncak sekali untuk kejar sunrise dan nak cari port best. Mind you, nak naik ke puncak tu kena daki tiga tangga bomba yang agak berbahaya sebab tak berapa stable and bawah tu memang gaung la jawabnya. Pergh, goyang tangga orang nampak, goyang di hati tak siapa yang tahu weh huhuhuhu. Sebab ada geng yang dah naik dulu cari port baik punyaa memang kitorang conquer la. Hahahaha. Cantik sangatttt sunrise dari atas datuk tu. Boleh namapk view senawang dari atas tu. Siap ada tapak kaki yang kononnya orang kata tapak kaki Hang Tuah pada zaman dulu kala. Satu je nak pesan kat Gunung Datuk ni, please be extra super duper careful. Seriau gak weh nak bergambar bila tengok gaung bawah tu.


Kitorang buat macam rumah sendiri je atas tu tak reti-reti nak bergerak sampai lah pukul 10. Hahahha tu pun sikit lagi orang nak halau. Hp pun da nak habis bateri dek sebab beribu gambar.


Ni baru sikit pacak dia. Gila lahh.
Lepas tu terus gerak ke campsite mandi manda dekat air terjun. Then malam tu bbq makan-makan borak and tido. Aku memang tidur awal sebab tak tido dekat dua hari kan kepala pun dah lalok. Lagipun kononnya esok pagi tu jam 7 dah berkumpul kat kaki ulu bendul tu nak naik Gunung Angsi. Tapi kalau dah nama nya protector masing-masing memang mempunyai masalah masa. Hahahah. Pukul 7 wehhh baru bangun solat semua nak masak lagi. Pukul berapa nya nak naik kan. Last-last decide nak naik Angsi via Kuala Pilah. Shorter and easier route. Sebabnya nak naik ikut Ulu Bendul gak memang takkan sempat. 






Record naik Angsi 1 jam 30 minit wehh. Memang betul-betul berhenti minum air seteguk dua je takde nak santaii. Semua kena saiko punya pasal and everyone push their limit. Tak sangka kan sebenarnya kita semua boleh cuma taktau limit tu sampai tahap mana. First hike to Angsi took me almost 2 and half hour. Gila kan? Kat atas tu pulak siap sempat bergambar dengan prop lagi. Aku siap sempat la tido sekelap dua.

 



Awesomee trip with protector. hihihi, Next tripppp



Comments

Popular Posts