Sipadan Mangrove Resort

Untuk malam kedua di Tawau kitorang tak tidur hotel sama. Kak Seri (tour guide) tanya yang kitorang nak duduk resort dalam hutan ke nak duduk hotel kat bandar so boleh shopping. So sebagai pencinta nature (duhh) mestilah pilih resort. Perjalanan dari jeti Semporna ke Sipadan Mangrove Resort dalam 2 jam setengah. Ye memang sangat jauh dan ke dalam hutan. Dalam hati memang fikir dah kat mana pulak hutan banat ni. Badan dahla penat seharian island hopping kan.

Sampai pun dah lewat perut lapar. Tapi penat hilang bila sampai sebab sampai resort lawaaa. Memang rezeki kitorang la sebab resort ni memang tengah nak promosikan hotel. Dengan pakej yang kitorang bayar memang terlebih berbaloi la. Aku rasa kalau resort yang kitorang duduk satu malam je sama harga dengan whole pakej for per person. Hahahha.

Our room. 
Ada lagi 3 katil single kat bawah tu. And kitorang dapat connecting room. Satu bilik perempuan and satu bilik lelaki. Kalau semua family aku je memang satu bilik ni je dah more than enough. Antara connecting room tu ada lagi ruang. One word that I could said bilik besar gila!!!! Kat beranda belakang menghadap macam tempat campfire. Memang boleh lepak. Tapi sebab sampai pun dah malam and penat lapar maka mandi-mandi terus pergi makan.

Service tip-top meletop. Orang yang serve makan tu memang terbaik la layanan dia. I guess they are from Philipine. Baik sangat. Layan kitorang dah macam raja aku rasa. Hahaha. Badan dah penat so aku kiok awal. Hahahha yang lain rajin lagi melepak tengok bintang bagai. The next morning breakfast yang sedap and continue activity.


Mind you, dah nama pun tempat ni Mangrove so ada buaya. Aher her. Dok tunggu jugak kot-kot nak muncul ke tapi takde pun. So jangan la nak celup-celup kaki ke apa. Siap ada nak kayak pun boleh but no thanks. Sayang nyawa lagi oi. Hahhaha.

Aktiviti berbasikal
Aktiviti berbasikal pusing resort yang besar ni. Semput mak oi. Dengan dah lama tak naik basikal nya. Basah baju. Hahahahha. Siapa la punya idea suruh berbasikal ni +_+. After dah penat and rehat, kitorang decide nak amik Mangrove Tour. Tour ni tak termasuk dalam pakej tapi memang worth la. Never went into any mangrove tour so this is such an awesome experience. 



Dalam pada masa yang sama mengharap ada nampak sang buaya bersidai. Tapi xde sebab air tengah naik. Pakcik yang bawak bot pun baik bawak kitorang lebih dari masa sepatutnya. Siap singgah kat tempat ternak ikan. Ada ikan kerapu 40kg OMG!. Time bagi makan dah macam buaya semua ikan ikan tu berebut. Dok terbayang je kalau terjatuh dalam sangkar dia ni memang hilang kaki kena makan. Sebab buas gila.


Kak Seri yang baju biru tu <3
Lepas habis pusing kitorang pun lunch and kemas-kemas barang untuk balik. Dari resort ke airport Tawau ada la dalam sejam ke sejam setengah jugak. Sebelum pergi airport sempat makan Nasi Goreng Payau yang famous kat Tawau ni. Kedai berdekatan je dengan airport. Oh ye, Payau tu daging rusa ye.

So far memang best la trip ni. Jalan mana ja yang tak best kan. Semua best walaupun penat. Hahhaa. Next time nak pergi Tawau nak cover pulau lain pulak yang tak pernah pergi lagi.



Comments

Popular Posts