One year as a working lady

Alhamdulillah, terbukak hati nak update blog. Tengah takde kerja boleh la curi-curi masa. Nak update blog kat rumah malas sangat rasa nak bukak laptop.

Masuk October 2016 ni genap setahun hidup sebagai seorang wanita bekerjaya. Hihi bekerjaya lah sangat. Selama setahun tu jugak la kerja di tempat yang sama. My first job and still at the same place. Okay la kan. Tipu la kalau takde rasa nak cari kerja lain. Tengok orang lain yang lagi nampak macam best kerja dia. Nak gaji yang lagi tinggi. The grass is always greener at the other side kan?

Nak kata stress kerja haruslah ada. Nangis sebab stress pernah apa je tak. Tapi syukur mungkin kita tengok orang lagi best tapi kita tak sedar yang kita punya kerja yang Allah dah lorongkan ni sesuai dengan kemampuan kita. Alhamdulillah i survived.

At least certain target tercapai. Savings hit target setahun kerja ni and semoga rezeki sentiasa murah. Aminn.

And to celebrate setahun bekerja (wah tu pun nak celebrate ke) kitorang pergi la makan-makan. Geng ni la yang sama-sama kena marah time mula-mula masuk dulu. Sama-sama stress, sama-sama pergi makan apa semua haha. Semoga ukhuwah kita berkekalan. Wah gitew



Comments

Popular Posts