Percutian ke Pulau Bohey Dulang, Semporna

Bohey Dulang ni memang one of my 2016 wishlist. So by hook or by crook kena pergi jugak tahun ni demi merealisasikan wishlist. Ahaks. Disebab kan nak pergi dengan the whole family memang cuti sekolah jelah yang paling sesuai kan. Kitorang pergi time cuti penggal bulan 5 haritu (ye dah empat bulan lepas ye yee). Disebabkan memang plan last minute je nak pergi ni tiket flight pun dah mahal. Yela tengok semua orang on terus beli tiket. Tak silap time beli tiket tu about two weeks before tarikh nak pergi. Tapi disebabkan nak pergi jugak kan mahal pun mahal la. Tapi beruntung jugak sebab dapat ground package yang superb,murah and fun! Rezeki kitorang kot.

Sepatutnya nak amik flight hari jumaat tu around pukul 1 tapi my baddd tersalah booking pukul 3 petang so agak membazir masa la. Dahla pergi short trip je jumaat-sabtu-ahad. Hari nak pergi tu dalam tunggu orang nak pergi airport boleh pulak lambat. Plan nak bawak kereta and tinggal je kat ERL salak tinggi. Tapi disebabkan lambat, jalan jam, and begitu banyak halangan we decide to park dekat KLIA2 je. Bayangkan la flight pukul 3.30 pukul 3 baru sampai KLIA. Nasib xde check in luggage. Rezeki jugak flight delayed so takde la kitorang ketinggalan flight. Ahahha
We made it. Tehee
Sampai airport dalam pukul 6 lebih tapi dekat Tawau pun dah gelap kan. Perjalanan dari Tawau ke Semporna tu pun makan masa yang panjang jugak sebenarnya. Salah satunya sebab jalan yang tak elok. So memang all the way tu tido jela. Dapat pulak aircond van best. Perut lapar takyah cakap la dalam flight makan maggi je :(.

Perut lapar terubat dengan seafood yang banyak dan sedap ni. Tak habis beb makan
Lepas melantak cukup-cukup bagai tiada hari esok terus balik bilik. Lepas dah mandi apa semua tak sempat nak buat apa. Tu pun nasib sempat charge phone sebelum berdengkur. Kitorang tidur kat Seafest Hotel sebab dekat je dengan jeti Semporna nak island hopping keesokan harinya.

The next morning lepas breakfast and packing barang sebab nak tido hotel lain pulak kitorang pun bergerak ke jeti. Tour guide Kak Seri setelkan permit apa semua untuk ke Bohey Dulang. Wajib ada permit okay kalau pergi dengan tour guide senang sikit diorang akan setelkan awal-awal. It tooks around 1 hour i guess untuk sampai ke Bohey Dulang. Sepanjang perjalanan layan la angin laut sambil berfikir hitam aku nanti ni muahhahah.
Driver kami ahahah

Spot the nose and mouth?
Takyah cakap la macam mana cantiknya lautan semporna ni kan. Memang subhanallah tak terkata cantiknya. Dengan air yang biru kehijauan. Last time aku sampai sini 2011 kot? pergi Pulau Mabul.


Di Pulau Bohey Dulang
Kat Pulau Bohey Dulang ni memang kena hike la untuk dapat view yang cantik kan. Kena hike 600m. Rendah je tapi mencungap jugak laa sebab tangga awal-awal tu. Yang berselisih tu semua muka ketat je. Tapi apalah sangat 600m untuk view yang tersangat indah. Subhanallah je yang mampu terucap. 

Not even a single regret.
 

Subhanallah
Kalau tengok dalam gambar lawa bayangkan jela macam mana kalau tengok depan-depan. Berejam jugak la dok atas ni amik gambar dekat 1000 keping. Hahahahha. Semua gambar diambil dengan iphone 6s hashtag no filter no edit okayy. Rajin and pandai pulak aku nak mengedit gambar kan. 


Dah puas bergambar kat atas tu and muka pun dah rasa lekit n pedih makan turun la bawah. Naik je mengah sikit turun apadahal sambil berlari boleh. YEKE?? Hahahhaha. Sampai bawah rehat-rehat sambil tunggu ahli group lain lepas tu kitorang solat kat sini dulu. Senang sebab ada kemudahan surau. Tinggal bawak telekung jela. Lepas ni nak terus ke pulau lain dah tak kisah sangat. Memang selesa la nak solat apa semua.

Satu benda yang perlu diingatkan kat sini, PLEASE WEAR COVERED SHOES. Kasut sukan ke sneakers ke kasut getah ke tak kisah yang penting bertutup. Kalau tak kau memang takkan dibenarkan untuk hike ke atas sebab ada orang yang jaga kat kaki tangga nak mula tu. Kau pujuk la macam mana sekali pun tak dapek de. Kau akan disuruh pergi sewa kasut yang diorang sediakan. RM5 kot tak silap. So jangan la degil ye takkan datang jauh-jauh nak duduk bawah je kan.

One more thing, kalau boleh nak buang air ke apa sila la buat sesiap kat hotel ke apa. Memang tersangat kotor gila ye toilet urghh tak lalu aku nak membuang. 

Lepas Bohey Dulang kitorang ke Pulau Mantabuan and Pulau Sibuan. Okay ni sambung next post :)








Comments

fatihah aminah said…
Miaaaa beestnya. hitam gila driver tu hahahahhaha

Popular Posts