Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan

Continue post Bohey Dulang harituu. Lepas dah solat and everything, kitorang pun bertolak ke Pulau Mantabuan. Kat sini takde apa sangat pun sebab pulau kecik je. Jalan kaki pusing pulau tu ada lah dalam 20 minit kot. Ada markas askar yang memang bertugas jaga perairan semporna tu. Sempat lah sembang dengan abang-abang askar tu kejap.

Kat sini bergambar jela sambil pusing pulau. Matahari pulak memang tengah terik gila. Jalan pun rasa terbakar kaki dek pasir pantai yang hangat gila.

 

Ada lah perkampungan kecil kat sini. Duduk pun rumah macam ni kongsi la satu keluarga dari nenek atuk sampai cucu. Tah macam mana la kan. Tapi bahagia je diorang. Home is where the heart is kan :)





Tengok la air dia cantik kan. Mantabuan ni antara laut yang lawa jugak la kat perairan Semporna ni cuma nya nothing much to do here. Lebih kurang 40 minit spend masa kat sini then kitorang gerak ke Pulau Sibuan.

Kat Pulau Sibuan ni meriah sikit sebab tempat snorkeling. Facilities pun cukup. Maknanya toilet yang elok berpaip bagai tu ada lah. Kitorang makan dulu kat sini (bawak lunch pack) then proceed untuk snorkeling. 

Kalau nak compare dengan Pulau Mabul of course kalah tapi nice jugak. Cumanya kat Pulau Sibuan ni lebih kepada batu karang yang unik dan lawa. Serious boleh ralit tetiba da kat tengah. Siap nampak baby shark lagi. hekhek. Kat sini pun lebih kurang dua jam je sebab dalam pukul 5 dah kena kosong segala perairan ni. Disebab kan kitorang memang compress semua activity dalam masa sehari tak lama la boleh buat satu-satu activity.

GoPro murah je so kualiti tak berapa lawa. Hahahha



Sampai jeti elok-elok dah nak sunset. Dapat la tengok sunset yang cantik dr laut gituh. Disebabkan kitorang nak terus ke hotel lain so memang bolehla kalau nak mandi-manda dulu bersihkan melekit ke apa. Aku pulak tak bawak baju ha mendapat la badan melekit gatal menggigil sejuk dalam kereta sepanjang perjalanan ke hotel. Dahlah jauh gilaa i tell you. Huaaa.

Tapii, memang worth la walaupun jauh perjalanan. The hotel are superb! Pasal hotel ni sambung next entry sebab banyak lagi aktiviti buat kat hotel tu.



Comments

Popular Posts