Dari Melbourne ke Sydney.

Ini adalah salah satu entry yang wajib ditulis dalam blog. Hahaha sebab nak biar jadi kenangan yang terpahat dalam memori dan memori blog sampai bila-bila. Agitcheww. Last December aku pergi trip ke Australia selama 8 hari dari 1 December sehingga 8 December. Basically dari 30/11 sebab naik flight malam tu. Hahaha. Trip ni boleh la nak kata rezeki dan kalau Allah tu nak kata boleh pi boleh la pi.

Sebabnya, aku actually tak termasuk pun dalam trip ni, tak involve taknak ambil tahu pun. Hahah sebabnya ni trip sekolah mak aku. Diorang every year ada buat trip so mestilah buat time cuti sekolah kan. Bila dengar seminggu tu sah-sah la aku kena ambil cuti lama. Disebabkan cuti yang sikit and ingat nak kumpul cuti aku decide taknak pergi Aussie ni. Nak jadi cerita, dalam masa kurang sebulan kot dari tarikh nak pergi tu ada satu seat kosong. And mak aku suruh aku ikut (duit sendiri of course). Aku pun takdelah excited ke apa sebab company aku punya policy nak cuti sehari apply awal seminggu, 2 hari 2 minggu and seterusnya. So aku ni nak cuti 6 hari waktu bekerja kena la paling-paling dalam dua bulan kan apply. Tapi tula, kalau tak try kita tak tau. Nak jadi cerita, cuti approved. Gila kau hahahaha aku memang tak mengharap langsung cuti approved ok.

Maka bermula lah sesi google meng-google tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan tempat-tempat shopping untuk dikayakan.Hahahah. Memang jadual perjalanan dah ada tapi aku suka lah nak tahu apa yang boleh pergi jalan kaki dari hostel something like that la. Memang dah buat list siap-siap ni hostel ni pergi mana dekat and so-on. Lagipun kat sana nanti memang kami pergi jalan sendiri means drive sendiri tanpa tour guide. Akan ikut jela itinerary yang group leader dah buat tu.

Macam-macam gak la persiapan buat antaranya beli Brahim`s, dua kotak besar kau mak aku beli. Tu ada lagi sekotak kat dapur. Takut tak makan kononnya. Lagipun kami pergi berempat. Aku takpela boleh tampung kos sendiri, adik-adik aku mesti ngan mak aku jugak kan. So kita haruslah berjimat mana yang boleh. 

Before pergi bayar RM3000 untuk kos flight, hotel/hostel, pengangkutan (kereta sewa) and tiket masuk untuk certain tempat. For me its cheap ok. Mind you aku pergi Aussie bukan satu tempat sahaja tapi Melbourne-Thredbo-Canberra-Sydney -Melbourne. Yup, you read it right, patah balik ke Melbourne and to make it interesting is the journey is by car! Akan diceritakan satu persatu nanti in next posts. Hahahah. Aku tukar duit RM1500 lepas tu nak nangis dapat 3 keping je Australian Dollar. Hahhaha. Secara kasarnya aku sorang habis RM4500 tak termasuk la persiapan kat sini beli stokin la apa lah kan.

Kat sana kitorang ambil kereta sewa dari Apex Car Rental Services. Kat sana banyak je tempat-tempat yang kau boleh sewa. Based on kawan aku yang belajar kat oz kata Apex ni memang famous among them sebab murah dan bagus, include insurance semua. Kalau korang nak kereta sewa please-please amik insurance sekali ok sebab senang. Kat oz ni bukan macam Malaysia nak speeding pun tadehal, kat sini speed limit dia Allah hai nak nangis bawak kereta. Pastu kagaroo, koala wombat bersepah tepi jalan tengah jalan. So memang penting insurance ni. Cuma nyaaa minyak mahal! Satu keret Hyundai (lupa nak amik gambar!) yang boleh muat 8 orang tu full tank dalam 70AUD. kedengaran murah cuba kau convert tengok. Hahhaha. Memang la kata jangan convert tapi untuk perkiraan kos dan bajet penting ok. Nanti aku cerita kenapa minyak ni effect dalam trip ni. Hehe.
OTW to Great Ocean Road


Basically trip kitorang punya itinerary macam ni :


Day 1 : Melbourne-Philip Island (The Nobbies)
Day 2: Great Ocean Road (the best! http://purpleholix.blogspot.my/2017/01/day-2-great-ocean-road_20.html👌🏻)
Day 3 : Queen Vic Market-Brighton Beach-Thredbo
Day 4 : Hiking at Mount Kosciuszko - Canberra 
Day 5 : Canberra - Parliament House
          :Sydney (Opera House-Darling Harbour)
Day 6 : Blue Mountains (Scenic World) - DFO (😆😆)
Day 7 : Shopping Corelle 🙄- Going back to Melbourne (Almost 12 hours journey 850+- km. Crazyyy. Kejang dok dalam kereta)
Day 8 : Flight to Malaysia 😭😭😭

Nanti aku cerita in details next post ok. Doa diberi kerajinan. HAHAHAHAH. Trip ni memanh gila tapi pemandangan yang dapat jugak gila. Memang betul-betul tepat dengan peribahasa Jauh perjalanan luas pemandangan. Kita belanja gambar sikit :P

The Nobbies











Comments

Popular Posts